Resepi : Ayam Black Pepper

Thursday, November 14, 2013

Kalau hujan di waktu petang,mesti best tidur kan.Tadi macam rajin je nak buat Marie Cheesecake,tiba tiba hujan ni penyakit "M"pun datang.Nak tidur pulak susah nak lelap.So hadap PC je la jawabnye kan even rasa Mood blogging tak berapa nak ada petang macam ni.

Update blog baru ada mood kot! Menu lunch tadi Fiza masak Ayam black pepper favourite husband.Sejak jadi wifey ni kene utamakan favourite husband dulu kan.Kalau apa yang Fiza makan,dia tak makan..memang Fiza tak kan masak sebab membazir masak untuk sorang je.Meh Fiza nak share resepi sikit.simple je kot!


Bahan bahan:
Ayam yang telah dipotong
Cili api [ikut sukatan korang nak pedas atau kurang pedas] [blend]
Bawang besar 1/2 biji dipotong
Bawang putih 2 ulas [blend]
1 sudu lada hitam [blend]
1 inci halia [blend]
6 Button Mushroom dipotong empat
3 biji baby tomato.Kalau guna tomato biasa 1 biji je cukup
1sudu sos tiram
3 sudu kicap
garam secukup rasa
1 keping asam keping
1 cawan air


Cara-cara:

Gorengkan ayam setengah masak.kemudian ketepikan.

Tumiskan cili,bawang putih,lada hitam dan halia.Setelah naik bau/garing masukkan 1sudu sos tiram,3sudu kicap,1 keping asam keping dan garam secukup rasa.Masukkan 1 cawan air dan Kemudian masukkan button mushroom dan ayam.Biarkan masak seketika.Last sekali baru masukkan bawang besar dan baby tomato.Biarkan hingga masak dan kering sedikit.Sedi untuk dihidang.

Untuk button mushroom tu korang kena rendam bagi dia kembang dulu sebab dia kering kan.So ambil masa sikit nak kembang.Kalau nak cepat,rendam air panas je :).Hope kalau nak try menjadi le.Bolehlah buat menu berbuka untuk mereka yang berpuas hari ni kan.

24 comments

  1. ok gaklah musim2 sejuk ni..musim hujanlah kan kat sini..kita mkn black pepper panaskan badan..tq for the resepi..

    ReplyDelete
  2. nyummm.. ngah lapar ni... mintak sikit... :)

    ReplyDelete
  3. buat kecur jap..sbb lapa ptg xmkn pape lg ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    wah,mnyelerakan :) Pandailah Kak Fizah masak,untung suami,ecece,lol.

    ReplyDelete
  5. dh kawin ni menu mkn la ye..sy setiap hari duk pkr nk mask apa..haish..smlm baru buat ayam balck paper ni

    ReplyDelete
  6. ishhhh fav ni !! nanti kahwin azie nak suami je masak. wakakaka

    ReplyDelete
  7. terbaekla fiza, mmg best sgt ni akak plg suke kalau bubuh button mushroom tu ntah nape suka sgt =)

    ReplyDelete
  8. nyummy. sedap nih.. hehe.. air tangan isteri .mesti sedap kn

    ReplyDelete
  9. aduhaiii terlambat pulak bukak blog Fiza.. akak dah masak asam pedas ikan tenggiri tadi.. kalau tidak boleh try recipe Fiza ni..

    nanti2 nak try jg lah recipe black -paper Fiza ni.. thx Fiza :))

    ReplyDelete
  10. Ayam...sya suka ayam..masak apa pun xpa..jnji ayam..hehe..sedap2... :)

    ReplyDelete
  11. Ayam...sya suka ayam..masak apa pun xpa..jnji ayam..hehe..sedap2... :)

    ReplyDelete
  12. Ayam...sya suka ayam..masak apa pun xpa..jnji ayam..hehe..sedap2... :)

    ReplyDelete
  13. heh.. mcm sedap la.. nanti nak try buat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  14. sedapp! selalu buat ni.. simple je kan n cepat masak..hahhaa

    ReplyDelete
  15. mcm sng nak buat. nanti buat lah! ;) btw followed u. u can follow me at www.sophiesm.com. kwn2 lain pun blh follow/singgah www.sophiesm.com gak. ^^

    ReplyDelete
  16. Nyum2, dah ada resepi bolehlah cuba buat lepas ni.. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.