Cambugahay Falls Philippines Sumpah Lawa!

Monday, November 25, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Seronok tau kalau bangun tidur buka mata terus nampak permandangan lawa macam ni rasa macam sayang nak tutup mata semula sambung tidur. Sumpah lawa Cambugahay Falls Philippines ni. Dalam hati berkata " Kalaulah dapat bercuti berdua dengan husband di Cambugahay Falls Philippines ni, memang rasa bahagia dan tenang sangat bila close to nature. 

Tengok gambar pun dah rasa wow, apatah lagi sampai sana. Mesti tak sudah sudah nak cakap cantik lawa best semua tu. Macam dah boleh bayangkan kalau berada di Cambugahay Falls Philippines. Takpe, mimpi dan berangan dulu. Mana tahu boleh jadi kenyataan satu hari nanti. 

http://www.azhafizah.com/
credit : google
Cambugahay Falls terletak di Lazi Siquijor Island. Tempoh perjalanan untuk sampai ke sini lebih kurang dalam 30minit. Kalau nak tahu, Cambugahay Falls adalah air terjun paling popular di Siquijor kerana air terjunnya yang bertingkat-tingkat. 

AKTIVITI

Selain mandi manda berenang tu, boleh jungle trekking, swinging from the tree swings, jumping from cliff spots, berehat di pondok yang disediakan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Cambugahay Falls. Confirm tak sempat nak boring. Paling syok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang sangat indah ni.

KEMUDAHAN

Dah sampai sini mesti rasa nak stay lagi kan. Kau orang boleh glamping atau stay di resort dan hotel yang berdekatan. Untuk berehat santai di sekitarnya pun disediakan pondok kecil yang boleh disewa. Ada banyak pilihan tempat tinggal mengikut bajet masing-masing. Nak exclusive stay lah kat villa ke dan tak berapa nak bajet nak rasa suasana camping, glamping pun okaylah.

Cambugahay Falls Philippines
credit : google

Kalau depan mata terpegun tau tengok permandangan indah macam ni. Tapi dari hasil pembacaan Fiza, ada juga yang datang ke Cambugahay Falls agak kecewa sebab warna airnya tidak seperti dalam gambar. Ibarat kata "indah khabar dari rupa". Ada juga yang review tempat ni agak kurang bersih sebab ada banyak sampah. Haa, silap siapa tu? Itu semua silap mereka yang datang tak pandai nak jaga kebersihan alam.

Pantang tau kalau tempat cantik lawa macam ni pengunjung sendiri tak tahu nak menikmatinya dengan betul. Haa apa lagi kau orang, bookmark dan masukkan Cambugahay Falls siap-siap dalam wishlist tempat menarik untuk bercuti akan datang. Fiza kalau datang sini sekadar bergambar je kot. Tak berani nak masuk dalam air. Susah nak atasi sejenis aquaphobia ni. Setakat celup celup kaki dalam air okay lagi. Nak masuk mandi tu entah ada kekuatan tak tahu lah. Fiza is seram!

With Love, Sihatimerahjambu

38 comments

  1. kalau boleh slide dari tkt atas sampai bawah kan best..hihi..
    kena google lokasi pulau Lazi Siquijor ni..kt filipina, cuma tau pulau luzon, boracay dan palawan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. menarik tempatnya. Biasa yang famous Boracay lah..Pulau Kat Philippines semua cantik tengok :)

      Delete
  2. Pulaunya sangat menarik, jika ada waktu, saya harus menyempatkan untuk mengunjunginya juga.

    ReplyDelete
  3. wahh! cantiknya.. tapi saya tak beranilah nak pergi philiphines. huhu

    ReplyDelete
  4. tengok dia punya air warna biru tu aduhai memang cantik betul...

    ReplyDelete
  5. Amazing kali kak tempat wisatanya ,asik untuk liburan pekan

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ye, tahu takpe. Kena pergi sendiri tengok depan mata :)

      Delete
  7. Cantiknya.. Kalau perfi berdua memang ohsemlah..

    ReplyDelete
  8. cantiknya view...wow! kan best kalau dapat pergi sana kan

    ReplyDelete
  9. Memang wujud ke tempat ni? Cantik.. Tapi kan... rasanya ada kepala air tak?

    ReplyDelete
  10. Canteknya.. Entah bila boleh ke sana...urmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah kan.. kena planning inshaAllah ada rezeki boleh sampai sini

      Delete
  11. Cantikkkk bolehlah masukkan dalam bucket list ^o^

    ReplyDelete
  12. Tempat cantik bila dah viral mulalah ada benda tak elok seperti sampah banyak jadi. Tu yang kadang2 serba salah nak share tempat best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dah viral memang ramai datang dan kurang sedar bab kebersihan untuk dijaga tu.

      Delete
  13. Tempat ni lah yang asyik diajak kakak for months!
    hahaha dia asyik ajak pegi Cambugahay dengan kepulauan Philippines.
    So for the time being, hanya mampu mimpi je lah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Maksudnya kena pergi jugak tu Tqa :) Harap mimpi jadi kenyataan.

      Delete
  14. Replies
    1. Cebu dan Boracay memang cantik tempatnya. Tapi Cambugahay ni macam tempat yang jarang orang pergi kot.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.