Somewhere in Kuala Pilah

Wednesday, October 07, 2020

Petang Khamis haritu balik kampung husband somewhere in Kuala Pilah. Lama juga tak balik kampung husband sebab tak ada orang kat kampung sejak abah mertua meninggal 2 tahun lepas. 

Kebetulan mak mertua duduk rumah sekejap then Fiza pun nak balik Segamat. Bawa mak mertua sekali balik kampung. Tidurlah semalam kami kat kampung. 

Bila musim hujan ni kat kampung, lain macam sojuk eh. Cuaca pun mendung berpanjangan. Tak dapatlah nak buat aktiviti luar. 

Tapi sempatlah juga husband meracun semak dan lalang dah panjang tu. Harap tak hujan lah lepas meracun tu.

Kg Parit Kuala Pilah
depan rumah, rumah adik beradik uwan juga


Petang tu husband nak makan roti Canai. Macam biasa roti canai best in Pilah town dekat bus stand tu lah. Roti canai dan kuah sodap! 

Haritu balik tak ada rezeki merasa roti canai sebab kedai tu tutup. Kedai tu buka dari petang sampai malam. Bus stand Kuala Pilah ni memang meriah dengan stall-stall jualan. Macam-macam makanan ado!.

Jenuh menunggu roti canai, hampir 1 jam! Mana taknya, roti canai yang dah siap dia bagi pada yang nak makan kat situ. Yang menunggu nak membungkus kena tunggu lama pulak. Haihh macam tu pulak sistem dia.

berhadapan bus station Kuala Pilah


Kalau balik kampung husband ni sejuk dia lain macam. Almaklumlah dekat dengan bukit. Pagi pagi tu nak mandi air kolah memang sejuk betul. Rumah papan ni malam dan pagi ni akan rasa sejuk je.

Nampak patung anak buah, ambil gambar kejap. Macam kena pulak dengan dark mood.


Macam biasa aktiviti kat kampung, kita jalan-jalan sekitar rumah tengok apa yang ada. Kita ambil gambar mana yang scene yang cantik dan menarik.

Bamboo
Cantik pulak embun pagi

Suka pulak tengok embun pagi kat pokok pokok yang ada. Dapat lens macro portable untuk handphone ni mesti lagi cantik gambar ni. Takpe, simpan dulu niat tu. Mana tahu ada orang nak hadiahkan kan.

Kurang sharp pula embun tu haihh


Pokok Bunga Kemboja Merah
Ada matahari sikit, nampak awan biru. Snap dulu sebelum mendung

Sambil Fiza dok ambil gambar, husband cuci kereta. Lama tak cuci kerete oii..musim hujan ni nak juga cuci kereta. Mujur lah lepas cuci kereta tak hujan lebat. 

Car Wash

Sempat ambil gambar paip ni. Lighting tengah on point ni elok ambil gambar air splash ni, boleh set shutter speed tinggi sikit dapatlah ambil gambar air bentuk bulat-bulat macam tu. 

Cuma kurang sharp sikit. Tangan gegar kot!


Balik kampung sehari semalam je, petang tu uruskan urusan penting dan terus gerak balik Segamat. Balik kampung, Ohhooo balik kampung.


22 comments

  1. Alahai... lamanya tunggu roti canai sampai satu jam. Kalau saya lama dah angkat kaki hihihiiii.
    Cantikkan kalau dapat tangkap gambar embun di hujung daun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian pulak kalau cancel order kak. Takpe, kita sabar lagi.
      Kalau dapat macro lens lagi lawa tu kak

      Delete
  2. Sama sebelah-menyebelah rumah adik-adik perempuan Uwan. Amal adat perpatih.
    Cantik gambar-gambar Fiza ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3 rumah 3 beradik kat situ kak NA. ohh begitu ye adat pepatih.
      Terima kasih :)

      Delete
  3. Best balik kampung... lamo jugak x balik nogori.. hewheww..

    ReplyDelete
  4. Tentu banyak pengalaman dan kenangan di kampung yang tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
  5. kuala pilah sangat cantik, tak tahan cuma nak tempuh jem je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu jarang balik on weekend. Sebab kita tahu jem. Tapi kalau musim cuti nak tak nak terpaksa jugalah hadap kalau dah termasuk. Kalau tahu awal ikut short cut macam biasa.

      Delete
  6. Lama akak tersadai di sini tengok gambar-gambar Fiza. Cantik berseni 😊

    ReplyDelete
  7. suka lah tgk gambar2 fiza semua artistik

    ReplyDelete
  8. geram tau tengok gambar fiza! ni baru la fotografi!

    ReplyDelete
  9. seronoknya balik kg kan :)
    cantik2 gmbar2 fiza ambil..
    fiza berbakat sebenarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok lama tak balik shida. Terima kasih banyak² :)

      Delete
  10. Bukan sepatutnya kena bagi juga pada orang yang bungkus.. Agaknya sebab nielah orang gemar ke kedai mamak.. Servis pantas.. hehehe
    Cantik cantik gambar yang Fiza ambil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak. jenuh juga menunggu.

      Terima kasih kak Sha 😉

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.