Rasanya kalau baca tajuk dah boleh faham kot kan? Ini bukan nak marah orang gunakan gambar Fiza dan letak watermark mereka. Cuma untuk peringatan bersama lah kita sebagai blogger-blogger ni mahupun yang bukan blogger.
Dulu-dulu masa mula terjebak dengan dunia blogger main hentam je guna gambar orang kemudian tak letak credit pada pemilik gambar. Boleh maafkan kot kan masa tu tak tahu lagi etika seorang blogger. Ye, perbuatan tu memang totally salah.
Tapi so far tak pernah lagi lah letak watermark sendiri pada gambar orang lain. Kalau nak edit pun akan letak edited by macam tu. Kes letak watermak sendiri pada gambar orang lain tu memang tak patut lah. Gunakan hasil kerja orang lain dan letak watermark sendiri. Siapa je yang tak marah kan?
Tak kisahlah dari mana kau orang ambil gambar tu, tetap salah kalau letak watermark sendiri. Faham tu. Guna gambar dari cariaan google pun kalau tak tahu mana sumbernya. Credit je pada google senang.
Itu cara Fiza lah. Sebab kadang-kadang tu kita save gambar terus dari google. Ada juga yang berkongsi gambar tu, dia pun ambil dari google juga. Jadi, tak tahu siapa pemilik sebenar kalau tak ada watermark pada gambar.
Kes macam tu memang Fiza letak credit google je lah. Sebab tu adalah lebih bagus sekiranya setiap gambar tu letak watermark sebelum upload (kalau gambar sendiri). Mudah lah orang lain nak credit kan bila kongsi atau guna gambar tu. Betul tak?
Nak dijadikan cerita, bulan lepas Fiza dapat komen dari pemilik gambar yang Fiza gunakan dalam entry jenis-jenis dekorasi dan ikatan hidden hantaran. Komen tu Fiza tak publish. Komennya begini :
Sampai sekarang Fiza belum publish lagi. Simpan buat kenangan. Dalam entry tu semua gambar adalah hasil carian google dan semuanya tak ada watermark. Fiza pulak tak letak credit google. Silap Fiza lah kat situ. Cuma ada satu video je lah letak credit sebab sharing dari youtube sah sah lah ada linknya kan.
Entry lama-lama ni memang tak dapatlah nak check satu satu setiap entry mana yang tak letak credit tu. Tapi bila dah dikomen macam ni, laju-laju letak credit google mana yang tak ada tu. Kang tak pasal-pasal dapat lagi komen macam tu.
Kira fahamlah kenapa dia tulis macam tu. Sebab tak ada credit pada gambar dia. Kenapa baru sekarang? Mungkin sebab gambar tu 1st page google. Then dia baru jumpa, tengok pulak tak ada credit pada dia.
Fiza suspek dia maki hamun dah masa ni kot sebab tu terus komen macam tu. Ye lah, kalau ada link tu mungkin boleh menguntungkan bisnes dia jugalah secara tak lansung. Memang niat Fiza tu nak berkongsia idea je untuk yang mencari idea tu. Silapnya tak letak credit je lah pada gambar tu. Terus kena tuduh seperti plagiat.. Aduhaiii..
Fiza tak kisah kalau pemilik gambar terus komen, gambar tu milik saya ke. Sila kreditkan kepada link ini. Berdesup Fiza terus letak credit nanti. Tapi bila komen macam tu. Senyum dan tak perlu kata apa-apa dah. Inilah pertama kalinya dapat. Terkejut juga sebenarnya. Agak agak orang lain share gambar dia tu dapat komen yang sama tak agaknya?
Dunia internet ni sekali kau dah upload gambar, memang meluas lah pergi dia. Nak orang letak credit pada gambar kita, letak sesiap watermark kat gambar tu. Mudahlah orang nak letak credit atau nak claim gambar sendiri.
Sekali kita berkongsi dalam internet ni, kita tak dapat nak kawal. Lagi lagi kalau dah viral. Gigih ke nak komen satu satu dalam setiap post suruh letak credit. Berkongsi tu biarlah niat kan berkongsi yang positif dan memberi manfaat pada orang.
Idea kita ni pun bukan datang bergolek. Dalam dunia internet yang meluas ni, pelbagai sumber inspirasi kita boleh dapat dari google ni. Pusing pusing situ juga pergi dia. Macam kita berniaga benda yang sama pun, percaya pada rezeki masing-masing.
