Jalan-Jalan di PD Waterfront

Saturday, July 04, 2020

Sepanjang stay dekat Bayfront Hotel, Port Dickson yang sehari cuma tu. Tak kemana pun kamiorang pergi. Cuma pergi makan ikan bakar dekat Kampung Pasir Panjang tu je. Kalau turun bawah pun jalan-jalan di tepian pantai laluan jalan kaki tu je.

Bayfront hotel ni lokasi dia dekat dengan PD (Port Dickson) Waterfront je. PD Waterfront, salah satu tempat menarik di Port Dickson yang boleh lepak-lepak menikmati keindahan pantai. Tapi tak boleh mandi lah kat sini. 



Nak mandi manda kena pergi pantai Teluk Kemang yang sentiasa meriah dipenuhi ramai orang sebab ada banyak aktiviti kat pantai Teluk Kemang. Itu yang orang ramai suka pergi.

Tapi jenis Fiza tak suka bersesak sangat. Jalan-jalan tepi pantai tengok pantai tak boleh manda manda pun takpe. Dah besar ni tak ada dah lah nak mandi manda tepi pantai. 

Suka tengok pantai tapi tak suka mandi laut sebab dulu kononnya takut kulit gelap. Nak putihkan kulit kemain susah, nak gelapkan sekejap nau. 

Suka mandi air terjun sejuk tapi fikirkan bahaya batu licin tu tak jadi lah. Mandi kat swimming pool atau berendam dalam bathtub je lah gitu.

Sebenarnya macam tak pernah tahu pun sebenarnya kewujudan PD Waterfront ni celah mana. Kalau tak stay dekat Bayfront Hotel ni memang tak pernah tahu dan tak pergi PD Waterfront ni. 

Padahal rajin juga ke Port Dickson ni. Asyik pergi tempat yang sama Pantai Cahaya dengan Pulau Burung tu mana nak sampainya kat tempat lain kan. So now dah boleh blue tick PD Waterfront dalam senarai tempat menarik di Port Dickson yang dah pernah pergi.


PD Waterfront ni berdepan dengan McD dan Starbucks. Kalau lepak kat Starbucks atau McD pun best juga lah sesambil tengok kebiruan laut yang cantik ni. 

Ada juga mural kartun lat yang comel ni ha. Tetiba ada pulak sensorang kat sini dengan gambar cupcake. Fiza tak ambil pulak gambar cupcake tu.



Lagi satu ada lukisan puntung rokok. Sebenarnya Paip PVC ni. Bagus juga idea buat lukisan puntung rokok ni untuk peringatan para perokok jangan buang puntung rokok merata-rata. Kalau tak perasan juga tak tahu lah nak kata. 

Pembuang puntung rokok memang tak ada tapi pembuang sampah kat mana-mana pun ada. Masih ada yang tak sedar lagi nak jaga kebersihan alam sekitar. 

Sampah plastik merata-rata. Kalau ye pun nak berkelah tepi pantai, jangan buang sampah merata-rata. Aduhaiii..penat lah nak ingatkan. Kalau ada signboard pun bukan baca pun.



Nice sangat permandangan laut kat PD Waterfront ni. Ini kalau rumah dekat tepi laut, memang Fiza duduk tepi laut je buat kerja. Mesti banyak idea keluar mencurah-curah mengalir. Haha..kemain sangat kan.



Di tepian pantai, sempat jugalah snap pokok bunga seri pagi a.k.a morning glory. Cantik pulak dia kembang di waktu pagi. Rasa nak ambil je nak tanam kat rumah. Tapi taklah nak ambil pun. Ambil gambar pun jadi lah buat kenangan dan simpan buat koleksi gambar.





24 comments

  1. Replies
    1. wahh ye ke cikgu. untung dekat dengan tempat cantik.

      Delete
  2. Dah lama tak pi PD. Nampaknya kena masuk dalam agenda hujung tahun nie...

    ReplyDelete
  3. rindunya tengok pantai, jalan2 tepi pantai... entah bila lah rakyat malaysia ni nk ada kesedaran buang sampah dalam tong sampah, kadang tong sampah ada besar tepi pantai tapi buang merata jugak sampahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi panta dekat-dekat je kak..pantai morib ke dekat ngan akak tak?

      buang sampah dah habit agaknya kot.

      Delete
  4. Lama tak keluar, seronok makan2 angin. Last g PD tahun 2017 kot masa family day

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok lama tak keluar rumah. harap awak ada rezeki turun PD lagi. Aaminn

      Delete
  5. bestnyaaaa jalan2..
    xpernah smpai lg kat pd ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali nanti bercuti lah kat PD pulak. Baru lah sampai :)

      Delete
  6. kadang2 mmg kita nak lari dari hiruk pikuk n orang ramai.. xpe x mandi2 pun..
    rasa da dewasa ni x berminat sngt dah. sesekali xpa kot hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. dah dewasa memang kurang minat nak mandi manda ni. lebih suka menikmati view je :)

      Delete
  7. bestnya jejalan. bertukar angin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil angin luar yang segar selepas terperap lama duduk rumah.

      Delete
  8. Samalah tidak mandi laut apabila sudah besar.
    Nampak betul puntung rokok besar itu dalam gambar. Kalau Fiza tidak nyatakan diperbuat daripada PVC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..mesti pelik sebab besar. kreatif yang buat lukisan ni pun.

      Delete
  9. erkkk jadi besar gedabak pulak gambo rokoknya tu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besar kak sebab dia lukis atas saluran batang paip PVC saiz besar tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.