Pengalaman nikah gantung

Sunday, March 25, 2012


Nak cerita pasal kahwin lah dalam entry ni. Boleh tak? Kalau sebut je pasal kahwin sure excited sangat kan.Sapelah yang tak suka kahwin kan.kalau boleh nak kahwin cepat cepat je kan.Boleh je, nikah gantung jalan penyelesaiannya.

Eh eh bukan Fiza nak cerita pengalaman Fiza nikah gantung. Fiza Nikah pun belum lagi so tak dapatlah nak share.Nak share topik ni sebab hari ni dok check keyword nuffnang ada yang mencari pengalaman pasal nikah gantung ni.


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian. Harap entry ni berguna bagi mereka yang memerlukan.

Credit :http://myblacklens.blogspot.com/2012/02/apakah-itu-nikah-gantung.html

24 comments

  1. lelaki gersang pn ade?? giler btul carian dorang huhuu..

    ReplyDelete
  2. nikah gantung semakin popiler, sebenarnya islam sangat mudah kan? sentiasa memberi ruang pada umatnya dan sentiasa memberi keringanan!

    ReplyDelete
  3. fuhh ingtkn fiza dh nikah gantung..hihihi

    suspender sungguh..

    jijah pun awal2 kira nikah gntung gak kn.

    ReplyDelete
  4. btol2.. Islam tu mudah dan memudahkann senanye..

    ReplyDelete
  5. huhu.. mencari yang halal itu wajib walau dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  6. akak dulu pon nikah gantung sb hasben kerja jauh...huhuhuh

    ReplyDelete
  7. cam best...tp nk kawen ngn sape????eheheeheheheh

    ReplyDelete
  8. aritu ada tgk al-kuliyyah.. klau proceed btul2 nikah gantung ni bole settle byk problem pasangan muda yg ingin nikah ikut kemampuan semasa ^^

    ReplyDelete
  9. berkasih sayang secara halal dengan nikah gantung itu lebih baik daripada bercinta lama2 nak tunggu duit berkumpul untuk majlis nikah kahwin grand-grand :D

    ReplyDelete
  10. trkejut memula td bc fiza buat entry nikah gantung.. ingtkan bebetul tadi.. suspen taww hihi..

    ReplyDelete
  11. nikah gantung skang lain pulak..nikah dulu.. buat majlis lambat sikit..

    ReplyDelete
  12. macam2 diaorang buat carian kat blog ni kan.. nasiblah akak takde keywords yang pelik2 ni!

    ReplyDelete
  13. nikah gantung ni bagus untuk elak zina

    ReplyDelete
  14. Islam mmg mudah dan INDAH...hanya jika kite tahu bagaimana mempraktikkannya dengan btul...:) janganlah hanya mengejar keduniaan semata! X salah sekali sekala dgr ceramah/mjlis agama :)

    ReplyDelete
  15. Mcm mana kita nk brhadapan dgn masyrakat bila kita nikah awl dan nikah gantung. Especially utk lelaki yg kwen awl.

    ReplyDelete
  16. Nak nikah gantung....tp mak xbg laks

    ReplyDelete
  17. nikah gantung paling disarankan kot..nk dating pn ok je..bg prmpuan2 yg kapel 2 try ajak pkwe korg nikah gantung..kalu dyorg xnk,itu mknanya dyorg xserius dgn korg..

    ReplyDelete
  18. Nk nikah gantung..tapi si dia tak mau..:-(

    ReplyDelete
  19. nak nikah gantung..tp nak kena pujuk parents dulu..wuwuwu
    xsedap hatilah asek dating sblum kawen, tmbah dosa T_T

    ReplyDelete
  20. Nak nikah gantung,, tp si dia juga tak mahu :'(

    ReplyDelete
  21. Dalam islam nie yg wajib akad nikah...bukan kenduri...sape2 yg nk nikah xnk buat kndri pon xpe...kenduri to sekadar ikot kemampuan jer...nikah jer xpyh kenduri2..yang penting cukup rukun nikah..

    ReplyDelete
  22. dulu sebelum kawen pernah terfikir jugak nak nikah gantung ..tapi lepas tu Allah mudahkan jalan..tak jadi nikah gantung

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.