Nak credit, boleh je. Boleh komen atau email atau direct message. Lama juga peram tak publish komen tu. Tak publish lah kot sebab gambar pemilik pun dah Fiza padam. Okaylah tu kan habis cerita dia. Jangan claim claim dah gitu.
Gambar lain Fiza creditkan google siap-siap. Akan datang, pemilik faham Fiza ambil gambar dari mana dan kalau nak kredit. Just tinggalkan link dan mention gambar mana okay. Kenapa delete gambar tu? kenapa tak credit je pada dia? Fiza anggap dia tak redha gambar dia dikongsikan. Biarlah dia dengan gambar-gambar dia. Kalau kau orang, apa tindakan yang kau orang akan buat?
Tujuan Fiza kongsikan cerita ni bukanlah nak memburukkan atau menyalahkan. Taknak cari salah sesiapa. Cuma peringatan kita untuk lebih beringat lah. Kalau gambar kita, letak watermark sendiri. Senang nanti orang lain nak credit kepada kita.
Kalau bukan gambar kita, jangan pandai pandai letak watermark sendiri. Kena letak credit kalau guna gambar orang lain. Marilah kita sama-sama beringat okay. Tak nak lah kau orang pun buat silap juga. Jenis manusia tak kisah tentang gambar dia tak ada hal. Jenis yang kisah teramat sangat ni, faham faham lah. Kadang boleh jadi isu besar juga tu. Orang sekarang main saman-saman tau!
Jenis Fiza, once dah upload ada orang nak guna gambar Fiza tak credit pun tak pe. Jangan pandai pandai letak watermark sendiri sudahlah. Tapi ada juga yang jenis gigih buang watermark pemilik dan claim gambar sendiri. Jenis orang macam tu memang tak leh cakap apa lah. Kita memang tak boleh kawal.
Sebab tu kadang-kadang isu ni terlalu rumit untuk dipersoalkan. Contohnya bab design pun. Macam nak design poster ke banner ke. Kadang kita pun cari idea dan gambar dari google. Susah sebenarnya nak cakap bab ni.
Walaupun sebenarnya kat dunia ni tak ada satu pun milik kita. Semua milik Allah termasuklah anugerah idea/inspirasi tu.
ingat lagi, masa terjebak dalam dunia blogger ni awal 2009-2010 dulu. Baru pandai design blog sendiri. Tiba-tiba ada orang tiru bulat-bulat design blog masa tu. Tipu lah kalau tak marah masa tu. Ada 2-3 kali juga lah kes tu jadi.
Lama lama Fiza tak ambil pusing dah. Malas nak fikir dan Fiza dah anggap benda ni perkara biasa je lah. Fikir positif je dan inshaAllah positif lah semuanya.
Isu tak menghalalkan gambar ni bukan isu baru lagi. Antara isu sensitif bagi mereka yang berniaga. Ye, faham tu sebab usaha mereka kan. Semuanya bergantung kepada niat dan hati masing-masing. Takut nak cakap lebih-lebih. Takut disalah erti kan. Lain orang lain pendapatnya.
Anggap je Fiza berkongsi pendapat dan meluahkan sahaja. Blog kau orang pernah dapat komen macam ni tak? Ke kau orang abaikan je? Jika ada tersalah pendapat atau idea, sila perbetulkan dalam kotak komen. Kotlah ter emosi semasa menaip.
Dapat sesuatu tak dari entry ni? Kita sama sama belajar dan perbaiki okay.
Patutnya pemilik gambar hubungi Fiza cara baik, bukan terus bagi komen macam tu..komen pun ada maksud tersirat, normally akak pun buat macam tu..x tau sapa tuan gambar kredit je pada google. Benda kecik tak yah la besarkan..baenda bleh settle kan...
ReplyDeletetak tahu lah kak.mungkin marah sangat kot tak boleh nak settlekan dengan cara yang lebih baik. takpelah, biarlah dia
DeleteBelum pernah dapat komen sebegini.
ReplyDeleteSaya sebenar malas nak letak gambar tapi letak tidak banyak.
