Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang

Monday, December 15, 2014


Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014 yang dianjurkan oleh im4ufm.my kembali lagi di tempat yang sama di Shah Alam Convection Centre (SACC) Mall. Kali ini ada berita baik dan hadiah menanti untuk bakal pengantin dan juga tetamu yang hadir sepanjang MEFA 2014 berlansung.

Dengan adanya MEFA 2014 lebih memudahkan kerja bakal bakal pengantin dalam proses persiapan perkahwinan atau mencari inspirasi untuk hari bahagia yang bakal berlansung nanti.

Sempena MEFA 2014 berlansung, penganjur im4ufm.my akan mengadakan pelbagai jenis contest dengan pelbagai hadiah yang lumayan yang ditawarkan. Hadiah bernilai RM30, 000 tu. Rugi lah kalau tak join kan. Kalau dapat cabutan bertuah pun dah kira bertuah sangat tu. Memang patut kena pergi. Rebut peluang keemasan ni. Mana tahu tuah anda kan.

Untuk dapat tiket cabutan bertuah dan menang boleh baca Syarat  & Penyertaan di bawah ini. Antara hadiahnya adalah LCD TV, RM1000, Pakej Percutian Langkawi, Penginapan 2H 1M di Alami Garden Hotel dan juga cenderahati dari MEFA.


Bukan setakat penganjur je nak bagi hadiah, para para vendor pun tak ketinggalan memberikan bakal pengantin pakej yang terbaik siap boleh jimat lagi tu.


Pakej pakej yang ada memang sangat menarik ni. Kalau bakal bakal pengantin tengok ni mesti nak nak nak je ni. Sekurang kurangnya dapat mengurangkan sedikit bajet untuk majlis.


Kesimpulannya memang tak rugi datang ke MEFA ni. Boleh memberikan sumber inspirasi untuk perkahwinan impian anda sebab terdapat banyak vendor yang terlibat. Vendor vendor yang berpengalaman dan semestinya yang terbaik. Lagi berbaloi jika anda buat tempahan terus sebab boleh menang hadiah dan juga kalau dapat pakej yang menarik dah boleh jimat bajet

Yang bagusnya ada MEFA ni bakal pengantin boleh survey pakej yang ditawarkan mengikut bajet dan memilih vendor yang menepati citarasa majlis perkahwinan.

SENARAI VENDOR
Senarai vendor yang turut serta untuk Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014. Boleh check dulu mana yang berkenan nanti kalau dah berkenan senang nak buat tempahan. Ye tak?


ATURCARA PAMERAN
Bagi memudahkan, lebih baik semak dulu aturcara pameran supaya bolehlah bakal pengantin datang meluangkan masa rebut peluang keemasan ini. Tak kisahlah majlis lambat lagi pun. Nak datang cari ilham untuk bajet kahwin pun boleh nak teman kawan pun boleh.Takde masalah sebab masuk adalah percuma :)



Jangan lupa ye #savethedate. Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang!
Tarikh : 26-28 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang contest:
Website : www.im4ufm.my/once-upon-a-wedding-mefa
Fanpage : www.facebook.com/mefaevent



13 comments

  1. Hadiah bernilai RM30, 000 tuuuuu Alahai pada yang duk berdekatan sangat rugi kalau tak join.Jom pergi ramai2 ..Mana tahu ada rezeki menang ..rezeki la kan !!!

    ReplyDelete
  2. Apa tunggu lagi Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang!

    ReplyDelete
  3. Teringinnya nk pergi festival cmni msa blm kawin dulu. Tp x berkesempatan pn.

    ReplyDelete
  4. Teringinnya nk pergi festival cmni msa blm kawin dulu. Tp x berkesempatan pn.

    ReplyDelete
  5. menarik.. hadiah pn best2.. nk g tapi dah kawin.. tq share fiza..

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ni...nak ajak cik abe pi sini dia x suka tempat sesak2...

    ReplyDelete
  7. Papaglamz bw di sini. Jom terjah Papaglamz

    Assalamualaikum

    Tahukan anda 3 daripada 100 orang di dunia ini menghidap penyakit migrain? Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation menunjukkan penyakit migrain juge merupakan antara 3 penyakit utama dunia.
    Baca lagi.......

    http://www.papaglamz.com/2014/12/10-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html?m=1

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.