Berbunga Rupanya Snake Plant

Friday, October 30, 2020

Selamat pagi! Macam lama je tak cerita pasal si pokok dan si bunga. Masih ada lagi ke yang minat tanam bunga. Sejak musim PKP haritu ramai dah terjebak dengan tanaman bunga kan.

Tak ada koleksi bunga baru, tak adalah ceritanya. Ehhh... macam ada je satu bunga tu. Tapi belum sempat ambil gambar lagi. 

Perkembangan bunga pun tak ada apa nak cerita selain bertambah daun dan hidup dengan riang. 

Musim panas haritu ada pokok mati dan bila mendung ni kurang cahaya daun banyak yang kuning. Lumrah hidup pokok. Mood pun terkesan sekali.

Banyak pokok pokok dalam pasu kecil dah disatukan dalam pasu besar. Biar mata tak semak tengok banyak pasu. Pasu kosong comel comel tu ingat nak bawa balik kampung je. 

Sekali kau dah membebel pasal bunga macam banyak pula lah cerita dia. Okay stop!

Motif nak cerita pasal bunga snake plant je pun. Pernah ada seseorang beritahu yang snake plant ni berbunga. Mula tu macam tak percaya lah sebab selama ni tak pernah nampak pun snake plant ni berbunga.


Dalam tak percaya tu, masa balik kampung husband ternampak bunga snake plant. Laju ambil gambar sebagai bukti yang sahih bahawasanya snake plant ni berbunga. terjakun kejap!

Lalu dijadikan modal untuk entry pagi ni. Dapat juga dijadikan rujukan gambar bunga snake plant kalau ada yang tercari cari tu. 

Rasa janggal pula bila snake plant berbunga. Kira rezeki lah dapat tengok in real bunga snake plant ni kan. Susah nak nampak kot snake plant ni berbunga. Ke benda ni biasa je? 



26 comments

  1. Pernah juga snake plant LZ berbunga tapi sekali naik dengan rumput, tak perasan sangat. Tapi rare juga kann Fizah sebab susah tengok bunga snake plant ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye? ye kak, agak rare lah sebab jarang nampak. ini pertama kali

      Delete
  2. Tak pernah nampak snake plant ni ade bunge,,,hahah..ikot jantina ko ye fiza..

    ReplyDelete
  3. first time tengok bunga pokok ni..ingatkan daun je..

    ReplyDelete
  4. Adik beradik sansevieria ni memang berbunga dan putih wangi waktu malam. Cuma nak dia Bunga jangan rajin siram. Biasanya akan berbunga masa musim kering lama berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk ilmunya kak. lupa pulak saya nak cium bau bunga ni haritu. balik sekali lagi dah kering pulak bunga dia.

      Delete
  5. First time saya tengok. Idok ler saya tahu yang pokok lidah jin ni boleh berbunga.

    ReplyDelete
  6. wangi juga tau bunganya, dulu-dulu biasa tengok kat pokok snake plant umah mak akak kat kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala tak sempat bau lah kak haritu. kat kampung mesti senang pokok ni berbunga kan.

      Delete
  7. Aah la, pelik pulak tengok rupa dia ada bunga hehehe

    ReplyDelete
  8. bunga ini ada banyak di indonesia, setiap rumah padti punya bunga ini 😁

    ReplyDelete
  9. Wow, tak sangka snake plant blh berbunga! Hebatnya tukang kebun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, takde siapa jaga kak. jarang balik kampung pun. terbiar je pokok ni. balik balik tengok ada bunga dia.

      Delete
  10. berbunga???
    rumah mak mertua aida, jiran sebelahnya juga, byk pokok ni, fiza.
    tapi tapi tapi... tak pernah berbunga la.
    pelik sekejap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunganya mungkin jarang tumbuh kot kak. kalau berbunga tu kira rare lah kot kan.

      Delete
  11. Bunga snake plant ni wangi tau Fiza.

    ReplyDelete
  12. oh ada bunga ek snake plant..tk pernah plak tgk sebelum ni

    ReplyDelete
  13. Wah, ada bunga ye pokok ni. Hari tu dekat sebulan kerja guard di satu apartment ni tak perasan dia berbunga dalam sebulan tu...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih tunjukkan bunga snake plant. Memang jenis tidak memerhati atau ambil tahu nama bunga.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.