Biskut Gula Icing

Saturday, December 07, 2019

Biskut gula icing ni mengingatkan nostalgia kenangan lama zaman budak-budak dulu. Mari kita back to 90's. Ke sebelum tu dah ada biskut gula icing ni ye? Sebenarnya tak berapa pasti nama sebenar biskut gula icing ni. Ada juga orang panggil biskut butang. Ada juga yang panggil biskut warna warni dan juga biskut aiskrim. Macam-macam nama ada kan. Kau orang panggil biskut apa?


Biskut gula icing ni boleh dikatakan rare jugalah zaman sekarang ni sebab susah nak jumpa juga. Masa Fiza kahwin dulu, inilah biskut yang Fiza letak dalam glass jar untuk door gift. Sekarang pun ada orang berikan biskut ni sebagai doorgift. Yang Fiza dapat ni di pack dalam plastik bungkus bentuk kon dan di ikat. Biskut ni sedap tapi tak boleh makan banyak sebab gula icing atas tu terlalu manis pada Fiza. Makan biskut bawah tu je lah.


Dulu kecil-kecil rasanya tak berapa suka makan pun tapi bila teringat nostalgia lama, teringat yang biskut ni dijual dalam tin dan biasanya beli ikut kira timbang macam tu. Zaman sekarang ni kena pergi kedai-kedai runcit lama baru jumpa biskut gula icing ni. Itupun kalau ada dijual lah. Sebut nostalgia lama ni, masih juga ada simpan majalah ujang lama. Siapa pernah baca dulu? Bila baca semula majalah ni terus terimbau kenangan lama dulu kala. Haishhh, rindu pula zaman kanak-kanak dulu.


31 comments

  1. majalah ujang + biskut gula icing...kenangan mengusik jiwa..
    biskut tu gabungan manis & tawar..ada budak suka makan icing nya saja..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gabungan yang betul manis dan tawar tu. Memang budak budak suka makan icing sebab manis. kadang tinggal biskut je. huhu

      Delete
  2. Bukan masa kecil je , sekarang dah besar-besar nie pun minat lagi biskut nie . Saya panggil biskut aiskri. . Kalau seketul je makan memang tak cukup , mesti ketagih nak makan banyak-banyak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besar ni suka makan biskut je..icing tu gigit sikit kalau manis sangat. hihi..

      Delete
  3. Akak tak makan bahagian atas tu. Mesti buang. Manis sangat. Kat Sarawak mudah jugak nak dapatkan biskut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak. ohh masih ada ya..okay lah tu, biskut legend masih ada

      Delete
  4. Dari kecil sampai ke besar kami panggil biskut aiskrim. Sekarang ni kalau dengan anak buah pun bgtau nama dia biskut aiskrim hehe.

    ReplyDelete
  5. Saya panggil biskut aiskrim. Kecik-kecik dulu kalau makan mesti mengada-ngada nak pilih kaler pink sahaja. Hehe. Nostalgia ni

    ReplyDelete
  6. Masing simpan ke majalah Ujang? Hehe suka juga makan biskut butang ni tapi sekarang barang beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye masih simpan. tapi tu tak lama sangat keluaran edisi khas husband beli.

      Delete
  7. Kue matahari sekarang sih udah langka yang juala ,terkecuali di hari raya masih ada yang menjuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh disana panggil kue matahari ya. bagus masih ada dijual. boleh makan selalu :)

      Delete
  8. nostalgianya biskut nie. masa kecik2 dulu selalu makan icing tu dulu. biskut dia sama ada makan last atau letak balik dlm balang. bila mak nak makan dia pelik kenapa ada biskutnya je. kitorang adik-beradik cover lah kata biskut tu terpisah dan pecah berterabur dalam balang..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! dulu suka makan icing tu dulu. Haha, cover baik punya alasan dia. kenangan sangat kan :)

      Delete
  9. Biskuit ini sudah mulai gampang dicari sejak tahun lalu kak

    ReplyDelete
  10. sangat suka biskut ni dulu terutama icing nya. dan masa kecik juga ada sejenis ubat cacing tu pun bentuk dia cam icing ni, seronok je telan ingatkan biskut ni. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tahu ada juga ubat cacing bentuk macam ni..mesti ingat biskut juga..hihi

      Delete
  11. mmg biskut legend ni..dlu2 kecik2 beli timbang kilo

    ReplyDelete
  12. kenangan!!!
    now ada jual jugak ni kat melaka.
    jual ikut timbang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang macam dah banyak juga dijual kan. kenangan betul. beli memang ikut timbang dari dulu hingga kini.

      Delete
  13. Biskut rare.. sekarang harga dia dah naik.. Anak2 sha kalau makan biskut nie, dia kumpul gula tu.. Makan biskut je dulu.. lepas tu batu makan gula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang tak pernah beli pulak..ni pun dapat dari doorgift orang kahwin

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.