November Rain

Friday, November 01, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Eh, macam sesuai pula kedatangan bulan November dengan musim hujan sekarang ni. Welcome November rain! Kedatangan bulan November disambut dengan musim hujan setiap hari hujung-hujung bulan October. Alhamdulillah Allah turunkan hujan menyejukkan bumi yang dah lama kepanasan. Tumbuh-tumbuhan pun hidup gembira dengan turunnya hujan. Cuma part tak syok hujan ni bila risau akan banjir. Harap tak berlakulah banjir besar.

October melabuhkan tirai dengan beberapa kisah sedih. Mood pun turun naik bulan october ni rasa lansung tak bersemangat bila abah kat kampung sakit sampai tak mampu lansung nak bangun. (#cancerfighterstage4). Kanser dah merebak ke tulang buatkan tulang abah dah tak kuat lagi. Rasa sedih tu hanya Allah yang tahu. Tak sabar nak balik kampung minggu depan lama sikit jaga abah. Sekarang kakak jaga abah. Selagi belum boleh balik ni risau dia semua benda serba tak kena.


Doakan abah Fiza kuat dan kembali sembuh. Moga ada keajaiban berlaku dengan izin Allah. Fizikal Fiza nampak kuat tapi dalam hati tak tahu nak kata. Nangis tu biasa. Kadang makan pun boleh nangis camne. Nak elakkan sedih, kena buat something yang happykan diri sendiri. sebab tu orang nampak macam Fiza ni happy go lucky je. But deep inside my heart. So fragile!


Nice meeting you, NOVEMBER,
After all of the hustle and bustle,
I've decided to everything on hold,
take a break for a while and
enjoy life's sweet and simple little pleasures.
This is not a 'procrastinate'
maybe a short 'procaffeinate', I guees?
( a tendency to not start anything until you have had a
cup of coffee ;p)
Sometimes it is the Simples Thing in life that
brings you joy the most.
Be grateful!

Ye, faham. Ini ujian untuk Fiza dan keluarga. Memang kalau boleh nak positive dan terus kuat untuk semua orang. Maaf, entri ni tersedih pula. Jarang benar Fiza update kisah sedih atau terlalu personal dalam blog ni. Tapi entah kenapa rasa macam laju nak menaip. Harap semuanya baik-baik je. InshaAllah. Apapun bulan november rain ni jaga diri di musim hujan ni ye.



With Love, Sihatimerahjambu

22 comments

  1. Semoga abah fizah cepat sembuh. Hai fizah, betul laa lama kita tak bersapa kan.

    Kat sini pun hujan memanjang bila petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..Terima kasih wawa :)
      Musim hujan sekarang ni kan

      Delete
  2. semoga abah awak sembuh cepat...dan kemblai sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  3. moga abah fizah di berikan kekuatan dan kesembuhan ya.

    moga fizah jugak kuat...

    orang tak kan paham apa yang kita rasa selagi belum menghadapi apa yang kita hadapi, biasalah tu dugaan buat kita tak sama... ada yang ringan ada yg berat...

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segalanya dan diberikan keafiatan buat ayah. insyallah.. doa yang baik2 saja dan be strong =)

    ReplyDelete
  5. semoga abah sis dipanjangkan umur , diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat seperti biasa. Semoga sis kuat :)

    ReplyDelete
  6. Moga semuanya baik-baik aja ya..
    Sis sukalah tengok gambar-gambar Fizah,,.cantik sangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih atas doanya Kak Lin.
      dan terima kasih juga suka gambar² Fiza :)

      Delete
  7. semoga ayah Fiza sembuh. Suka perkataan pro caffeinated tu. Dah dapat kopi baru boleh buat keje ye. apa-apa pun, semoga dipermudahkaan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..Terima kasih Sal.
      Ye, betul. pekena kopi baru ada mood buat kerja :)

      Delete
  8. syafakallah untuk ayah fiza..
    Bagus sebenarnya luahkan perasaan sama ada menulis, bercakap ataupun menangis dari disimpan terpendam dan menyeksa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.terima kasih atas doanya Kak Sha. Ye, bila terpendam tu lagi seksa rasanya

      Delete
  9. mama doakan abah fiza kuat dan sentiasa sihat.. amin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.