DIY Tempat Gantung Pasu Bunga

Monday, July 13, 2020

Selamat pagi awak semua. Harap semuanya sihat dan cergas bekerja hari ni. Masih ada monday blues lagi ke? Rasanya semua semangat bekerja sebab dah lama terperap Work From Home. Kalau masih ada monday blues tak salah pun. Perkara biasa lah kan.

Pagi-pagi segarkan mata tengok pepokok hijau untuk terapi mata. Bertambah seronok bila tempat gantung pasu bunga dah siap. Dah lama simpan idea nak diy  tempat gantung pasu bunga untuk pokok gantung dan pasu bunga gantung.

Akhirnya siap juga diy rak pasu bunga gantung hasil kerja tangan suami. DIY hiasan gantung dan cara ikat pasu bunga gantung tu Fiza pernah share dulu. Bolehlah rujuk balik entry DIY Macrame know hanging planters.

Mula mula letak dekat car porch bahagian dalam sikit tapi cahaya kurang pulak

Kalau kau orang nak diy hiasan gantung, boleh je buat macam ni. Jimat pun jimat. Caranya pun mudah je. Cuma yang rumitnya kena buat lubang untuk screw. Pastikan ada driller lah baru menjadi.

DIY TEMPAT GANTUNG PASU BUNGA


5 Batang penypu (Boleh beli kat kedai hardware, RM2/sebatang)
2 screw panjang
Tali guni (jute rope)

Cara

Silangkan dua batang kayu, tandakan dan tebung lubang di tengah. Kemudian screw kan. Pastikan tanda kedua dua belah kayu bersilang tu sama level ye. Pada hujung kayu yang melintang tu tebuk lubang juga untuk masukkan screw kayu yang bersilang tu.

Ikutkan nak je letak kayu melintang tu atas antara kayu bersilang tu tapi macam tak yakin pula takut tergerak sana sini. Nak kukuhkan dia lagi kenalah tebuk dan guna screw panjang tembus hujung kayu tu. Nak lagi kukuh ikatlah guna tali. Double kukuh gitu.

Pindah tempat kat depan sikit baru ada cahaya secukupnya.

Settle bahagian atas, pada bahagian bawah pun screw juga di tengah kayu. Masukkan tali dan ikat supaya kayu tu tak terkepak dan lebih kukuh.


Dah siap tu bolehlah gantung segala jenis bunga dan pokok hiasan yang boleh digantung. Gantung pun kenalah pasu comel-comel je. Pasu besar dan berat tak digalakkan. Risau pulak kalau patah kayu tu nanti. Kira yang ringan-ringan je lah ni.



Barulah sedap mata memandang gantung macam ni. Almaklumlah pokok makin banyak lepas propagate berpasu-pasu dalam pasu comel. Tak tahu mana nak letak dah. 

Ada tempat gantung pasu ni lebih kemas hiasan pepokok yang ada dan jimat ruang. Bawah tu ada ruang boleh letak pokok besar. 



24 comments

  1. wahhh...cantik dan kemas..kreatif sgt :-)

    ReplyDelete
  2. Boleh gantung banyak-banyak pasu bunga.
    Nasib baik kos buat tempat gantung tidak mahal.

    ReplyDelete
  3. wah..cantiks...pokok ayu byk yg besar2... take leh nak gantung mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg besar tak boleh gantung melainkan guna kayu yang kukuh atau propagate dalam pasu kecil. macam ni guna pasu kecil je sesuai.

      Delete
  4. cantiknya diy tu..letak dalam rumah pon boleh..suka la hiasan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sesuai letak dalam rumah yang cukup cahaya masuk. cahaya masuk dalam rumah kurang sebab tu kita letak luar tempat yang tak kena air hujan :)

      Delete
  5. banyaknya pokok hiasan..suka suasana hijau..

    ReplyDelete
  6. nice jugak buat gantung camni ek...jimat ruang belah bawah gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul.jimat ruang, ruang bawah pun boleh ltk pasu lain.

      Delete
  7. cantiknya... akak ni bab nak ngikat-ngikat ni takut tak betul, kang longgar abis berterabur pasu hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikatan atas tu dummy je kak. yang bawah tu ikat macam biasa je..screw tu yg penting lebih kukuh.

      Delete
  8. nak buat jugak la..tapi kena ada pasu bunga dulu la.. ingat nak letak kaktus je boleh kot..

    kayu tu kalau sapu varnish tahan lama sikit fiza, dia tak mudah reput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kaktus pun cantik letak. kalau varnish dah lari colour sikit. untuk sementara okay lah ni. nanti baru upgrade sikit.

      Delete
  9. Babyak dah pokok Kak Fiza. Nice diy Kak.. ^^

    ReplyDelete
  10. kreatif la.. comel plak tu gantung pokok kecik2, especially pokok menjalar. Kami nak tunjuk kat suami jugak,incase dia rajin nk buat mcam ni jugak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, sangat sesuai untuk pasu comel comel dan untuk pokok menjalar. kalau ada masa dan rajin bolehlah mencuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.