Drama : Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3

Friday, October 23, 2020

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3 | Hujan lebat, operasi mencari Esya dan Adib yang hilang masa nightwalk malam tadi terhenti disebabkan hujan turun dengan lebat. Laporan polis sudah pun dibuat. Mereka semua menanti esok paginya untuk meneruskan pencarian Esya dan Adib.

Gara-gara kenakalan Adib mengusik menyamar jadi hantu, sudahnya Esya dan Adib ketinggalan  dari kumpulan dan sesat. Mereka tak dapat keluar disebabkan hujan lebat diluar. Terpaksalah mereka bermalam di dalam gua.

Masa ini lah Adib gunakan masa untuk mendekati Esya. Adib mula berkongsi cerita tentang hobi photography yang diminatinya. Cerita kenakalan zaman sekolah Adib memang kelakar. Memang nakal betul Adib suka pedajalkan orang.

Apa lagi yang dibualkan Adib dan Esya ni, kenalah sambung tengok Episod 3. 

Tonton Online Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

SENARAI PELAKON DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya

PELAKON TAMBAHAN : Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawak, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Slot Lestary TV3, Pukul 9 malam setiap hari rabu hingga jumaat.

19 comments

  1. Drama ni boleh stream kat Viu apps.
    Nanti dah half way baru kak pipkejar tengok, ekeke.

    ReplyDelete
  2. Belum tengok pun lagi. Tunggu tengah2 episod nanti. Akak kalau tengok drama suka sekali harung. Senang sikit tak payah tunggu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay gak tu kak tengok sekali harung. sekali hadam. hihi

      Delete
  3. alaaa... tak berkesempatan lagi nak menengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok online kak. klik pada link tulisan merah jambu tu. Selamat menonton :)

      Delete
  4. macam2 drama sekarang ni..tak menyempat nak catch up

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak tengok cerita episod camni.
    Tumpang baca dari blog Fizah jer.

    ReplyDelete
  6. Nampak kat Viu. Bosan-bosan leh layan nanti.

    ReplyDelete
  7. Betullah rupanya Cik B tu anak Datuk Seri Vida.

    ReplyDelete
  8. ooo mas anizan pun ada... lama x nmpk dia

    ReplyDelete
  9. Tak dan nak layan.. Nantilah tunggu nak dekat habis.. Tak yah nak tunggu tiap episod.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.