Calathea Ornata Daun Lebar Bercorak Garisan Putih

Thursday, July 09, 2020

Selamat pagi! Ada baik ka hari ni? Syukur dua hari ni sejuk je bila hujan turun lama sikit. Kalau tidak, panas sampai ke malam. Kesian air cond kena kerja lebih masa. Harap bil elektrik tak sekencang bulan lepas. Sampai RM200 lebih pergi dia. 

Haa kalau panas, marilah kita perbanyakkan tanam pokok dalam hutan batu. Tak banyak sikit pun jadilah. Alang-alang sejukkan udara, sedap juga mata memandang boleh sejukkan hati juga. Tak gitu? 

Siapa pencinta pokok Calathea? Fiza salah seorang yang suka dengan calathea plant family. Suka jenis pokok berdaun lebar dan bercorak cantik. Calathea Luthea lebar macam pokok pisang tu. Plain colour je kan. 

Calathea Roseopicta daun dia bercorak macam ekor burung merak atau api. Ada beberapa jenis dan warna. Lagi satu koleksi yang Fiza ada, Calathea Ornata. Yang ni ambil kat rumah mak je. Tak payah susah-susah beli sebab rumah mak banyak juga jenis Calathea yang ada.

CALATHEA ORNATA

Calathea Ornata, green houseplant with white stripes. Dia macam Calathea Ornata White Star. Cuma White Star tu garisan putih dia lebih rapat. Betul tak? Pattern dia lebih kurang tapi berbeza jarak garisan tu.

Well, tak dinafikan lah yang calathea plant family ni sangat sesuai untuk hiasan luar dan hiasan dalam rumah sebab pattern daun dia sangat cantik. Tambah lagi daun dia yang lebar tu buat nampak redup sikit.



Mata pun sedap memandang tumbuhan hijau dan bolehlah dijadikan terapi. Dah terjebak dengan houseplant ni, tahulah perasan dia macamana kalau dah jatuh cinta dengan pepokok.

Penjagaan Calathea

Calathea ni bukan sejenis pokok yang susah dijaga. Paling senang hidup kalau ditanam di dalam tanah tanpa pasu. Memang elok membesar dan membiak.

Kalau tanam dalam pasu, dia lambat membesar sikit. Iyelah kan, ruang nak membesar tu tak berapa luas. Memang lambat lah sikit. Sesuai lah untuk hiasan dalam rumah letak dalam pasu.

Calathea ni mak Fiza letak tempat redup bawah pokok rambutan. Tak tahan panas agaknya kot. Kat rumah Fiza pun letak dekat car porch je. Janji dapat cahaya cukup dan air cukup kira okaylah. Tak leceh sangat nak menjaga.

Nak cepat besar, letaklah baja untuk lebih subur atau galakkan cepat membesar. Tak susah mana nak jaga pokok ni. Buang jauh-jauh ayat cliche tangan panas tak pandai tanam pokok, kalau tanam pokok mesti mati.

Dulu Fiza pun macam tu juga. Akhirnya berjaya juga menjaga pokok dan propagate pokok lain sampai dah berpasu-pasu dah. Kena tahu kaedahnya baru lah menjadi. Tak cuba tak tahu.


26 comments

  1. Senang pokok calathea letak di parkir rumah.
    Hehe bilalah nak ada minat tanam pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak NA, letak dekat parkir rumah memang lawa. Hihi...Minat lain-lain kan kak :)

      Delete
  2. pokok ni ada yg kaler ungu..cantik jg..

    ReplyDelete
  3. cantik jgk pokok ni.. nama pon comel.. secomel pokoknya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dan sesuai sangat untuk hiasan rumah.

      Delete
  4. cantiknya... akak ni suka je tengok orang tanam dalam rumah tapi akak malas bebeno nk cuba nanam heheheh... bila lah nk datang kerajinan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Takpe kak, nanti rajin boleh lah menanam.

      Delete
  5. Cantiknya pokok ni 😍

    Dari pembacaan akak pun, katanya asalkan tahu kaedah, tahu cara menanam Insha Allah subur pokok kita. Bukan salah tangan, sebab kurang ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kalau ada ilmunya pasti menjadi dan teruskan mencuba :)

      Delete
  6. Akak pun suka apa je houseplant.. kalau tengok rumah orang ada mesti teringin nak jugak. Tapi tu la.. tangan tak sesuai menjaga pokok2 nih. Sayang je kalau mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, nanti dah ready nak bercucuk tanam boleh cuba :)

      Delete
  7. Senang penjagaan pokok ni.Sejak pkp la rajin bercucuk tanam ni..

    ReplyDelete
  8. Kami takde lagi pokok ni. Nak try tengok kat rumah mak ada tak, kalau ada, kami kebas.. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. suka cuci mata tengok tapi sendiri nak jaga tamooo ehhe..

    ReplyDelete
  10. Lawa jugak. Tapi cmne nak sebut tu susah. Hehe.

    ReplyDelete
  11. memang cantik pokok ni...mmebayangkan ia ditanam pasu besar dan diletakkan dpn pintu dpn rumah😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat tu tanam dalam pasu besar letak depan rumah. memang wow!

      Delete
  12. Betul tu
    takde istilah tangan panas atau tangan sejuk untuk menanam.
    yang penting komitmen kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak..wak lagi hebat bercucuk tanam. boleh berguru dengan wak

      Delete
  13. cantik jugak corak yang ni...sejuk mata tengok tiap kali keluar rumah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.