White Chocolate Macadamia Nut Cookies Subway

Monday, October 12, 2020

Morning! Alangkah sedapnya kalau dapat breakfast sandwich subway tersedap tu. Tak pernah lagi rasanya breakfast subway. Kalau keluar pun beli untuk lunch atau dinner.

Macam biasa kalau dah beli sandwich, kenalah beli cookiesnya sekali. Memang suka beli set dengan pilihan air dan cookies. Jarang sangat beli sandwich semata-mata.

Sandwich tu Fiza ikut je la apa yang husband pilih sebab semuanya sandwich subway kena je dengan selera. Kalau suruh order, sumpah tak pandai!

White Chocolate Macadamia Nut vs Double Chocolate Cookies

Cookies tu mesti beli white chocolate macadamia nut. Kalau tak ada baru lah beli double chocolate tu ha. Susah nak move on dengan cookies white chocolate macadamia nut ni.

Sama juga dengan taste white chocolate macadamia cake Secret Recipe pun suka juga.

Cookies subway ni memang best lah. Suka dengan cookies yang chewy dan not to sweet. Sebab tu pilih white chocolate ni.

Double chocolate cookies tu macam manis sangat. Ke Fiza je rasa macam tu. Atau mungkin Fiza sejenis yang kurang suka chocolate yang terlalu pekat dan kuat. Mungkin?

Now baru tahu juga yang cookies subway tak boleh beli 3 pcs dah. Boleh beli 6 pcs atau 12pcs je. Nampak lama sangat tak ambil tahu tentang subway sekian lamanya. Lama ke?

Tak ingat last beli bila entah. Sejak PKP lah kot.



Bercerita tentang subway ni, untuk newbie yang nak order di subway bolehlah cuba cara order subway di bawah. Fiza dapat bebenang dari twitter. 


Cara order subway

Pertama sekali pilih menu nak makan chicken / beef / tuna / seafood

Menu

Classic - basic menu.
Ada ayam, seafood, cheese, meatball, Spicy italian tu salami slices dan pedas-pedas

Favourite - medium menu.
Ada isi lebih sikit daripada yang classic. Ada Inti ayam, tuna, tandoori.

Signature - Paling complicated inti
Ada meat, chicken, 2-3 salami. Paling premium sandwich. 

Dah pilih menu mana, bagitahu nak menu tu. Kemudian baru pilih roti : 6 inch/ foot long (12” can cut to 2)

Roti

  • Italian and Parmesan Oregano
  • 9-Grain Honey oat
  • 9-Grain wheat
Dah pilih roti, cashier akan buat inti based on menu yang dipilih. Kalau nak extra inti beef / chicken / cheese, bagitau. Extra charges kurang lebih RM 2- RM5. Roti akan dibakar untuk bagi cheese cair. 

Sayur

  • Shredded lettuce
  • crunchy green peppers
  • sliced onions
  • crispy cucumber
Boleh pilih mana suka, nak tambah sayur tak ada extra charges. So boleh letak semua untuk vege lover. 

Sos

  • Blackpepper/ bbq 
  • Ranch (must try! rasa mcm lemak-lemak tapi tak manis / masam sgt, much better than mayonnaise)
  • Mustard (pahit-pahit lemak)
  • Honey mustard (manis, pahit,lemak sikit) 

Nak letak semua? Boleh!

order is doneeee

Set pula ada 2  jenis, samada nak pilih cookies atau chips & drinks. Kalau nak order menu sama, boleh ambil footlong dan request belah 2. Jimat sikit combo price katanya.

Kredit : suelovecoco

Atau boleh refer pada website subway.

Pernah cuba nak buat cookies ala subway. Berjaya pada mulanya bila fresh from oven. Tapi bila dah simpan lama sikit tu dia jadi keras. Tak ada bakat lansung buat cookies. Menyampah!


28 comments

  1. tak pernah try lg... bolehlah sy cari nnt...sbb nmpk sedap ;-)

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba white choc macadamia.
    Selalu beli sandwich sebab suka makan di rumah jadi jarang sangat beli set.

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka biskut dia. Tak puas makan.Kena pulak dengan kopi.hahah. Tapi akak selalunya order guna food panda je.tak pernah beli kat kaunter.Sebab bila keluar nampak benda lain je nak makan.Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas makan walaupun saiz besar. sedap sangat! okay nanti nak order by foodpanda gak lah

      Delete
  4. Lama tak makan subway.. Kat tempat Sha ini ada satu baru buka..

    ReplyDelete
  5. bila baca ni terigin nak makan subway la pulak.. mama suka double choc cookies dia

    ReplyDelete
  6. lamanya tk makan cookies subway...masa first time beli tu, ingatkan crunchy, rupanya chewy..sedap jg..

    ReplyDelete
  7. Bilalah saya nak lepas Laut China Selatan... nak juga makan cookies subway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas berakhir covid nanti boleh datang semenanjung kak

      Delete
  8. sedap kan! eh teringin pulak rasanya ;)

    ReplyDelete
  9. Sikit lagi nak ter order kat sini pula hehehe dalam kepala bayang kan apa nak di letak, baru nak pilih ranch.
    Kacang macadamia rasa lebih lemak dari hazelnut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh eh..jangan kak nanti tak sampai sana.
      yup, itu yang suka tu 😊

      Delete
  10. lamanya tak ke subway.. Jap besok order ikut grab la Haha

    ReplyDelete
  11. since tahun lepas hingga tahun ni blm jejak subway lg fiza..teringin tp ade je kekangan nk pegi tu..skg ni dah covid menular lg takut nk berkumpul..tp seyes sedap subway ni makan dia blh kenyang satu hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, boleh order guna grab or foodapanda shida. bila teringin boleh order je.

      Delete
  12. baru teringat, dpn rumah sy ada subway tp cuma buka kalau ada events je hahahah

    ReplyDelete
  13. weiii apesal gambar cookies je pun buat perut akak berbunyi? padahal baru lepas lunch tadi..hahahaha

    yang ni perisa febret selain double choc chip..hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.