Cara Buat Biskut Butang Warna Warni

Saturday, October 24, 2020

Kejap je dah hari sabtu. Sekarang tak boleh kemana-mana bila hujung minggu tiba. Tiada lagi keterujaan bila hujung minggu. Duduk je lah diam-diam kat rumah kalau tak ada urusan penting.

Zaman kanak-kanak dulu, balik sekolah hari jumaat tu dah riang ria dah sebab esok cuti. Kemain seronok sebab boleh berlamaan main tak perlu fikir kerja sekolah semua tu.

Teringat zaman kanak-kanak ni, mengingatkan juga biskut butang warna warni yang menarik. Asal warna warni ni memang budak-budak sukalah.

Biskut Butang

Biskut butang dikenali juga dengan nama biskut aiskrim, biskut gula icing dan biskut warna warni. Ada nama panggilan yang lain lagi tak?

Bahagian bawah dia biskut berbentuk sedikit lonjong. Topping atas tu gula icing keras yang pelbagai warna. Ada warna pink, putih, kuning dan hijau. Suka betul makan yang gula atas tu. 

Suka juga makan biskut butang kosong je. Dua dua pun suka. Jadinya dalam bekas tu tak ada lah tinggal biskut je.

Sebetulnya memang kena makan sekali ngap macam tu. Barulah boleh balance kan rasa gula yang manis tu dengan biskut. Tapi iyelah dulu budak-budak, makan manis manis je tahu. 

Biskut Butang
Biskut butang, dapat dari doorgift majlis kahwin
 

Siapa suka makan biskut butang warna warni ni, angkat tangan! Dulu suka lah sekarang biasa biasa je. Perasan tak kalau jajan lama-lama ni rasa dia pun dah berubah walaupun pek lama tapi rasa authentic zaman dulu tu dah tak ada. 

Amboii macam hebat betul boleh ingat rasa yang zaman dulu tu. Yakinnya kamu!

Yelah perubahan zaman kan. Mestilah rasa dia tak kekal sama. Pasti ada perubahan rasa tu. Yang sekarang ni topping gula tu macam so so je manis dia. Sedang sedang aja. Tak manis sangat. Mungkin dapat yang kurang manis atau rasa dia memang tak manis dah. Entahlah...

Sekarang dah tak susah nak jumpa biskut butang ni. Ada orang dah pandai buat biskut butang guna acuan biskut butang. Tapi bentuk biskut dia lain sikit lah. Ada juga yang buat biskut butang coklat rice. Boleh pelbagaikan ikut suka. Boleh juga dijadikan biskut raya.

Cara buat biskut butang : Resepi Biskut Butang

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 18 minit.

Kredit resipi : Resepiana.com


31 comments

  1. biskut butang menggamit memori..hehe

    ReplyDelete
  2. Terkenang zaman dulu kala... tahu beli dan makan jer. hahha buat tak pernah lagi hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu banyak orang jual sekarang ni pun dah boleh beli online je kak.

      Delete
  3. Biskut butang ni semakin vintage sekarang.
    Dulu masa kecil bila makan tinggalkan gula sebab sayang, hehehehe

    ReplyDelete
  4. Biskut lejen nih, mmg favorit anak2 jaman dulu, haha.
    Malaslah nak buat fizah, sbb akk ni bukan nya minat membaking ni. Minat beli je, hihi

    ReplyDelete
  5. Bila tengok ni terus teringat anak buah kat kampung.Adik suka makan gulanya tu..kakak suka makan biskutnya..cantik sangatlah tu.

    ReplyDelete
  6. Biskut legend ni dari zaman kecik. Dulu Kak makan yang part Biskut bawah je tu pasal tinggal kan icing kalau cicah dalam milo. Icing lama2 dah banyak makan dah tak larat manis dia. Lama2 dalam balang tinggal icing, Biskut takde hehehe....

    ReplyDelete
  7. kak pip suka makan, tapi tahu main beli sajalah. nak buat, tak rajin.

    ReplyDelete
  8. hohoo shida xboleh mkn biskut ni..sgt2 manis..tp klau buat sndri mybe blh cntrol manis dia kan..tp yg kilg buat tu manis sgt xleh mkn,

    ReplyDelete
  9. dari dulu sampai sekarang, kalau makan selalu makan yang gula dia je hahaha

    ReplyDelete
  10. ni biskut legend ni.. dulu makan gula tu je biskut buang..hahaha

    ReplyDelete
  11. Legend biskut ni. Anak2 memang suka makan.

    ReplyDelete
  12. Biskut butang ni memang betul-betul menggamit memori zaman kecik-kecik 😊

    ReplyDelete
  13. Dulo2 suka makan bahagian gula tu dulu. Pastu baru makan biskutnya :)

    ReplyDelete
  14. biskut legend, masa kecik makan yang asing dia je.

    ReplyDelete
  15. dulu kecik2 suka makan ni...lepas tu ngelat, makan yang gula dia tu je..hahahah

    ReplyDelete
  16. dulu masa kecik mak selalu bagi biskut ni (yang takde icing) tu kat adik... rendam dlm susu pastu hancurkan pastu kita suap kt adik... kami panggil roti pusat!! sbb bentuk mcm pusat kita.. kah kah

    ReplyDelete
  17. Melihat biskut butang ini memang mampu mengembalikan nostalgia masa lampau. Emak kami akan buang manisan yang warna-warni, dan rendam biskut tu dalam bancuhan air susu hangat. Lepas tu suap kat adik!

    ReplyDelete
  18. Saya panggil biskut aiskrim. Entahla rasa yang berubah atau kita yabg dah dewasa, jadi rasa teruja tu tak sama macam dulu. Haha. Tapi betul la 90an dulu krim atas tu agak manis berbanding zaman sekarang

    ReplyDelete
  19. sedap biskut ni..contrast lemak manis..

    ReplyDelete
  20. dulu skali skala je arwah ayah belikan biskut ni..biasanya beli biskut tawar je jadi masing-masing tak berebut

    ReplyDelete
  21. x dinafikan dulu zmn bdk2 mmg suka biskut ni. tp mkn biskut je. aising buang hahahha then, baru2 ni sy dpt tau yg biskut ni dibuat utk sembahyang / pggl hantu ahahahhahaahhaha memula x percaya. skali tu, otw jln kaki g LRT, jumpa biskut ni kt tepi tiang. sy gelak dlm hati je ms tu hahahahah

    ReplyDelete
  22. Kalau sha nie, makan yang manis dulu baru bikut dia.. hehehe.. Makanan kegemaran dari dulu sampailah sekarang..

    ReplyDelete
  23. eheee kita kidnep yng kaler2 tu duluu.. sekut dia campak tepi haha.
    nama dia biskot butang eh.. dulu panggil biskot icing / eskrim..

    ReplyDelete
  24. Dahulu selalu makan sekarang tiada rasa hendak makan walaupun jumpa.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.