Sepinggan Mee Goreng Dan Secawan Teh O Panas

Friday, November 29, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Morning peeps! Salam jumaat. Breakfast apa pagi ni? Pagi ni sempat masak mee goreng je untuk breakfast merangkap bekal untuk husband. Nak masak nasi goreng kena tunggu nasi masak dan ambil masa nak menunggu tu. Kebetulan ada mee dan husband pun dah request awal nak bawa bekal mee goreng je. So okaylah menu mee goreng je mudah dan cepat siap.


Kalau beli mee mesti beli NuMee gardenia tu sebab lebih sedap tak rasa kapur dan telah dipasteur. Memang tak beli brand lain dah. Masak mee goreng pun tak perlu letak garam dah sebab dah tambah sos cili, sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis untuk pelengkap rasa. Lagipun memang suka masak kurang garam. 

Bahan pun letak apa yang ada je. Udang pun nampak seketul je muncul. Yang lain udang disebalik mee. Oh ya, lagi satu wajib tumis dengan cili padi untuk tambah rasa pedas sebab cili kisar tu guna cili kering yang tak berapa nak pedas. Melayan tekak orang johor dan nismilan ni memang wajib ada rasa pedas tu.

Pagi ni tak mengopi. Kita mengeteh O lah pula. Satu jug Teh O buat guna 2 sudu gula sahaja ye dan seuncang teh boh. Kena kurangkan manis juga dalam minuman tapi kena lebihkan manis dalam senyuman. Cewahhh..Teh O yang tak habis tu hiriskan lemon dan masukkan dalam peti ais. Dah sejuk nanti boleh minum teh o ais lemon pula kan. Bagus tak idea ni?

Awak awak semua breakfast apa pagi ni? Seronok lah dah jumaat, esok dah cuti dah. Esok plan nak balik kampung. Tak sabar! Tapi bab packing tu yang malas tu. Okay short entry je pagi ni. Eh..tak berapa nak short sangat pun. Nak sambung buat design dan ada masa baru sambung blogwaking okay.

With Love, Sihatimerahjambu

49 comments

  1. First things akak suka gambar yang Fiza post. Cantik. Boleh akak tanya, fiza guna phone ke atau camera?

    Then, pagi ni akak breakfast mee kuah dan horlick je. Betul tu... Kena kurangkan manis dan masin. Tak baik untuk kesihatan. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Fiza. Guna handphone je.

      Sedap tu pagi pagi dan menjamu mee kuah. Lama tak minum horlick sejak terjebak dengan kopi.

      Delete
    2. Akak pun suka kopi teh... Tapi hb low time mengandung. Nak tak nak kena stop dulu minum 😰

      Delete
  2. Salam Jumaat..cantik food presentation..suka2..

    Mee goreng homemade, sedap..ikut citarasa sendiri..iced lemon tea, hmm..nikmatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Betul tu mee goreng masak sendiri boleh masak ikut taste kita.
      Iced lemon diminum sejuk pasti sedap :)

      Delete
  3. suka angle akak ambik gamba..nmpk menarik je gamabr..meh la share sikit ilmu hehehe..psssttt lapa la tgk mee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. angle tu kena snap dari pelbagai angle. Then pilihlah mana gambar yang angle dia nampak menarik. Kena try and error juga tu.

      Hehe.nanti masak tau!

      Delete
  4. Salam jumaat...akak sarapan bihun telur mata+ sambal paru akibat kelaparan..last makan semalam pukul 6pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu makan bihun ada sambal sekali. Laju sikit nak makan. Ni kena makan nasi ni kak..lapar lama sangat tu..Makan bihun kejap je lapar semula nanti.

      Delete
  5. looks yummy....dah lama xmakan mee goreng....

    ReplyDelete
  6. fizah ni mesti geng aiyan, geng tak makan toge hehehe...
    nampak sedap mee goreng tuh... makan lak pagi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taugeh tu favourite Fiza kak. Cuma tak ada stok taugeh je. Tu yang tak ada tu.
      Rasa sedap bila dah lama tak masak mee goreng. Makan selalu nanti jemu dan mulalah rasa tak sedap.. hihi

      Delete
  7. Sejak ada NuMee Gardenia memang suka beli yang itu je.
    Mrs. A suka mee goreng basah hiks!
    Pagi ni breakfast pulut kunig rendang ayam dan kuih apam kampung.
    Alhamdulillah rezeki Jumaat officemate belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Sejak ada NuMee beli tu je. Mee goreng basah pun sodap kak!
      Wah lagi sedap tu makan pulut kuning rendang ayam. Lama tak makan. Alhamdulillah rezeki untuk hari ni :)

      Delete
  8. sedapppp ! saye pun kadang dah jemu bawak bekal nasi mesti buat mee goreng . Benda yang mudah dan cepat untuk masak pagi-pagi . Numee tu tak pernah try , mee baru kan ? Biasa nampak kat pasaraya , packing dia tak segemok mee yang lain . Banyak gak baca feedback orang cakap sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekal kalau hari hari jemu jugak kan. Kena pelbagaikan menu baru tak bosan. Mee menu paling mudah nak siapkan. Nanti boleh cuba masak guna NuMee tu ye.

      Delete
  9. nampak sedap.. mee kami buat nampak pucat je warna nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tambah kicap pekat dan kicap biasa. Baru warnanya gelap sikit :)

      Delete
  10. saya breakfast hari ni sama 'nasi kuning'
    :D
    awak tau nasi kuning??

    ReplyDelete
  11. cantik sangat angle gambar ni. belum makan, dah tengok gambar pun kenyang. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak..wahh macam tu senang sangat kenyangnya kak

      Delete
  12. Salam jumaat..kite kt trg dh start cuti jumaat..hihi..nice picture n mesti sedap sgt mee tu sis..nmpak menyelerakan gitewww..sy jnis x suke mee kasar tp sejak ade numee gardenia tu tekak boleh mkn sbb krg rasa kapur kan..so healthy n yumee..ari ni husband belanja breakfast kt luar je..mkn bihun sup bergedil ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye lah kan.trganu, kedah johor semua cuti awal dah. ye betul numee tak rasa kapur lansung. Best tu breakfast kat luar. boleh cuti masak. Sedap bihun sup bergedil ayam tu

      Delete
  13. Mie goreng pakai saus tiram? Saya belum pernah coba, tuh. Boleh juga kapan-kapan dicoba.

    ReplyDelete
  14. Kita suka mee goreng kaler macam ni. Nampak sedapppp 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka masak macam ni..pucat pucat tak berapa suka.

      Delete
  15. pagi tadi makan tosei je. Tak sempat masak. Huhu

    ReplyDelete
  16. i like reading simple and short update mcm ni. terhibur

    ReplyDelete
  17. paling kagum bila fiza rajin susun props nak ambil gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ikut mood kak..kalau dah lapar tak sempat nak susun props bagai

      Delete
  18. sama la kita. guna numee.
    sesuai dgn tekak. yg penting, dijamin halal.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.