Awal-awal berblog ada ambil gambar daripada google tapi tidak pernah kena tegur macam Fiza kena.
tak letak gambar takpe kak. untuk peringatan bersama je ni :)
DeleteSamalah.. kadang tu amik gambar dari google je, tapi selalu lupa letak kredit.. hehehe.. Kalau macam nie memang tak akan publishlah komen dia dan buang je gambar dia..
ReplyDeleteitulah. dah buang gambar dia senang cerita :)
Deletebetul..kalau bukan gambar kita, unethical letak watermark sendiri...
ReplyDeletekalau ambik gambar dari internet, mostly letak source google saja..
itulah, sapa yang letak watermark sendiri kat gambar orang tak tahu nak katalah. ye,sama letak google je. cuma yang lama je lah ada yang tak letak. huhu
Deleteperghhh panjang lebor jugak ni fiza membebel..hahaha..ye lerr, sape suruh dia tak letak watermark kan..zaman skang, senang letak watermark aje..orang akan google dari watermark tu nanti...kalo takde watermark, gambar kene rembat, itu salah sendiri..
ReplyDeletesekali dah bebel habis semua nak cakap. hihi..itulah nak hadap macam-macam kan.
Deletepernah kena sebab amik gambar dari google.. tapi tak tau pun tu gambar die sbb takde watermark.. gambar die dah bnyak blog guna sbb macam dah terlalu general, tak tau pemilik gambar tu siapa punya.. so kite letak sumber google jela + link blog yg kita ambil gambar tu, sbb blog tu pun guna gambar dia..
ReplyDeletekalau ada watermark kan senang kan. ini takde watermark lepas tu bising orang ambil. tak tahu lah kalau dia rajin nak marah semua orang yg ambil. bukan buat untuk niaga pun. huhu
DeleteKita sama-sama belajar, tetapi bila buat tuduhan macam tu nampak tak berasas.
ReplyDeletebetul. untuk peringatan bersama. takpe lah, dah cara dia macam tu. perati je la
DeleteHuhu..marah betul kawan tu
ReplyDeletekann..biarlah dia dengan marah dia.
DeleteWah komen sangat......xxxx...kalau kita pun takkan publish komen dan deletebje gambar2 yg dikata miliknya..
ReplyDeletePernah la kena tembak sikit masa tu tulis bab syiah. Perghhh...post tu delete dah malas lawan puak tu.
itulah kak, malas nak lawan. delete terus senang.
DeleteBab ni mmg haru jugak kan. Ya lah kadang2 kita guna gambar dari google tak tau sapa pemilik jadi tak kreditkan. Pasni kena kredit kat google kalau tak tahu sapa pemilik. Takut pulak kan bila cakap bab ni. Mohon jauh2 la kena gini. Tapi KakYa penah kena page besar ambi gambar anak2 kat satu temoat menarik di Trg. Boleh pulak dia padam watermark KakYa. Mmg melampau betul main padam2 . Pastu gambar anak2 kita digunanya. KakYa PM minta dia jelaskan tapi dia seen jee sampai ke sudah tak minta maaf. Last2 KakYa tgk dia dah remove dah gambar2 tu.
ReplyDeletebab padam watermark tu memang keterlaluan sangat. betul lah cara kak ya pm terus je bukan dengan cara komen terus macam contoh entry ni.
Deletebersabarlah dan take note ye.
ReplyDeleteye kak. pasti ingat :)
DeleteSelalu kalau akak ambil gambar dari google memang mention tu gambar google. Kat page disclaimer pun dah mention awal-awal. K alau ade yg serang tempek je disclaimer tu. Hihi. Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah kena.
ReplyDeleteAkak setuju dengan pandangan Fiza bab yang kalau dah tersebar gambar kat internet ni, takyah mimpi la nak blame orang lain kalau digunakan. Cuma kalau ada watermark dan dipadam itu memang melampau.
