Siapa Tak Mahu Dato' Sri Siti Nurhaliza

Sunday, October 18, 2020

Tajuk mengundang spekulasi sangat kan. Jangan macam-macam ya. Siapa lah yang tak mahu Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau kesayangan ramai kot. 

Siapa tak mahu tu sebenarnya tajuk single terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam album terbaru Manifestasiti2020 bulan Julai 2020 yang lepas.

16 Oktober 2020, 2 hari lepas baru keluar Muzik Video Official untuk lagu Siapa Tak Mahu. Sesuatu yang istimewa dengan penampilan istimewa Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Siapa Tak Mahu Dato' Sri Siti Nurhaliza
Screenshot


Sukalah tengok MV yang klasik dan fantasi. Cinematography yang cantik. Sesuai dengan melodi yang rancak. Lirik pun best! Ada terselit perumpamaan di situ. Dah tengok belum? 

 
Composer :
John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment)
  
Lyric : John Jeevasingham (O/P: Replay Music S/P: Warner-Chappel), Ikhwan Fatanna (Nova Music), Omar K (World Peace Entertainment) 

Acoustic Guitar and Electric Guitar : John Jeevasingham Mixing : John Jeevasingham at Soar Studio

Kredit info & video : Siti Nurhaliza channel

Lirik Lagu Siapa Tak Mahu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Hey, dengar ni
Kata orang kalau dah sayang
Jangan kau mudah nak naik berang

Dalam cinta kena berjaga
Jangan kau mudah ingin buruk sangka

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu siapa tak mahu

Kata orang kalau nak senang
Jangan berkira dengan pasangan
Salah faham jangan dipendam
Luahkan kata jujurlah caranya

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu siapa tak mahu

Bulat air kerana pembetung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu

Siapa tak mahu…
Siapa tak mahu…

Siapa tak mahu
Rugilah tak mahu

English Version

Hey, listen to this
People say when you love someone
Don’t get angry easily

In love, always be mindful
Don’t think negative easily

Ask your heart
What it seeks
Your heart will answer just eternal love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate, who wouldn’t want

People say if you want to be happy
Don’t be calculative with your better half
Any misunderstanding, don’t keep it to yourself
Speak your mind, honesty is the key

Ask your heart
What it seeks
Your heart will answer just eternal love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate, who wouldn’t want

Water shaped by its container
Admiration deepen the feelings of love
Good mould makes a beautiful cake
Gracious, that is his love

Who wouldn’t want
Love laced with yearning
Love like a honeymoon at all times

To be loved for always
Like heaven-heart
Soulmate#

Who wouldn’t want
Who wouldn’t want

Who wouldn’t want
It’s loss if you wouldn’t want

Kredit lirik : exlyrics


40 comments

  1. best best best... ingatkan apa la siapa tak mahu ni kan? haha

    ReplyDelete
  2. TokTi ni bagi lahu apap pun pasti sedang dan akan femes ;)

    ReplyDelete
  3. Tajuk entri suspens sgt rupanya tajuk lagu.. hihi.. pasni cr kt youtube.. thanks for sharing tau

    ReplyDelete
  4. 1st time tgk mv lagu ini terus sukaa :)

    ReplyDelete
  5. Lain dari yang lain pulak tajuk lagu ni. Tapi biasalah, mesti meletop kalau Tok Ti punya lagu.

    ReplyDelete
  6. betul tu , tktau tokti punya mv baru tgok masa melodi tadi

    ReplyDelete
  7. semua orang mahukan beliau sebagai artis kesayangan..

    cuma Datuk K sahaja memiliki belaiu secara sah hahahaha

    ReplyDelete
  8. 1st time dgr terus jatuh cinta... catchy lagu tokti baru ni kan?

    ReplyDelete
  9. Tukang Kebun tengok penulis lyric dia, kagum pula sebab bukan etnik Melayu tapi Bahasa Malaysia nya amat seni beginilah orang Malaysia tidak mengira bangsa boleh menghasilkan lagu Kebangsaan yang jadi ramai peminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann lirik dia menarik dengan ada elemen tradisional situ

      Delete
  10. suka lagu baru tok ti ni..MV pun best sangat.

    ReplyDelete
  11. untungnya tok ti sbg penyanyi ternama / senior, dapat keluarkan lagu2 yg bagus dan mantap...

    ReplyDelete
  12. Suka lagu suka mv sekali 😊
    Lagu ni catchy!

    ReplyDelete
  13. ingatkan apa lah tadi..hahaha, ok nanti akak tengok! macam best sebab ada Hun and Mira!

    ReplyDelete
  14. suara tokti tak penah tak sedap.. mv dia mmg best

    ReplyDelete
  15. lagu siti ni..xpernah x meletop tau! semua best2 :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.