DIY Macrame Knot Hanging Planters

Saturday, September 28, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Susah tau jadi sejenis manusia yang suka dengan pokok hijau dan dekorasi ni. Kalau boleh semua pokok nak letak dalam satu ruang tu. Sejak terjebak teruk dengan indoor plants letak dalam balang air ni memang rajinlah Fiza tambah pokok yang sesuai.

Sebelum ni cuma ada golden pothos je, lepas tu tambah spider plant dan baru-baru ni tambah sansevieria pula. Semua tu percuma je ambil kat rumah mak kat kampung kecuali golden pothos. Zero modal lah orang kata. Bekas kaca pun kitar semula mana yang dah tak pakai tu. Tak payah beli baru.

Tapi disebabkan dah terlampau banyak, ruang pun makin mengecil. Kalau dah semuanya nak letak satu tempat memang padatlah jadinya. Lepas tu timbullah idea nak gantung je pokok tu. At least dapat kurangkan ruang tu. Kebetulan ada jute string warna putih tu sesuai dengan wall shelf tu, so DIY macrame knot untuk hanging planters


Cara nak ikat tu boleh tengok kat youtube je, ada banyak jenis ikatan macrame untuk dekorasi hanging planters ni. Fiza pilih yang paling ringkas dan senang nak buat. Tak sampai 5 minit dah siap. Suka juga style macrame knot hanging planter ni nampak macam bohemian hanging decoration macam tu kan. 


Kalau rumah kau orang banyak sangat pokok, pilih pokok yang jenis menjalar tu letak style gantung pun menarik dan jimatkan ruang bawah. Tali pun boleh guna pelbagai jenis tali yang sesuai. Jangan pula guna tali plastik rafia yang cepat rapuh tu. Gunakan jenis tali yang tahan lama dan kukuh. Kalau untuk indoor ni lebih cantik gunakan jute string warna putih atau warna coklat tu. Nampak lebih natural dan sesuai untuk semua tema warna dalam rumah dengan perabot.

With Love, Sihatimerahjambu

10 comments

  1. Wah minat tanam pokok rupanya. Cantiklah dekorasi yang letak Kat tepi para tu. Letak dalam rumah me?

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak dalam air je guna indoor plants. lebih senang nak monitor. tanam dalam tanah selalu tak menjadi. huhu

      Delete
  2. best la klau kreatif..kita menjahanam ada la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikat ikat ikut tutorial je kak nor. cubalah, mesti jadi

      Delete
  3. cantiknyaaa!
    best ni kalo ada masa nk menanam..

    ReplyDelete
  4. ehhh menarik la buat macam ni. kita pun nak buat la.. bulan depan dah masuk rumah baru :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.