dulu dulu memang tak tahu kak. main ambil je. tetiba pulak kena serang. itulah, mungkin dia banyak masa nak marah sesiapa yang ambil gambar dia. watermark pun xde camne kan
DeleteMemang sebaiknya kita menghargai pemilik gambar asli dengan menempatkan creditnya. Smg kita semua terhindar dari perilaku plagiasi
ReplyDeleteye, betul tu :)
DeleteGood idea utk letak credit pd Google utk gmbr2 lama. Dulu2 ramai x tau ttg ni. Tapi mgkn time komen hari tu dia terlebih emotional sbb ada personal issues. Maafkanlah org itu ya... :) Good move x publish komen tu & delete gmbr. Kami pun ada artikel yg kena copy bulat2 (termasuk gambar/infografik) tanpa kredit/link pd blog kami. Yg tu silap2 kena serang dgn DMCA takedown nanti....hihihi
ReplyDeletekita delete gambar sebab malas nak fikir. delete senang cerita :)
Deletesabar ye fiza..xpe ambil ia sebagai teladan utk kita..perbaiki lbh baik :)
ReplyDeleteshida tau fiza mcm mana..semua blogger sebegitu..sometime kita ambil ringan sedgkn org pndg berat msalah sperti itu..xpe pndapat individu..jgn simpan dlm hati..kekal positif okay :) keep bloging fiza <3
ye shida. keep positive je. no problem cuma peringatan bersama gitu :)
DeleteSampai hati orang buat kat kita begini kan... Banyakkan bersabar ye Fiza. Gambar masakan saya pun dan beratus kena curi, banyak orang gunakan utk promosi / jual masakan dll. Ada yang minta izin, ada yang tidak. Watermark kita memang diorang buang!
ReplyDeleteye kak. sabar je. takpelah, kita halalkan sesiap mana yang ambil.
DeleteBenda mcm ni, tq share. Lepas Ni kak pip pun akan lebih hati2. Selalu guna gmbar kat pexel.. kena bg kredit lepas ni .
ReplyDeleteye kak. kena ingat letak kredit lepas ni :)
Deletethanks for the share...kdg kdg xtahu sumber asal dr mana...terpaksa la letak nama "en gugel je"
ReplyDeleteye, letak google je okay dah. sedia faham dah tu :)
Deletesy mmg aware perkara ni sejak dari mula berblog. sedaya upaya jg letak kredit walaupun sekadar tulis kredit: Google . tp beberapa bln lps ada someone minta kebenaran utk gunakan gmbr sy. sy kata amik je since gmbr tu gmbr biasa je.
ReplyDeleteBagus Anies dah sesiap letak dan aware. good job!
Deletealamak nak kena check balik ni.. ada juga amek gambar dari Google alamak..
ReplyDeleteok ok next time kena extra alert k.. sama2 kita elak benda macam ni..
sama sama la kita alert dan jangan lupa letak kredit kalau bukan gambar kita :)
DeleteKadang kita pun tak claim pun gambar tu gambar kita. Haha Sentap hati pengomen.
ReplyDeletebergantung pada masing masing punya cara aien. ada jenis tak kisah. yang jenis kisah, macam yang komen tu :)
DeleteGambar Fiza memang bagus-bagus, jadinya dipakai orang lain, tapi sungguh keterlaluan jika tidak diberikan credit ke Fiza, karena ambil gambar itu tidak semudah yang orang bayangkan.
ReplyDeleteKalau saya lebih suka pakai free image dari beberapa website, tapi tetap saja saya memberikan credit fotonya :)
Terima kasih kak. takpe, kalau gambar kita diambil kita halalkan saja sebab kita tak boleh kawal mereka. luar kuasa kita bila dah upload masuk internet.
Deletesekarang memang letak credit kalau ambil dari website. risau juga kalau owner claim lagi macam kes ni.
silap pemilik gambar tu gak x letak watermark., lesson yg wak belajar dari dulu2 lagi., huhuhu
ReplyDeletedia nampak salah orang je wak..itulah, kita belajar lah supaya tak silap lagi.huhu
DeleteUi.. tak peenah dapat komen gitu.. tapi biasanya pun mmg kredit google ajee.. Senangg... Untuk watermark, sy ikit mood.. ada masa mmg malas jugak nak letak. lantak ler..
ReplyDeleteItulah, kita credit google je sebab tak tahu tak ada watermark. kalau ada watermark boleh juga cari linknya.
Deletesaya pun ada tertanya-tanya pasal benda ini waktu nak cari gambar untuk blog dari google. takpalah kita belajar daripada kesilapan kan, penting sebenarnya kita nak creditkan pemilik gambar. tapi saya selalu creditkan google saja, hehehe
ReplyDeleteYe, senang kita credit sumber dari google je :)
Delete