Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M Sangat Berbeza.

Thursday, October 29, 2020

سلام مولد الرسول, Tarikh 12 Rabiul awal adalah tarikh penting untuk semua umat Islam ingati. Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk memimpin manusia ke jalan yang benar.

Ya, sambutan Maulidur Rasul 1442H di tahun 2020 sangat berbeza seperti tahun-tahun sebelum ni.  Tahun ni tiada aktiviti sambutan Maulidur Rasul di masjid. Tapi sambutan Maulidur Rasul tetap meriah disambut dengan selawat ke atas nabi, bacaan suci ayat Al-Quran, berzanji dan sebagainya.

Teringat sambutan Maulidur Rasul zaman sekolah dulu. Aktiviti yang biasa dibuat, berarak berselawat dan marhaban. Tahun ni pun tak ada acara sebegini. Masih belum boleh berkumpul ramai-ramai lagi. 

Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M

Tahun ni tema sambutan Maulidur Rasul adalah "Ummah Rabbani Negara Harmoni". Sempena maulidur rasul, ambil masa dan sama-samalah kita menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 

Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W. Mari kita berselawat.


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). 

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. 

USIA 8 TAHUN 

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. 

USIA 20 TAHUN 

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 

USIA 35 TAHUN 

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 

USIA 40 TAHUN 

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
 

USIA 53 TAHUN 

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. 

USIA 63 TAHUN 

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW 

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). 

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 

  • Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra ' 

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW 

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN-Thuwaibah

  • Hamzah
  • Abu Salamah
  • Abdullah bin Abdul Asad 

SAUDARA SUSUAN- Halimah Al-Saidiyyah

  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  • Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza'
  • Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW 

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 


  • Al-Harith bin Abdul Muthalib ***
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib  ***
  • Zubair bin Abdul Muthalib  ***
  • Hamzah bin Abdul Muthalib  ***
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib  ***
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib ##
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib ##
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib ##
  • Hijl bin Abdul Muthalib ##
  • Dzirar bin Abdul Muthalib ##
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib ##
  • Safiyah binti Abdul Muthalib  ***
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib ##
  • Arwa binti Abdul Muthalib ##
  • Umaimah binti Abdul Muthalib  ***
  • Barrah binti Abdul Muthalib  ***
*** Sempat masuk Islam. 
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. 

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. 

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah sawAku melihat cahaya dari lidahnya.Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.Rasulullah umpama matahari yang bersinar.Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.Wajahnya seperti bulan purnama.Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.Mulut baginda sederhana luas dan cantik.Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.Janggutnya penuh dan tebal menawan.Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.Rambutnya sedikit ikal.Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.Rambutnya terbelah di tengah.

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.Warna putihnya lebih banyak.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Warna kulitnya putih tapi sihat. 

Kredit : islam2u

13 comments

  1. Teringat ketika di sekolah ikut perarakan sambil beeselawat ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul. Semoga kita menjadi insan yang 'bersih' di mata Allah. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. nice sharring fiza.. salam maulidurrasul...

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidurrasul .. Teruskan berselawat..

    ReplyDelete
  5. hari2 kena selawat.. semoga kita tergolong dalam golongan umat Baginda yang mendapat syafaat disana kelak..

    ReplyDelete
  6. kan...
    if not, pasti ofis ada join perarakan kecil di bandar.
    or, peringkat dalaman, kami mesti ada organize ceramah, jemput ustaz.
    thn ni, kita sendiri-sendiri menghidupkan hari Maulidur Rasul :)

    ReplyDelete
  7. Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.