Menu simple dan sihat hari ni.Ayam Bakar versi diet dan Guava Strawberry

Alhamdulillah sempat sediakan lunch untuk husband sebelum pergi kerja.Fiza akan pastikan setiap kali dia pergi kerja mesti perut dia di isi.Wajib!!! Tak kire kalau lewat pergi kerja pun Fiza siapkan bekal untuk dia makan sebelum kerja.Memandangkan semalam budget nak dinner ayam bakar,so dah siap perap ayam dengan perencah awal awal sebab kalau husband balik terus bakar je.

Dah malam tadi pergi wedding kawan husband so menu lunch hari ni ayam bakar je la.Ayam bakar versi diet ye sebab bahan bahan dia simple je.Gaulkan je ayam dengan garam+serbuk kunyit+black pepper original yang ditumbuk.Simple je kan?Kemudian buat sambal cicah,bakar bawang putih+bawang merah kemudian ditumbuk dengan cili.Masukkan garam+gula+sos cili+air sikit+tomato di potong dadu.Disebabkan husband tak suka masam masam so Fiza tak masukkan air asam jawa.Just gunakan tomato fresh dipotong dadu sahaja.

kebetulan semalam husband balik bawak strawberry fresh dari cameron kawan dia bagi.Alhamdulillah rezeki.Disebabkan takde sayur untuk menu ni tak sempat nak provided.Stok timun pun habis.Kacang panjang tak sempat rebus.So gantikan strawberry je la as vege and pencuci mulut.Pun boleh kan..still balance and menu sihat.

Ditambah pulak dengan air sunquick guava+strawberry husband tolong buat air je.Okaylah tu janji dia sentiasa nak tolong buat kerja rumah..Ini lah menu simple untuk mereka yang sukakan makanan simple dan sihat.Jimat minyak dan kurangkan kolestrol :)


16 comments:

  1. wahhhh...sedap nye la..lama tak makan ayam bakar nie..tambah plak air feveret sye,guava tu hehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. Menu sihat dan berkhsiat... Insha Allah.. Air tgn isteri kn.pasti memikat...

    ReplyDelete
  3. bse wat aym bkar perap aym gne sos lada itam je.. hikhik.

    ReplyDelete
  4. wah..sedapnya...pandai awk masak..lama dah sy tak makan ayam bakar...hehe..

    ReplyDelete
  5. ayam bakar?? perghh meleleh air liukkk nie ha. haha

    ReplyDelete
  6. Wah,bestnyaa pandai masak.Untung si suami :p

    ReplyDelete
  7. wah, melalui tajuk tu pun dah rasa mcm sedap...share sikit..hehe :)

    ReplyDelete
  8. wahh...sweetnya masak bekal untuk husband :) singgah sini

    ReplyDelete
  9. ayam bakar kalau bhn campak-campak memang best

    ReplyDelete
  10. sunquick guava tak pnh try tapi kalau sunquick laici...yes, mmg best

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.