Banana Roll Oreo Coklat Melimpah. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Saturday, October 17, 2020

Pisang dibungkus ketat-ketat dengan menggunakan kulit popiah, Kemudian digoreng rangup, dan dilimpahi dengan coklat melimpah dan ditaburi dengan oreo. So sedap!

Sekali cuba pasti nak lagi! 

Banana roll / Popis / Popisang

Banana roll atau popis atau popisang. Walau nama panggilan berbeza tapi membawa menu yang sama dan serupa iaitu gabungan popia dan pisang.

Dia bukan popia dan pisang semata-mata. Tapi ada pelbagai jenis topping popis untuk menjadikan ianya bertambah-tambah sedap.

Popis viral sebab sedap dan jadi kegemaran selera orang zaman sekarang. Yang sukakan inovasi makanan begini memang akan sukakannya.

Terutamanya siapa yang suka makan pisang dan coklat.

Banana Roll Oreo Coklat Melimpah

Topping Coklat Melimpah dan Taburan Oreo

Dapat banana roll coklat melimpah macam ni tak pandang kiri kanan dah. Laju je menyuap dalam mulut. Sorang pun boleh habis sekali hadap tau!

Tambah pula ada taburan oreo cookies atas coklat tu. Lagi sedap lah cerita dia. Padu!

banana-roll-oreo-coklat-melimpah

Seriously Sedap Gila!

Sambil menaip terasa rasa lagi kesedapan popis yang dimakan ni. Pada Fiza gabungan pisang dan coklat ni tak lah terlalu manis walaupun melimpah. So so je lah manis dia. Jangan tambah minum air manis sudah lah.

Walaupun kulit popia dah sejuk sikit masa dapat but still ada rasa kerangupan disitu. Dapat panas-panas keluar dari keluar lagi sedap ni. 

Tambah lagi rangup dengan biskut orea yang ada. I is so in love dengan banana roll oreo yang sedap gila ni. Tak tipu! Rasa coklat yang melting tu. Pandang pun dan melting acaner?

banana-roll-oreo-coklat-melimpah

Siapa yang nak cuba rasa atau rasa teringin nak makan, bolehlah order awal-awal untuk delivery. Biasanya delivery area KL. Buat masa ni cover area Kuala Pilah dan sekitarnya. Lepas PKPB baru cover KL.

Ada masanya delivery area Perlis. Boleh bawa bincang lah ye. Contact ada di bawah. Jangan order kat Fiza sebab bukan Fiza yang buat. Hihi

Banana roll topping

  • Oreo
  • Cadbury
  • Original

Harga

Banana roll 6pcs RM7
Strawberry cheese roll 3pcs RM5

Whatsap untuk order banana roll : 0135805257
instagram : @aslywanee


39 comments

  1. Sedapnya tu Fiza. Terliur tengok. Akak kalau makan benda² manis mesti minum air suam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh order kak. Benda manis memang kena minum air masak kak. baru balance sikit manis tu. hihi

      Delete
  2. adoii, telan air liur je lah tengok ni. dah la tengah diet ni

    ReplyDelete
  3. mengancam betul coklat atas roll tu, geram tengok nya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengancam sangat dengan limpahan tu. boleh order kak, dekat dah tu kat pilah ada delivery for now.

      Delete
  4. Aduiii sedapnya.. tapi jauh sangat huhuhu

    ReplyDelete
  5. coklatnya betul2 melimpah...sedapnya..

    ReplyDelete
  6. Terancam selera nieh... lagi-lagi tak pernah cuba. Nak try la order nanti. Yumeeehhhh!!

    ReplyDelete
  7. Tengok pun dah dapat bayangkan betapa sedapnya rasa ��

    ReplyDelete
  8. 😋 I want Cadbury topping! Hihihi.. akak ni hantu coklat!🤭

    ReplyDelete
  9. Sedap sangat nampak banana roll oreo tu... Aduhai coklat!

    ReplyDelete
  10. hurm, sedappppp sangat ...
    nakkkk.
    tapi kita tengah nak diet.
    tumpnag tengok sajalah.

    ReplyDelete
  11. Dulu Kak rajin juga goreng pisang balut popiah. Bila tengok gambar2 Fizah ni teringin nak makan. Tapi sobsobsob suami Kak kata takde kulit popiah dia tengok kat speedmart. Kami kat Kampung terbatas sikit nak Caribbean bahan-bahan.
    Tengok gambar Fizah je dah bahagia terubat cravings. Cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak, lepas habis covid nanti boleh bebas sikit mencari bahan. Semoga dapat nanti kulit popiahnya.

      terima kasih kak.

      Delete
  12. uiiiiii sedapnyaaaa punah diet hahahaha

    ReplyDelete
  13. Oh, this is very sinful! Telan air liur banyak kali dah ni 😂

    ReplyDelete
  14. sedapnya banan roll tu...ada tgk org jual...topping pn byk tu yummmy

    ReplyDelete
  15. mama baca pun dah ngences ni fiza oii

    ReplyDelete
  16. Bahan-bahan mudah. Memang tengah banyak pisang dan kulit popia ada. Cuma coklat tiada. Takpelah ubah letak taburan Milo. Ting. Nanti bosan-bosan boleh buat.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.