Review | Soap Pouch Thepinkdiamond.co

Pakai sabun mesti nak ada buih samada mandi atau cuci muka. Kalau tak, tak rasa kenikmatan pakai sabun tu. Rasa macam tak bersabun je kan. Betul tak? Kalau untuk pencuci muka, memang tak bagus pakai cleanser yang jenis berbuih. Fakta tu kau orang boleh google je lah ye. Tapi kalau mandi, memang wajib pakai sabun jenis banyak buih. Barulah rasa bersih dan wangi je lepas mandi. 


SOAP POUCH MEMBANTU MENGHASILKAN BUIH-BUIH
Sekarang kalau nak buat sabun tu berbuih banyak boleh gunakan soap pouch  yang jenis berjaring. Biasanya kalau mandi guna shower gel, Fiza akan gunakan bath sponge net untuk hasilkan lebih banyak buih. Memang tak biasa gunakan tangan sahaja kalau mandi guna shower gel. Jadi, dengan adanya soup pouch ni sangat membantu kau orang yang gunakan sabun jenis berbuih sikit atau susah nak hasilkan buih tu.


PENGGUNAAN MUDAH
Ya, nak gunakan soap pouch ni sangatlah mudah. Hanya perlu masukkan sabun, basahkan dengan air kemudian gosok-gosok sampailah keluar buih. Bila dah keluar buih tu barulah best nak mencuci muka ataupun badan. Dan lagi mengelakkan sabun tidak mudah terjatuh masa menggunakan sabun disebabkan licin. Dengan adanya soap pouch, tak mudah lah sabun tu nak terjatuh.

SABUN LEBIH BERSIH DAH TIDAK KEMBANG
Selepas menggunakan sabun, bilas je dengan air bersih kemudian kering dengan gantungkan je jaring tu. Tahap kebersihan sabun pun terjaga dan sabun tidaklah kembang terbiar dalam bekas sabun tu. Soap pouch ni pun jenis cepat kering.


MEMBERSIH DENGAN LEBIH BERKESAN
Selain berfungsi sebagai penghasil buih, soap pouch juga dapat membantu membersihkan badan dengan lebih berkesan. Jaring jaring sebagai bath sponge yang boleh menanggalkan kotoran pada kulit dengan lebih bersih dan berkesan berbanding menggunakan sabun semata-mata.

RATINGS
Atrractiveness : ⭐⭐⭐⭐
Durability : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : RM4 
Dapatkan di @thepinkdiamond.co

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.