Uisshhh langsuir? Menakutkan! Ye, betul nama dia pokok paku langsuir. Siapa je yang tak seram bila dengar atau baca perkataan langsuir tu. Auto seram! Pokok paku langsuir ni sebenarnya ada banyak nama.
Ada orang panggil pokok tanduk rusa, pokok tanduk kijang, pokok sakat, pokok daun semun, bird nest fern, pokok fern dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak nama tu orang lebih familiar dengan nama pokok tumpang dan paling familiar dengan pokok paku langsuir lah.
Di Indonesia pulak lebih popular dengan nama pokok paku lansguyar/langsuyar plant. Langsuyar tu adalah langsuir. Nak tahu cerita tak kenapa di panggil dengan nama pokok paku langsuir?
Alkisah pokok paku langsuir
Nak dijadikan cerita. Pokok ni asalnya tumbuh liar di hutan. Tumbuh dan hidup menumpang kat pokok pokok besar dalam hutan tu. Dalam pada itu, ada juga kepercayaan orang dulu mengatakan pokok ni didiami makhluk yang bernama langsuir.
Credit : google |
Disebabkan pokok paku ni tumpang hidup kat pokok besar, maka mudahlah si langsuir ni nak bertenggek sambil mengilai dan ketawa terbahak-bahak. Kira tumpang sekaki lah ni? Ada juga yang kata pokok paku ni tempat langsuir bergayut. Dok terpaku je kat situ agaknya macam di paku.
Mungkin disitu lah bermulanya pokok tersebut di panggil dengan nama pokok paku langsuir. Atau mungkin juga ada yang pernah ternampak atau terserempak semasa melalui pokok tu. Cerita ini mitos dan kepercayaan orang dulu. Wa'allahualam.
Okay, buang jauh-jauh kisah yang agak seram tu. Kita move on ke zaman moden, nama pun berubah menjadi pokok paku sarang burung.
Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir
Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.
Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.
Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.
Penjagaan Asplenium Nidus/Pokok Paku Langsuir
Kalau kau orang perasan, pokok ni biasanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. Sabut tu membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhan pokok paku. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup sihat dan subur.
Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.
Cara Pembiakan Pokok Paku Langsuir
Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok.
Asplenium Variegated
Panjang betul cerita tentang pokok paku langsuir ni. Padahal nak cerita tentang pokok Asplenium Variegated je sebenarnya. Dah lama beli belum sempat repot. Pasu tak beli lagi. Suka tengok pattern urat daun pokok paku langsuir ni. Jenis variegated yang berbeza warna selang seli warna putih dan hijau.
Variegated ni lebih cantik sikit lah daripada Asplenium Nidus yang biasa tu. Tapi kedua-duanya pun cantik untuk hiasan landskap, balkoni dan hiasan luar rumah. Rupa yang unik dan jarang ditemui. Dekat nursery pun tak banyak yang ada.
Kalau ada mungkin harganya agak mahal mengikut saiz. Fiza beli yang mini je, Pasu kecil murahlah sikit. RM10 kalau tak silap Fiza. Beli di Seremban Landscape & Nursery. Kebetulan kot masa tu ada stok. Sebelum ni tak pernah nampak. Jenis pokok paku/asplenium jenis mudah jaga takpe. Kalau buat hiasan gantung cantik ni kan.
Terkejut juga ada yang berharga sampai RM150 sepokok di shopee. Setanding rupanya lah, pokok besar dan rimbun. Ingatkan pokok yang tak berapa nak dipandang ni murah, boleh tahan juga ye. Mungkin sebab value 'rare' dan liar tu kot. Susah nak dapat.
Dulu2 kak pokok getah tua di kebun wak banyak pokok ni.
ReplyDeleteboleh jual tu wak. laku :)
DeleteSedap sedikit pokok paku sarang burung.
ReplyDeleteNasib baik Fiza dapat beli pokok Aspleneum Variegated.
kena panggil nama yang sedap baru tak rasa seram :)
DeleteCantik pokok ni.tapi kalau harga mahal mcm tu, Tak berbaloi nak beli pula kan. Cekik darah org yg menjual.
ReplyDeletekalau harga mahal memang tidaklah nak membelinya kak.
Deletenampak cantik jugak yang fiza beli tu...
ReplyDeletetu lah, ramai cakap pokok tu nama gitu sebab ada langsuir bergayut..huhu..tak tahu la betul ke tak..
yang langsuir bergayut tu pernah dengar jugak. seram dengar. huhu
Deleteamboi nama scientific diorng kemain bebelit nak nyebut nama..
ReplyDeletesenang ppokok langsuir..
takut ada yang seram dengan nama langsuir tu.panggil nama lain baru cam best sikit gitu. hihi
Deleterm150 shopee giler mahal., hahaha
ReplyDeletememang mahal spesis keladi corak lawa ni
DeleteSaya pun seram ngan pokok ni.. semata sebab nama diaaa. hahaha..
ReplyDelete