Review | A;Fox Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel

Friday, January 11, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tak dinafikan, produk yang mengandungi aloe vera sangat bagus untuk kulit. Setakat produk aloe vera yang pernah Fiza cuba tak pernah lagi memudaratkan. Salah satu yang Fiza pernah cuba ialah Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel yang sangat berbaloi beli sebab ekonomi sangat. Pakai hari-hari sampai sekarang tak habis-habis. Iyalah, guna pun sikit je hari-hari.


Paling Fiza suka produk mengandungi aloe vera ni dia jenis soothing gel. Kau orang sendiri tahu yang aloe vera ni banyak manfaatnya. Disebabkan Aloe Vera soothing gel yang Fiza beli sebelum ni macam susah nak pakai hari-hari kalau jenis jar tu. Perlu transfer dari jar masuk dalam botol jenis pump baru senang guna.

Jadi, Fiza nak cari aloe vera soothing gel dalam bentuk pump bottle. Senang kerja nak pakai hari-hari. Terbekenan dengan A;FOX TEA TOC WATER ALOE VERA SOOTHING GEL yang Fiza rasa harganya sangat berpatutan dan berbaloi dengan packaging dan contains macam yang Fiza nak tu. Apa lagi, terus masuk bakul lah. Salah satu produk pilihan Althea yang cepat habis. Luckily masa Fiza beli masih ada stok. 

96% PURE ALOE VERA GEL

A;Fox Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel mengandungi 96% pure aloe vera gel. Walaupun kurang 2% pure aloe vera gel daripada produk sebelum ni tapi tak jadi masalah sebab kandungan gel aloe vera tu masih dalam kuantiti yang banyak.

REAL GOLD FLAKES

Salah satu sebab kenapa Fiza memilih Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel ni sebab ada real gold flakes (serpihan emas sebenar). Kandungan gold flakes tu adalah untuk mempertingkatkan peredaran darah dan penghasilan collagen. Kegunaan emas dalam kecantikan bukanlah sesuatu yang baru lagi. Sebab tu produk atau rawatan kecantikan menggunakan emas ni lebih mahal.

SOOTHING GEL SERBA GUNA

A;Fox Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel ni sangat serbaguna sebab kau orang boleh pakai pada muka dan bahagian badan yang lain. Boleh dijadikan sebagai pelembap ataupun rawatan kulit terbakar daripada sinaran matahari. Satu lagi, kau orang boleh jadikan aloe vera gel ni sebagai mask juga.

TAHAN LAMA

Daripada pengalam Fiza pakai aloe vera soothing gel sangat tahan lama. Maksud tahan lama tu boleh pakai berbulan-bulan lamanya sebab cara pemakaian pun tak perlu banyak-banyak pun. Kalau beli aloe vera soothing gel ni boleh tahan selama 12 bulan selepas dibuka. 250ml agak banyak untuk dihabiskan kalau pakai sorang je.

MELEGAKAN, MELEMBAP DAN TIDAK MELEKIT
Masalah kulit Fiza memang sangat kering. Fiza jenis kurang pakai losyen sebab kadang kala tak suka yang jenis melekit dan melekat pada fabric. Untuk melembapkan kulit Fiza memang suka guna aloe vera soothing gel sebab tidak melekit dan natural colour. Melembap dan tidak melekit. Bila pakai tu rasa sejuk dan sangat melegakan kulit terutamanya kalau kulit sangat kering tu.

BAHAN UTAMA
Aloe vera - Melegakan, menyejukkan, hydrate dan memperbaiki kulit 
Gold flakes - Meningkatkan peredaran darah dan penghasilan kolagen 
Althea rosea root extract - Meredakan radang kulit

CARA PENGGUNAAN 
PELEMBAP : Sapukan lapisan nipis pada kulit dan dap dap untuk lebih cepat meresap ke dalam kulit.
TOPENG MUKA : Sapukan lapisan sedikit tebal pada kulit dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian cuci dengan air bersih.

Sangat serbaguna Aloe Vera Soothing Gel ni kan kawan-kawan? Recommend sangat untuk kau orang yang ada masalah kulit kering tu. Nak kulit sentiasa lembap dan hydrate tu pakai je aloe vera soothing gel ni ha. Murah pun murah dan sangat ekonomi untuk stok tahan lama.

Kadang-kadang sapu pada kulit luka pun cepat baik luka tu. Dapatkan di ALTHEA KOREA dengan harga MYR21. Sebelum ni harga Fiza beli MYR17 tapi sekarang dah naik harga. Cepat beli sebelum naik harga lagi.

RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money :  Absolutely!

Note : Tapi ada sesetengah orang tak boleh pakai produk ada kandungan aloe vera, mungkin ada yang alergik. Kalau alergik, baik tak perlu pakai atau berhenti pakai ye.
With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

  1. waahhh.. althea ni macam-macam ada kan..segala keperluan kulit ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, produk satu badan lengkap. senang beli satu tempat je :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.