Sama Tapi Tak Serupa. Itu Bukan Dia.

Friday, October 23, 2020

Bekas kaya dan bekas pes asam jawa, sekali imbas memang tak ada beza. Warna bekas putih dan penutup lebih kurang serupa. Cuma bekas kaya tu kecil sedikit berbanding bekas pes asam jawa. Warna label coklat dan oren tak jauh beza sangat.

Kalau sekali pandang tak baca label memang tersalah ambil. Itu yang terjadi pada Fiza beberapa hari lepas nak masak sambal udang petai. Menu tu tak sempat nak shoot sebab dah lapar sangat.

Kaya dan Pes Asam Jawa


Dua dua bekas tu ngam ngam simpan bersebelahan elok berdua dalam peti ais. Dengan penuh yakinnya, Fiza nak ambil pes asam jawa tak tengok label. Selepas masukkan setengah sudu dalam kuali, then letak lah semula dalam peti ais. 

Tiba tiba rasa macam nak terjojol biji mata tengok bekas pes asam jawa masih lagi duduk elok dalam peti ais. What??? Dalam kepala terus terfikir " Abis tu yang masukkan tadi tu apa?" Bukan pes asam jawa lah maknanya.

Lahh tersilap ambil, kaya rupanya! Aduh nak tergelak pun ada disebabkan kecuaian sendiri yang terlalu yakinnya kamu itu. Kalau pes tu boleh gelak, mesti dia pun dah kaw kaw gelakkan Fiza.

Mujur lah kaya ada rasa manis dan lemak santan. Tak payah dah tambah gula dah. Lepas tambah pes asam jawa dan bila sambal dah siap, tak ada rasa pelik pun. Sedap cam biasa. Fuhhh lega..

Tersilap masuk kaya okay lagi. Jangan pes asam jawa tersilap sapu kat roti pulak. Haru kalau termakan. Masam nak mam....

Pssttt lainkali jangan confident sangat Fiza oii.. ini lah dia bila dalam kepala tu banyak nau pikir. Hampir terjadi juga pencuci muka nak dijadikan ubat gigi. Banyak benda yang lebih kurang sama buatkan kita hampir tersilap kan. 

Mesti kau orang pun pernah ada pengalaman tersilap macam ni kan. Itu biasa... 


32 comments

  1. insya allah sy masih waras memilih ketika mkn dgn roti๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. hahahhaa betul tu memang boleh tertukar... dahla lebih kurang je nak sama nya
    buat masa ni tak pernah lagi tertukar, tapi hampir2 tertukar pernah la hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kes yakin sangat tak membaca dan tengok. main rembat je. Opsss..nasib baik tak tertukar tu kan

      Delete
  3. Hahahaa adoooi fiza! nasib la asam jawa xbuat jem fiza ooii ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau yang tu pun tak perasan tak tahu nak kata lah kan shida

      Delete
  4. hahaha ye saya pun pernah tertukar! nak amik asam teramik kaya. Nak masak asam pedas pulak tu. Adoii naya ja if tersilap. haha. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  5. aduyai..nasib baiklah belum terjadi lagi insiden macam ni kat saya..hehe

    ReplyDelete
  6. Kelakarlah kisah Fiza ni hihihiiii. Gelak sorang-sorang depan skrin sampai Firdaus tegur, mommy kenapa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kita pun nak gelak bila ingat balik.
      Hahaha tak pasal Firdaus pelik tengok Mommy dia tergelak sorang²

      Delete
  7. Hahaha nasib baik tak pernah tertukar lagi.. eh, gelakkan orang nanti kang diri sendiri pula tertukar sapu asam jawa dekat roti! hahahha

    ReplyDelete
  8. Asam jawa dan sambal belacan adabi tu memang mengundang kesilapan...

    ReplyDelete
  9. manis berlemak sambal tu.... pernah juga lama dulu tapi tersilap antara air masak dengan air gula, letak dalam botol sama. nak tambah air dalam sayur kankung malas nak buka pilih, tuang air masak tapi tertuang air gula....manis leting sayur kangkungku....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur juga letak kaya tu sikit je.

      Alamak, lagi haru letak air gula dalam sayur kangkung. memang manis leting sayur kangkung tu haa..nasiblah bila dah buat silap besar ni. adududu

      Delete
  10. kak pip last month tersilap masukkan gula ke dalam sup ikan.
    nak masukkan garam sebenarnya.
    entah macam mana boleh silap ambil container.
    dah lah sama warna containernya...
    hahaha, terpaksalah makan sup ikan sedikit manis.
    husband pun geleng kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah masalahnya bila bekas dan warna dia sama kan...aduhai sup ikan tu kak. terpaksalah kan makan juga. huhu

      Delete
  11. Akak karang2 masak guna asam jawa. Selalunya guna asam keping ja. Kalau guna asam jawa agaknya jadi macam fiza ni la jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna asam keping memang tak akan tersalah. Saja nak guna pes asam jawa haritu. tiba tersalah pulak. aduhaii

      Delete
  12. Buat resepi baru Fiza gunakan kaya bila takde Gula mesti rasa lemak berkrim kan.

    ReplyDelete
  13. Boleh jadi secret ingredient ni. Susah nak jumpa kat tempat lain ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  14. boleh buat resepi baru ni..masukkan sesudu kaya...hahahahha

    ReplyDelete
  15. sekarang ni senang..asam jawa takde biji..ceduk je dgn sudu..dulu2 nak kena ramas..

    ReplyDelete
  16. Nak cepat dan keyakinan tu memang boleh menyebabkan tersalah ambil.. hehehe

    ReplyDelete
  17. ha ha ha ha :)
    sabar je la fiza oii.
    aida takkan tersilap kot.
    sebab aida x guna kaya yg ni.
    beli yg tin, ntah pe nama nyer, fiza, lupa.
    and asam jawa tu, aida x pakai utk masak.
    special utk buat air asam jawa tau.
    letak ais. wow, sedap!

    ReplyDelete
  18. Nasib baik boleh makan dan tidak pelik.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.