Bunga Daisy kampung. Putih Ke Merah Cantik?

Friday, October 09, 2020

Sebelum ni nampak mak tanam pokok daisy kampung warna oren. Balik haritu terperasan ada 2 lagi tanaman bunga daisy kampung mak. Bunga daisy putih dan merah. Cepat-cepatlah kita ambil gambar bunga tu. Nak bawa balik memang tak lah.

Bunga pun satu pasu satu bunga je ada. Memang tak lah mak kita nak bagi kita walau bodek macam mana pun. Mujur lah anak dia ni tak membodek dan tak suka pokok hiasan berbunga sangat.

Bukan apa, susah lah nak tanam pokok bunga berbunga kat bandar ni. Tak mahu hidup dengan elok. Mungkin sebab persekitaran yang tak sesuai. Takpe, biar dia duduk kampung elok elok.

Bunga Daisy dalam bahasa melayu, bunga daisi. Bunga daisy di Malaysia ada pelbagai jenis. Biasa kita nampak bunga daisy ni dalam flower bouquet terutamanya masa konvo. Adakah bunga daisy ni murah?



Sebenarnya bunga atas ni warna putih, nampak macam warna kuning pula dia. Guna filter jadi macam tu. Nak adjust warna macam kemalasan menggunung tinggi hari ni.

Bunga daisy kampung putih ni cantik. Ada ombre pada hujung kelopak bunga tu. Terperasan satu lagi daisy kampung warna merah (sebenarnya). 

Dalam gambar nampak macam warna warna Fuchsia Pink, magenta macam tu.

Bunga Daisy Kampung Merah

Cantik kejadian bunga daisy kampung tu. Bunga dia tak dirosakkan serangga pun. Ini kalau ada gatal tangan yang petik, memang kena bebel berbakul bakul. Berat bahu nak memikul segala bebelan tu.

Suka semua warna bunga Daisy. Oren ke putih ke merah ke. Tetap cantik dari pandangan mata.



26 comments

  1. Warna putih tu macam dwiwarna white and pink. Keduanya cantik sangat. Kalau di Australia mereka biasa panggil pokok Bunga ni Gerbera.

    ReplyDelete
  2. Kak PC suka bunga Daisy ni.Mama kak PC ada tanam.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya bunga daisy tuu 😍 pandai mak fiza tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat cantik in real. Bakat mak, tapi tak menurun kepada anak. hihi

      Delete
  4. serious skill photography fizah sangat mantap!

    ReplyDelete
  5. Allahh Cantiknya fiza bunga daisy ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Both pun cantik. Tak boleh nak decide. Hehe

    ReplyDelete
  7. Dua-dua warna cantik. Tapi ikut pengalaman, yang bunga warna putih tu senang ditanam, dan senang dijaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..dedua cantik! oh ye ke kak amie? Saya baru tahu. terima kasih kongsikan pengalaman :)

      Delete
  8. Mak tidak suka tanam bunga.
    Saya suka warna merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang lain minatnya. ramai peminat warna merah. mungkin bunga merah lebih menarik dan menyerlah.

      Delete
  9. cantiknya daisy kampung nie.. sha suka yang warna merah tu.. Lawa ya amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tapi jarang ditanam kot kan. Warna merah memang lawa 😊

      Delete
  10. aduh kalau dah namanya bunga mmg suka la.. especially daisy mmg lawa sgt

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.