Pantai Purnama, Pantai Tersorok di Port Dickson Yang Cantik

Tuesday, October 13, 2020

Dari PD Waterfront kononnya nak terus balik rumah tapi teringat pulak Puan Hazel pernah bercerita tentang Pantai Purnama. Lalu meneruskan cita-cita ke Pantai Purnama, Port Dickson.

Pantai Purnama, Pantai Tersorok di Port Dickson.

Dengan menggunakan perkhidmatan pakcik waze, sampailah ke Pantai Purnama. Memang tersorok sikit Pantai Purnama. Signboard nak masuk simpang pun tak kelihatan. Kenapa sorok sorok Pantai Purnama yang cantik ni? Siapa nak jawab ni? Hihi

Pantai Purnama Port Dickson

Tak jauh dari PD Waterfront, kurang lebih 20 minit macam tu dengan traffik lancar. Kalau jammed, mungkin ambil masa lebih sikit. Sabtu lepas nampak tak berapa sibuk sangat kat PD. Masing-masing dah mula duduk rumah agaknya.

Sepanjang laluan masuk ke Pantai Purnama yang Fiza perasan macam kawasan perumahan elite je. Atau mungkin ada homestay Pantai Purnama Port Dickson yang berdekatan dengan Pantai.

Pantai Purnama/Pantai Sri Purnama

Pantai Purnama ni dipanggil juga dengan Pantai Sri Purnama. Bila di google memang ada kedua-dua nama tu. Tapi kalau waze, sila masukkan nama Pantai Purnama.

Sampai je terus teruja tengok Pantai Purnama ni. Dari jauh dah nampak Pantai dia. Ruang tempat letak kereta tak berapa nak besar. Ada tingkat atas dan bawah je. Ini kalau sesak, memang kena menapak jauh lah jawabnya.

Mujur masa datang, tak ramai orang dan banyak ruang tempat letak kereta ada. Boleh pilih mana-mana nak letak kereta.

Ruang Parkir Pantai Purnama Port Dickson

Pantai Purnama ni lagi sesuailah untuk seisi keluarga datang. Boleh mandi manda, boleh berkelah, pantai luas dan ada disediakan campsite untuk yang nak merasa berkhemah kat situ.

Mungkin boleh google campsite pantai purnama untuk cari maklumat lanjut. Mana tahu kot jumpa ada yang pernah ada pengalaman berkhemah kat situ.

Ada restaurant dan juga sewa dan beli pelampung. 

Pantai Purnama Port Dickson

Pertama kali sampai Pantai Purnama ni kagum dengan keluasan Pantai dia. Kebersihan pantai masih lagi memuaskan lah. Ada juga lah nampak sampah plastik. Siapalah punya kerja buang sampah merata tu kan.

Pantai Purnama Port Dickson
Sekali lagi setting camera ter overexpose .Opsss


Masih ada yang tak tahu nak menjaga alam sekitar. Kalau bukan kita, nak harapkan siapa lagi kan. Sampah sampah ranting kayu dan daun kering itu biasa.

Pantai Purnama Port Dickson
Siapa punya baju tertinggal tu tak tahulah. Macamana boleh lupa ambil tu

Nampak tak betapa jauhnya kami menjaga jarak. Yang datang sini lebih kurang dalam 4-5 family macam tu. Semua jaga jarak masing-masing antara satu-satu family. 

Pantai Purnama Port Dickson

Dah ambil gambar, dah celup celup kaki kat air. Kira puas hati dah tu untuk menggembirakan hati seorang isteri. 

Sebelum balik sempat lah perati anak ketam ni. Masa kita datang dekat, laju je dia masuk lubang. Susah betul nak ambil gambar dia. 

Apa yang Fiza buat. Duduk senyap-senyap dan cepat-cepat ambil gambar bila dia keluar. Kalau kita gerak sikit, cepat betul dia perasan terus masuk lubang. Aduhai, tak boleh bawa bincang anak ketam ni.

Anak Ketam Pantai Purnama PD

Settle Pantai Hopping Fiza di hari sabtu yang lepas. 2 Pantai je pun dapat terjah. Jadilah kan daripada tak dapat lansung. Hihi



20 comments

  1. Bestnya... Lama tak turun PD... rindu nak jalan jauh2... Haihhh.. Cepat la Allah angkat Covid ni dari muka bumi😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..
      nanti boleh kita hidup normal kembali.
      Rindu juga nak jalan bebas macam dulu

      Delete
  2. Baru ni kami plan nak ke pantai jugak.pantai dekat dengan rumah je. sekali lalu nampak polis kat situ saman orang2 dok pantai.Hahha.. Nasib baik tak singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak pasal kena saman. mungkin tak pakai face mask kot kak

      Delete
  3. dina pernah datang sini dengan kawan kawan Dina. Cantik

    ReplyDelete
  4. Pasirnya kuning keemasan, eksotis. Pantainya landai, aman buat anak-anak bermain-main di laut

    ReplyDelete
  5. CP selalu gak pergi Pantdai Purnama ni. Privacy kat sini.. best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. privacy tu yang best tu. Open sangat ramai orang tak best.

      Delete
  6. tak pernah tau pun pasal pantai purnama ni.. nanti kalau ke PD boleh la singgah :)

    ReplyDelete
  7. cantiknya, xtau pulak ada tempat dekat pd yg xramai org, ritu dtg org berduyun2 mcm semut hurung gula. nak berootd, nak berkelah pun susah..ramai sgt umah manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai ni tersorok sikit. Ramai ramai tu kat Pantai Telok Kemang biasanya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.