Tips Penjagaan Calathea Lutea Cigar Plant

Thursday, September 05, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Calathea Lutea atau cigar plant sejenis pokok berdaun seperti daun pisang yang selalu digunakan sebagai pokok hiasan landskap ataupun hiasan halaman rumah. Sejak tersuka dengan pokok Calathea Lutea ni, Fiza pun belilah nak cuba tanam dirumah kononnya nak menambah seri halaman rumah. Tanam dalam pasu. Tapi akhirnya mati, tak pastilah disebabkan apa. Mungkin juga cuaca masa tu tengah musim panas. Mati tak tahan dek panas rasanya.

Walaupun harganya sepokok RM15, Fiza beli untuk kali kedua. Beli dua pokok, satu letak kat rumah dan satu lagi tanam kat kampung. Pokok yang kat rumah ni husband propagate jadi 4 pokok. Tapi yang hidup cuma satu je. Tapi kat kampung, dia punya kehidupan lain macam meriah tengoknya. Dari sepoli bag terus jadi rimbun naik tinggi macam apa.
Calathea Lutea lebih sesuai ditanam terus ke dalam tanah tanpa pasu
Daun pun lebat dan besar. Memang suka tengok perubahan pokok hidup sihat membesar macam ni. Agaknya pokok calathea ni lebih sesuai ditanam terus dalam tanah. Mungkin kalau tanam dalam pasu perlu ditanam dalam pasu besar. Tapi kebanyakkannya yang tanam terus dalam tanah mesti dia akan merimbun macam ni.

Calathea Lutea ni kalau ditanam dalam pasu besar letak dalam rumah jadikan indoor plant memang lagi berseri je dalam rumah tu tengok tumbuhan hijau. Rasa fresh dan sejuk je bila memandang tumbuhan hijau ni sebenarnya. Betul tak? Jujur cakap, Fiza tak suka hijau tapi suka tumbuhan hijau. Tak pelik kan?

TIPS PENJAGAAN CALATHEA LUTEA CIGAR PLANT 
Jadi Tips penjagaan calathea lutea ni adalah lebih bagus tanam terus dalam tanah tanpa pasu. Jadi, dia akan tumbuh tanpa batasan dan bebas hidup membesar. So far calathea bila di tanam direct bawah matahari di kampung tak masalah. Pokok masih sihat membesar. Pengalaman Fiza tanam pokok di bandar, tak boleh cuaca panas sangat dan perlukan pasu besar untuk tanam kalau tak tanam dalam tanah. Rumah tak ada tanah memang terpaksa tanam dalam pasu. Bila tak menjadi, tanam kat kampung pun okaylah. Dapat juga tengok pokok membesar dengan riang. 




With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. cantik pokok ni..
    rumah mak sedara sy ade.. besarr merimbun..

    ReplyDelete
  2. pokok daun lerek kan ni...elok buat bungkus pulut kukus...mak akak biasa guna daun ni untuk bungkus pulut kukus dan tepung bungkus buat jualan...yang viral baru2 ni lak, orang buat lemang daun lerek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah kak pokok lerek ke tidak. ada juga dengar orang buat lemang guna daun lerek tu.mungkin yng jenis batang halus tu agaknya

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.