Skincare | Mamonde Rose Water Soothing Gel

Selain A;Fox Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel, Fiza suka guna Mamonde Rose Water Soothing Gel yang sangatlah serbaguna. Jenis soothing gel ni memang tak pernah mengecewakan lah setakat ni. Soothing gel aloe vera dah biasa guna, so nak try guna Mamonde Rose Water Soothing Gel pula sebab rose. Confirm scent rose tu lagi best kan?


MAMONDE ROSE WATER SOOTHING GEL
Sejenis soothing gel yang serbaguna untuk melembap dan mudah meresap dengan cepat. Mengandungi 90.81% rose water yang di ambil daripada Rosa Damascena Flower yang tumbuh pada waktu embun pagi. 


MULTIPURPOSE SOOTHING GEL
Apa yang best tentang Mamonde Rose Water adalah gel serbaguna. Boleh melembapkan kulit muka, badan dan juga rambut dengan sweet rose scent tu. Menarik bukan? Of courselah best pakai dan sangat berbaloi lah beli bila produk serbaguna ni.

SAIZ BESAR DAN MURAH
No wonder lah Mamonde Rose Water Soothing gel ni didatangkan dengan pack besar saiz 300ml sebab boleh guna untuk macam-macam kot. Tapi pack besar pun lambat juga nak habisnya. Harga pun murah RM28. Tapi sekarang dah naik harga RM31. But still affordable price, right?


SELAMAT DIGUNAKAN
Soothing gel ni bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya sebab Mamonde Rose Water Soothing Gel bebasa daripada Animal Material, Mineral Oil, Polyacrylamide, Imidazolidinyl Urea, Triethanolamine, Tar Color, PEG, Surfactant

CARA PAKAI
  • Ambil seberapa banyak gel yang diperlukan dan sapu pada muka, badan dan rambut.
  • Boleh juga digunakan sebagai sleeping mask atau cool pack dengan memakai sedikit tebal pada muka.
  • Sapukan pada rambut sebagai hair essence dengan bauan rose scent 
  • Digunakan juga sebagai penyejuk dan pewangi badan sebagai pengganti losyen.
Note : Untuk kesan yang lebih sejuk, boleh simpan dalam peti sejuk sebelum guna.


Nampak macam berbaloi kan beli Mamonde Rose Water Soothing Gel ni. Salah satu produk wajib ada. Sumpah bau dia sangat best kalau kau orang suka bau rose lah. Boleh beli terus di website Althea Korea.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.