Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Monday, November 11, 2013

Selamat Hari Isnin! Mood MALAS melanda hari ni kannn..?Dua hari lepas on weekend memang tak sempat nak online sangat.Busy katanya!Bila stay kat kampung memang taklah nak update blog bagai.Lebih bernilai bersama keluarga.Bukan bermaksud blog ni tak bernilai.Blog hari hari di hadap.Apa salahnya kalau sesekali balik kampung tinggalkan blog seketika kan.

As planned before this dengan husband nak berendam kat Hotspring to pamper ourself la kononnya.Alang alang nak balik ke segamat attend wedding sedara ,baik singgah je kat Air Panas Gadek ni.Bergerak dari Seremban lebih kurang pukul9 malam dan sampai pukul 10lebih kurang macam tu la.Hot Spring ni bukak 24jam okay! Anytime boleh pergi.
Ni disekitar taman..bukan berendam dalam ni ye.Nampak tak wap wap yang ada tu.Rasa macam panas sangat je..

Ni jugak sekitar taman
Kolam macam ni baru lah tempat berendam..dah gaya belon masuk dalam air.Tahan panas tu,mula mula masuk.Dah lama sikit barulah sebati dengan badan.Panas dia bukan macam air panas masak tu ye.Kalau tak melecur la badan macam tu.Terpaksa pakai spek..Takkan nak pakai contact lens kot mandi air panas.Bahaya tu!

Agak agak dah sejam kitaorang berendam,so siap siap nak balik.dun worry ye kat sini memang ada tempat persalinan baju.bersih and luas.Facilities memang memuaskan!Yeay! dah segar! Still chubby! Hahah..alangkah bagusnya kalau mandi air panas boleh buangkan lelemak degil dalam badan.Kannn?tak payah nak diet,tak yah nak consume pil kurus bagai tu.Asal sihat sudah!
Lepas mandi terasa segar tapi rasa mual,pening pening.eh..ada ape ape ke?.maybe badan macam terkejut kot suddenly taupun sebab sekarang musim hujan lepas tu tiba tiba masuk hot spring pulak.Mana tak terkejut.Husband pulak just pening pening je.Kesian pulak drive sensorang kan.Fiza nak drive dia tak bagik,almaklumlah..Fiza ni kurang focus sikit drive malam.

Lagi bagus kalau pergi hotspring,ade hotel ke,rumah rehat ke kat sebelah tu kan..At least lepas berendam.baru betul betul rehat kan.betul tak?

Untuk korang yang tak pernah pergi @ nak pergi sini,boleh refer map ni ye.





Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek yang terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Buk 24 jam sehari dan boleh merancang waktu perjalanan untuk datang pada bila-bila masa sahaja.

Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek melalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat.

Air panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S). Oleh kerana itulah terdapatnya sulfur semulajadi didalam kolam sumber utama dan dipercayai baik untuk kesihatan terutamanya mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit.

Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan.

Antara kelebihan mandi air panas semulajadi :
Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
Meransang kadar metabolisma dalam badan.

Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan. Jadi apa tunggu lagi.....datanglah segera ke Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek.

Bayaran Masuk :
DEWASA : RM 5.00
KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00

*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA
credit info : Sumber

24 comments

  1. Dah banyak kali nak pergi..tapi mesti tak jadi je...huhuhu..best la tempat dia kan..

    ReplyDelete
  2. kenit lama dah tak gi mandi air panas. Last gi kat selayang punyer tu. Laaaaa kenit tak perasan pulak Air Panas Gadek tu kat Melaka! Nampak sangat tak pernah kuar umah kan hehehehehe.

    Dekat dah kalau ngan Lebuh AMJ tuuuuuu

    ReplyDelete
  3. akak kat sini? dekat dgn rumah kite tu kak. wuuu, kalau tak boleh jumpa. hehe. akak stay kat mane? *terlebih excited pula* ^_^

    ReplyDelete
  4. seronok kan bila merehatkan diri dekat hotspring. saya selalu ke hotspring kat Sungkai

    ReplyDelete
  5. Macam best je..huhu. Teringin jugak..

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnya kak fiza pergi hotspring .. Dpat memanjakan diri

    ReplyDelete
  7. balik melaka memg tak tau pun de air panas gadek...air panas pedas tau la..huhuhu

    ReplyDelete
  8. fi pernah mandi kolam air panas...tpi di lenggong

    ReplyDelete
  9. Memang best kn?sya pun bru je pg minggu lpas..lepas huja trus pg..rasa x nk kuar kolam lpas tu..hehe :)

    ReplyDelete
  10. macam best je macam best je. hahaha!
    huwaaaa seumur hidup tak pernah lagi jejak kolam air panas. ishhh nak terjah jugak ni.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak berendam di hotspring cani.. Dulu masa kat Sabah rajin la jugak ke hotspring di kundasang.. Memang best! Kat tambun ni ada hotspring.. Boleh la try bodek2 suami pegi nanti.. Hehe..^^,
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  12. Baru tahu kat johor ada tempat air mandimpanas dan nama dia gadek. Hihi.. So far selama hidup ni, hihi.. Yang pernah dah pergi air panas kat baling, hihi... Da teruk la tempat tu... Then pernah pergi kat sg.klah kotbkat perak, tempat tu pon da rasanya teruk gal dah facilities dia. Hihi, gadek ni tempat baru ke?ke dah lama jugak?

    ReplyDelete
  13. uih.. berasap2... mcm syok je tempat ni... :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.