Malaysia

Tersuka Dengan Ceramic Pots KAISON

Wednesday, November 27, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sebelum nak pergi KAISON dah list out dah nak beli apa mengikut bajet. Kalau tak disenaraikan nanti lain jadinya. Almaklumlah, perempuan ni pantang masuk tempat-tempat macam ni. Sekali dah terpandang benda cantik tu, tengok harga macam ngam dengan bajet terus masuk bakul. Siapa macam ni? Haha...kejadian yang sukar di atasi sejak zaman berzaman. Kan kawan-kawan?

Kebetulan semalam husband cuti dan memang nak ke Uniqlo. Mujur Uniqlo ada di AEON Nilai ni. Kalau tak, macam biasa kena pergi ke IOI City Mall atau MyTOWN yang paling dekat biasa pergi. Kalau pergi MyTOWN kang termasuk IKEA pulak camne. Eh! Lagi besar bajet tu. AEON Nilai pun okaylah, boleh masuk KAISON. Ye tak?



Seperti yang disenaraikan, dapatlah Fiza beli 2 ketul ceramic pots KAISON ni. Tengok dalam instagram terus tersuka dan tertarik dengan saiz dan juga lukisan pada pot ni. Fiza kan suka benda seni ni, of course lah tersuka. Bukan apa, nak beli untuk letakkan snake plants dan juga pothos. Fiza nak transfer pokok-pokok dalam air yang dah berakar banyak tu dalam mini pots macam yang Fiza beli ni lah.

Credit image : KAISON

Sedang elok pula tu lukisan tu sama dengan apa yang Fiza nak tanam dalam tu. Sesuai sangat! Nampak lebih comel dan cantik bersama. Wahai pokok yang disayangi, dah pindah masuk pot comel tu jangan berani-berani buat-buat mati ye. Eh, terugut pula! Harap hidup membesar dengan sihat ye. Awaklah penyeri dalam rumah ni. Yang belakang tu terbeli, untuk buat props photography. Ada tujuan, jadi tak rugi membeli. Alasan!

Tapi Fiza tak jumpalah cotton jute rope tu untuk buat macrame feathers tu. Yang ada jute rope guni yang keras. Nampaknya kena beli online kat shopee jugalah. By the way, terima kasih yang suggest KAISON.

With Love, Sihatimerahjambu

40 comments

  1. eh macam match je lukisan dekat pots tu dengan pokok ori . Heheh , comey .
    Kaison dengan kedai RM2 tu sama-sama bela saka . Hahahah , masuk niat nak jalan-jalan je tetba keluar bawak banyak barang . hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beli untuk match dengan pokok yang nak ditanam dalam tu. RM2 okay lagi angkut brg banyak bawak keluar. kaison ni kena waspada juga..harga dia boleh tahan juga

      Delete
  2. Cantiknya! Ada kat semua kaison ke erh. Nak beli jugaklah. Memang cari pot putih macam tu, cantik pulak tu lukisan dia simple je. Naaakkkkk 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ada kecuali kalau habis stok lah. Memang cantik, itu yang nak beli.

      Delete
  3. Tak pernah tak cantik gambar.. Jatuh cinta dengan semuanya... Masuk kedai ECO saja pun saya dah naik gila.. kalau masuk sini.. kena papah pulak nak keluar.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..
      haha, bahaya tu sampai kena papah..kalau terlalu kaison ni kena tutup mata bagi tak nampak :p

      Delete
  4. cantik, memang lukisan kat pots tu dah sedia ada ke fizah yang lukis?

    ReplyDelete
  5. Hehe, terbeli tapi ada sebab kukuh dan nampak cantik kat rumah. Why not? 😉

    ReplyDelete
  6. bnyak pokok azhafizah.. kalau ade tips tanam pokok dalam pasu kongsi kat sini..Ummi tanam pokok cili asik mati je kesudahan ny..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak mana kak..pokok mini indoor plants je ada..tak ada tips pun. Biasa letak dalam balang kaca. Ini baru pindah masuk pot baru guna tanah dan letak batu putih atas dia. pokok cili kena tahu ilmu pertanian lain ni :)

      Delete
  7. comelnya pot, saya suka bunga2 esp jenis daun2 ni tapi tangan krg cantik, tak hormoni bunga2 tu, belum sempat berkembang dan mati 😝😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ramai yang selalu cakap macam tu kan.takpe, boleh cuba letak dalam balang air dulu dan tengok perkembangan pokok tu camne. plus, kena cari pokok yang mudah hidup.

      Delete
  8. kaison memang popular ternasuk di sarawak

    pernah juga masuk sekali ..

    best la tengok barang perhiasan yang banyak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan menarik itu yang best tu cuma tak banyak tempat ada kaison

      Delete
  9. Dari bunga yang mudah didapatkan menjadi sebuah hiasan yang menarik. Kreatif sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, indoor plants yang menarik dan berguna. Terima kasih ya

      Delete
  10. i saw many cute post kt sini yayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh.. my eyes are blessed. ray suke pusing2 dm kaison mencri barang2 yg cute. ^^

      Delete
  11. Berapa harga ceramic pots tu Fiza? Cantikla..

    ReplyDelete
  12. nak juga buat mcm ni, tp klu i ni ada 2 org anak lelaki hbslaaaaa hahah

    ReplyDelete
  13. cantik sangat..semakin nak folo fizah rapat2 ni..mencari idea juga..hehe

    ReplyDelete
  14. mmg cantik. tp kaison ni sm je mcm DIY. tak leh keluar dgn tangan kosong hahaha

    ReplyDelete
  15. brg2 kaison memang lawa!!.. heheh berhantu

    ReplyDelete
  16. mg comel la.. so far mama x penah sampai lagi ke kaison tapi penah lah kirim org belikan brg.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.