Cantik dan Jernih Air Sungai Rambai. Tapi...Ada buaya!

Friday, July 17, 2020

Baru baru ni viral Air Sungai Rambai yang cantik dan jernih. Maldives Malaysia katanya lah. Ye betul, sangat cantik! Tapi yang kurang sedap di dengar bila kata ada buaya! Bukan buaya darat tapi buaya betul betul. Habitat buaya tau!

Serius lah??? Antara percaya dengan tidak je Sungai Rambai ni ada buaya. Terfikir juga, tak bahaya ke datang Sungai Rambai tu? Buaya tu tak makan orang ke? Banyak betul persoalan yang keluar dari dalam kepala ni. Ke tempat tu ada orang jaga? 

“Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”
Buatnya orang luar datang tanpa kaji dulu tempat tu, syok tengah ambil gambar. Tiba tiba ada sang buaya tu muncul. Memang lari tak cukup tanah lah cerita dia. Kau orang berani tak nak datang?

Kejernihan dan kecantikan air sungai rambai ni salah satu perubahan alam sekitar selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Inilah tandanya alam sekitar kembali pulih dan cantik semulajadi tanpa pencemaran alam sekitar dan pencemaran dari manusia.

Credit photo : @faisalmaps

Siapa je yang tak teruja tengok kejernihan air sungai macam ni. Kagum betul di Malaysia sebenarnya masih ada sungai yang masih cantik, jernih airnya dan terjaga kebersihan. 

Katanya Sungai Rambai sebelum ni memang pernah jernih cuma tak pernah sejernih yang sekarang. Soalnya, agak-agak sampai bila kejernihan air sungai ni? Biasa benda viral ni laju je masing-masing sampai. Cuma tu lah, bab buaya tu kena fikir panjang. 

Credit photo : @faisalmaps

Nak pergi ke tidak? Mungkin juga sebab tu masih ada yang ragu ragu nak pergi Sungai Rambai ke tidak. Hati macam nak pergi. Nak tengok in real kejernihan air sungai tu. Tapi nak jejak pun rasa seram dah bila tahu ada buaya.

Ada baca juga kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya. Dimana reptilia yang ada tidak memberi ancaman kepada manusia yang telah tinggal lama di kampung tu. Dah macam perkara biasa bagi mereka. Nak tahu lebih lanjut kisahnya boleh klik link yang Fiza highlight tu. Atau boleh baca sedikit ringkasan di bawah.

Kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya

Penduduk di kawasan Sungai Kesang percaya perjanjian yang telah dibuat antara penduduk terdahulu dengan buaya yang tinggal di sana menjadikan keduanya mempunyai hubungan baik.
Meskipun telah wujud sejak sekian lama di sana, buaya yang tinggal di sana tidak pernah dianggap sebagai ancaman kerana tidak pernah mengganggu penduduk, dan anggaran awal buaya yang mendiami kawasan sungai tersebut adalah sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan sekitar dua meter.
Kisah yang sudah lama berlaku itu dikatakan bermula apabila nelayan telah membantu anak buaya yang tersangkut di jaring. Kerana bantuan tersebut, buaya dewasa telah berjanji tidak akan mengganggu nelayan yang akan menangka ikan.
Pada Mei 2019, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat berkata kewujudan buaya di sana tidak menggusarkan nelayan setiap kali ke laut kerana reptilia itu tidak pernah mengganggu penduduk.
Meskipun kelibatnya dilihat, reptilia tersebut tidak memberikan ancaman dan buat penduduk yang membesar di sana, kehadiran haiwan tersebut seolah-olah sebati dalam kehidupan mereka. Malah ada yang melarikan diri sebaik sahaja terdengar bunyi enjin bot seakan menghormati nelayan yang hendak ke laut dan akan timbul namun tidak mendekat apabila mereka mematikan enjin.
Namun kata Rosman, fenomena tersebut sudah terhenti sekitar empat ke lima tahun dahulu. Buaya-buaya itu kini seakan berubah sikap apabila habitatnya di hulu Sungai Kesang musnah selepas kawasan tersebut terlibat dengan projek pengairan.
Jika dahulu berpuluh-puluh biji telur buaya dan kelibat buata dapat dilihat di kawasan hulu sungai, tengah sungai antara sempadan Kesang dan Merlimau, Melaka, namun kini habitat baharu reptilia itu tidak lagi diketahui.
Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dikatakan sering berlegar sehinggalah di kawasan berhampiran jeti.-Credit : Odisi.my

Credit : google

Dalam mencari gambar kat google, ada juga nampak beberapa gambar orang mandi manda dan lepak di tepi sungai ni. Papan tanda juga dah dipasang bagi mengingatkan pengujung supaya lebih berhati hati jika datang sini.

Tak dinafikan, Air Sungai Rambai ni memang cantik dan jernih. Permandangan suasana kampung tu pun sangat cantik. Salah satu tempat yang menarik di Melaka dan tempat yang menarik juga untuk photoshoot. AWAS! Hati hati okay.



12 comments

  1. Aduhai cantik sungguh! Tapi kalau dah ada buaya memang takut lah juju nak pi dekat2 hahahha xmooooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke sini pun dah rasa takut dah kan..tengok gambar tengok dari jauh je mampu :)

      Delete
  2. kalau dah ada buaya memang tak sanggup la nak mandi..Ada juga tu yang berani mandi. Tapi memang cantik la sungai nya..jernih betul air dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwa berani tu sebab tu berani mandi agaknya. kan kak..betul betul cantik.

      Delete
  3. Baru ingat nak singgah bila ke sana. Sekali ada buaya. Tapi cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi atau tanya pada penduduk tempatan yang arif tentang kawasan tu.

      Delete
  4. Cantik..tapi bila dah dimaklumkan ada buaya rasanya cukup menikmati keindahannya sekadar pada pandangan mata sahajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, menikmati keindahan dari jauh atau dalam gambar sahaja :)

      Delete
  5. keindahan sungai yang sudah ada pemiliknya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.