Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Charlie makin popular

Kalau charlie's angel kat bawah ni dah memang popularlah kan. Tapi yang saya nak exposed kan dalam entry ni adalah charlie comel yang berwarna orange hitam ni. Nampak cantik kombinasi warna tu. Tapi AWAS! Charlie adalah sejenis serangga yang sangat berbahaya.

charlie's angel

Korang tengok gambar bawah ni.

Serangga Charlie

Nampak tak kesan dari terkena serangga ni. Ngeri tengok Kan. Dulu masa saya study diploma Kat UiTM Penang, memang popular sangat serangga ni. Ye lah tapak UiTM tu adalah kawasan padi dan memang banyak charlie kat situ.

Selalunya waktu malam memang banyak dan kiteorang memang selalu tutup tingkap. Tapi ada jugak yang terlepas masuk tu. Pernah jugaklah saya kena dulu. Tapi nasiblah tak besar dan kena pulak di kawasan tertutup. Kalau kena tang muka memang nasib lah. Parut dahlah susah nak hilang.

Selalu kalau dah kena cepat cepat pergi Pusat kesihatan memang dah tersedia ubat sapu. Mintak je ubat tu boleh dapat. Memang bekalan untuk student UiTM.hehehe...Kalau nampak charlie ni kecik je tapi kesannya boleh jadi besar macam kat atas tu kalau air dia pecah dan merebak.

Saya ada sikit petua dan tips nak share ni.
Kalau jumpa charlie nak bunuh ada cara dia. Amek selotape dan tapekan pada charlie tu..seal terus. Kenapa  kena buat camtu? Sebabnya kita tak boleh bunuh terus nanti bau cecair dari badan charlie keluar dan boleh menyebabkan geng geng charlie datang beramai ramai.
Dan kalau dah terkena charlie ni.
Cepat cepat letak cream fair and lovely. Sebab dari pengalaman s sayaendiri, kalau guna fair n lovely luka tu akan cepat kering dan parut cepat hilang. Lebih berkesan dari guna ubat sapu kat Pusat kesihatan tu. Plus, boleh memutihkan kulit korang jugak.
Tu je la tips yang saya nak share. Kalau korang duduk di kawasan yang banyak charlie ni memang takut sangat kalau terkena tu. Dulu memang berjaga jaga sangat risau terserempak dengan charlie ni. 

Alhamdulillah tak pernah lagi terkena seteruk macam dalam gambar tu. Sekarang ni charlie tengah popular kat Indonesia pulak. Charlie dipanggil juga dengan nama Tomcat.

Article bawah ni saya copy dari facebook untuk di share kan. Kredit to rakan rakan facebook

APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.

Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air. 

(Sumber : pak hIdali)
 
Notapink : Berhati hati dengan serangga comel ni ye. Jangan dibuat main pulak.

Post a Comment

13 Comments

  1. menakutkan je.. hehe
    ryn memang geli ulat2 cmnie :p

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau dan tak pernah jumpa... wah!! teruk tu kesan dia...

    ReplyDelete
  3. scary la. harap2 org yg kena tua, dpt sembuh dgn cepat.

    ReplyDelete
  4. eii... takotnya... ^_^ ngeri plak nengok menatang tu.. haishh... =_="

    ReplyDelete
  5. eee...seramnya ! tak pernah dengar pun sebelum ni . time kasih eyh kak sebab bagitahu .

    ReplyDelete
  6. afzal baru tau menda ni pagi tadi.entahla kan.. sejak akhir2 ni mcm2 dah Allah turunkan.nmpak kecik tapi impak dia..perghh

    p/s : Fiza siap bg tips lagi.tu yg besnya dtg sini :) huhu

    ReplyDelete
  7. huhu.. menakutkan je tengok. -___-"

    ReplyDelete
  8. Ooo..ini la charlie rupanya..Dulu member bilik penah citer psl binatang ni. Dia student UDM, kt sana pun byk binatang ni.Mmg klu kena sgt la pedih + sakit + berparut. Adik cik comey yg belajar kt uitm machang,kelantan pun kena aritu.nasib baik kena skit jer bawah mata tp pedih dia lama giler nk hilang..siap menggelupas lagi. Ada kawan dia yg kena kt muka n leher, berparut. Cian plak. Binatang ni mmg kita x perasan sgt, tau2 sakit dah kena racun dia..So, sumer sila berhati2 yea...

    ReplyDelete
  9. adeh..ngeri jee..kt asrama saya pernah kena sengat dua kali pastu doktor cucuk jarum pon dua kali..uhuk..

    ReplyDelete
  10. akak tak pernah lagi jumpa serangga ni... harap2 jangan jumpalah!

    memang teruk kesannya ye..

    ReplyDelete
  11. comel tp berbisa kan fiza..tgk tgn org tu pergh...xsggup den besorkn gmbo tu ^_^

    ReplyDelete
  12. Ya Allah , saya bru na msuk matrik penang . Google psl ni rasa seram pulak oh x(

    ReplyDelete
  13. btul ke fair n lovely?..nak try,sbb dah kne kt area mata ngn bwh hidung..mmg pedih..n ubat yg doktor kasi lak berminyak!!..seksa betul..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.