Saya Bukan Robot. Penat Tahu tak!

Saturday, October 31, 2020

Rilek rilek dan bawa bertenang. Bukan nak ajak bergaduh. Tapi seringkali bergaduh dengan ruang komen bila keluar saya bukan robot (I'm not a robot) macam dalam gambar di bawah ni.

Benda ni akan keluar bila blogwalking tinggalkan komen dalam banyak blog. Aktiviti komen kita yang banyak membuatkan google menganggap kita ni robot. 

Sebab tu lah munculnya I'm not a robot captcha ni untuk verify samada pengguna robot atau tidak. Itu apa yang Fiza faham lah. Jika salah, sila perbetulkan ye.

Bila benda ni keluar memang boleh buat spoil mood nak blogwalking. Betul tak kawan-kawan?
I'm not a robot CAPTCHA

Captcha tu kira okay lagilah hanya perlu tick pada kotak saya bukan robot atau I'm not a robot. Tapi bila dia dah mula keluar reCAPTCHA ni memang agak annoying lah nak memilih gambar. Sekali okay lagi. 

Dua kali tiga kali paling jenuh nak melayan dia saja. Nak tak nak kena layan untuk terus meninggalkan komen pada blog.

I'm not a robot reCAPTCHA


Benda ni terjadi bila komen kat blog yang menggunakan platform blogspot. Kalau wordpress masalah dia kena key in maklumat url dan email. So far okay je sebab tak ramai yang pakai wordpress. Cuma yang saya bukan robot ni memang melambatkan proses komen. 

Penat tahu tak! Nak marah pun ada. sabar sabar...Ada cara tak macamana nak atasi i'm not a robot ni keluar?

Cara atasi masalah saya bukan robot (i'm not a robot) muncul.

Dari apa yang Fiza baca, kena clearkan cache & cookies browser. Then off internet dan on semula selepas 30 saat.  Bila browser dah clear tak da lah kita akan di kesan sebagai robot.

Tapi...cara tu Fiza belum cuba lagi sebab bila dah clear cache & cookies tu jenuh la nak log in semula segala benda yang dah ada siap-siap. Nak verify satu satu segala akaun. Agak jenuh disitu.

Kalau nak cuba, silakan.

So kita hadap je lah. Agak agak malas nak layan, esok esok boleh sambung blogwalking semula. Settle masalah.

By the way, cuba check ni dalam dashboard blogspot kau orang. Silalah disable comment form message tu ye.
disable comment captcha


18 comments

  1. salah tuh., sbb kamu bad mood lah kuar robot tuu., hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul sgt.. tp stakat ni ade sesetengah blog je kne mcm tu😅..harap2 dekat blog ummi fiza xde hadapi masalah mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Hehe.. iya betul tu fizah. Agak annoying. Saspen tau bila baca topik. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. Dah jarang2 jumpa mr robot ni.
    Dulu2 adalah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu wak. jangan jumpa selalu. jarang jarang okay lagi

      Delete
  5. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Kalau jumpa, layan jew.... kalau malas layan, tinggalkan sajalah.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Tapi setakat ni jarang juga la kena.

    ReplyDelete
  7. part ni kak pip malas bila line slow pasal dia tak detect kita so kena klik semula.
    eh malaslah pula .. why la korang letak benda ni kat ruang komen blog korang, rugi tau ramai readers malas nak letak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau line slow lagilah tak best benda ni keluar. tak pasti samada effect dari setting komen atau robot detect tu.

      Delete
  8. Dulu sekali je keluar suruh pilih gambar2. Sekarang 2 ke 3 kali kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga tu. bila 2-3 tu leceh jugaklah nak melayan dia

      Delete
  9. Oh ada cara nak hilangkan yer. Hari tu lebih seminggu dia keluar masa nak komen di blog rakan-rakan

    ReplyDelete
  10. Oh sudah clear history dan cache. Tapi tutup internet itu belum buat.

    P.S:Cari pos lama Fiza pasal robot. Selalu sekejap sahaja keluar I'm not robot itu. Ini sudah sehari.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.