Cuba DIY Macrame Feather. Mudah Je Rupanya Nak buat!

Monday, November 25, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tertengok mana entah macrame feathers wall hanging, terus rasa macam nak cuba buat satu lah. Panahan pandang pertama, terus rasa jatuh cinta dengan hiasan rumah macrame feathers wall hanging tu. Alang-alang ada lebihan tali jut (jute rope) kat rumah ni, saja cuba-cuba lah DIY macrame feather ikut tutorial daripada youtube.

Rasa macam nampak mudah je nak buatnya, jadi kena teruskan lah buat sementara kerajinan masih ada. Rupa dia elok ke tidak belakang cerita lah. Yang penting cuba dan belajar buat dulu. Hasil dari berkat kerajinan yang sementara cuma tu, siap jugalah macrame feather buatan tangan Fiza. Yang guna tali jut putih tu kira okay lagilah kalau sekali pandang. Tapi yang guna tali guna warna coklat tu agak serabut tengok. Jenis tali tak sesuai kot buat macrame feather ni.


Nak lagi cantik elok kena guna cotton jute rope katanya. Kat mana nak beli tali tu ye. Ada sesiapa tahu? Kena cari tali yang sesuai barulah cantik juga kejadian hasilnya. Tak mengapa, yang dah siap ni boleh buat hiasan juga lah kan. Nampak menjadi cuma rupa dia kurang cantiklah kan.


Fiza plan nak buat macam ni sebenarnya. Kena buat besar untuk hiasan gantung dinding dalam rumah. Fuhhh, jenuh nak buat banyak macam ni. Tapi kalau kena dengan tali yang cantik, dah siap memang nampak lawa. Suka lah tengok hiasan rumah ala boho (bohemian) style ni. Berambu ramba gitu. Ada juga yang buat gunakan tali yang berwarna warni lagilah cantik. 

credit : google

Selain dibuat untuk hiasan gantung di dinding boleh dibuat keychain, anting-anting, dream catcher, hiasan dalam frame dan bermacam-macam lagi lah. Google je macrame feather, bermacam-macam jenis dan style ada. Ini antara tutorial mudah untuk dibuat. Fiza ikut style ni je. Dah mahir sikit baru kita level up sikit belajar macrame knots yang lain. Tengok je kat youtube, bermacam-macam jenis tutorial macrame knots ada.

Credit : google

Mulanya tu nampak macam serabut je dan nampak susah je nak buatnya. Tapi mudah je rupanya nak buat kalau biasa dengan ikatan asas mudah ni. Cuba dulu baru tahu senang ke susah. Tak cuba tak tahu kan. Bila dah terpengaruh ni, rasa rajin nak cuba buat lagi sampai perfect. Tapi itulah, bahan utama cotton jute rope tu kena cari dulu. 

With Love, Sihatimerahjambu

34 comments

  1. cantikkk..
    tp kalo sy mmg xakn jd.. sbb xkreatif + malas.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cuba lagi tu..cuba try buat slow slow confirm jadi :)

      Delete
  2. cantek la.. sekarang ramai orang start buat benda ni.. lawa pun lawa.. cuma tu la kadang2 nak cari tali dia tu payah sikit nak jumpa kedai2 yang jualnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab nak mencari bahannya yang payah dan rasa malas kalau tak lengkap bahannya kan

      Delete
  3. looo... buat hiasan rupanya... ingatkan untuk sapu habuk... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..kalau pengumpul habuk boleh jadi juga sebab digantung je kan..kena rajin bersihkan kalau buat deco :)

      Delete
  4. Tak silap akak macam pernah tengok cotton jute rope tu kat kedai DIY Fiza.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada ye? xperasan pulak jenis cotton..nampak jenis keras tu je..okay akak, nanti nak pg explore cari. Terima kasih

      Delete
  5. Eh , cantiknyaa bile dah siap . Boleh try buat nie alang2 adik beradik jenis tali tu ada kat rumah . Nak buat letak kat kereta , macam cantik pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna tali yang sesuai mesti lagi cantik hasilnya. Untuk first time ni tak perfect lagi. gantung kat kereta ala ala dreamcatcher pun lawa tu. Selamat mencuba

      Delete
  6. kalu tangan blogger farrah MF mmg boleh jd seni kraf ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger Farrah MF tu memang kreatif yang amat. Kagum dengan kelebihan dia :)

      Delete
  7. Kalau minat & ada bakat cantik je hasilnya walaupun DIY je kan... Good job!

    ReplyDelete
  8. Nampak gak ada orang share kat IG 5 minute craft. Tapi kan kena rajin sapu habuk la..lawa..lawa...rasa boleh beli bahan2 kat Kaison.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak pernah tengok lagi..boleh cari jap lagi tengok. itulah, kalau decoration ni kena rajin mengemas sapu habuk. kalau tak memang kumpul habuk je lah situ. ohh ada kat kaison ye. terima kasih kak

      Delete
  9. nice Fiza buat macrame ni. ^^ Selalu tengok kat pinterest. Nak buat, belom ada kerajinan lagi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pinterest lawa-lawa. geram tengok..ada cukup bahan ni boleh tiruvasi. kena cari bahan dulu baru boleh cuba lagi.

      Delete
  10. Orang-orang rajin saja yang boleh buat ni...

    saya pula jenis yang susah nak masuk bab creative macam ni. paling risau bila dah berhabuk nanti heheh...

    ada tips tak nak handle habuk yang bakal lekat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kreatif kalau cuba inshaAllah jadi ikut steps yang disediakan. Tips dia mudah je. Kena rajin sapu habuk hari hari atau 2 hari sekali camtu :)

      Delete
  11. cantik..nak tengok yg warna-warni..kalau dah femes, mesti ada kedai yg jual cotton jute rope..kaison ada kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kalau dah siap. Itulah kan. kena viral dulu baru ada yang banyak menjual

      Delete
  12. cantik..silap² klau buat terbelit jari...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak sampai belit jari kak..ni antara macrame basic knot je

      Delete
  13. Cantik & kemas nampak. Saiz dia besar mana fiza?

    ReplyDelete
  14. cantik pula bila dihias begitu.. mudah juga caranya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.