Beli Water Plant Aquariuam Cambomba Aquatica Untuk Betta Fish

Wednesday, November 27, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Morning peeps! Pagi ni cuaca sejuk dan mendung sikit. Barangkali nak hujan mungkin. Pagi ni menatap lama sikit rupa baru mini aquarium untuk betta fish belaan tu. Ingat lagi tak Fiza pernah letak pokok pothos dan pokok penggaga.  Pokok pothos tu okay sangat letak dalam mini aqurium tu cuma Fiza saja nak letak penggaga lepas tu. 

Tapi sayang pokok penggaga tu macam kurang sihat letak dalam tu. Tak sesuai rendam banyak air sangat kot. Semalam ajak husband pergi kedai nak beli betta fish seekor lagi untuk letak dalam balang kaca bulat sebab dalam balang tu besar sikit dan sesuai untuk mini aquarium. Asalnya balang tu Fiza letak pothos je tapi macam baru baru ni ada jejentik dan kerap tukar air, jenuh juga. 


Itu yang plan nak beli betta fish untuk prevent jejentik hidup dalam tu. At least bila ada jejentik boleh buat makanan ikan kan. Lepas tu nampak water plant yang macam cantik je, macam nak beli je. Pantang nampak benda cantik sikit. Terus  beli water plant tu namanya cambomba Aquatica. Water plant ni nampak sangat cantik letak dalam air dia akan mengembang macam dalam gambar.

Fiza beli 2 ikat water plant tu untuk 2 aquarium lah cadangnya. Tapi rupanya satu ikat tu dah banyak sangat. Seikat RM3 dah cukup dah. Hang pi beli sampai 2 ikat tu pasaipa Fiza oi! Haa itulah nampak seikat tu nampak sikit je kan. Bila letak dalam satu satu aquarium mini tu diri sendiri terasa lemas tengok betta fish tak selesa. Kalau ikan tu boleh bercakap mesti dia dah menjerit lemas lemas agaknya. Haha...


Inilah dia betta fish baru. Comel dan cantik warnanya. Disebabkan dia kecil lagi saiz dia dan duduk banglo besar sikit. Fiza sumbat banyak sikit water plant dalam balang mini aqurium ni. Nampak seronok dia main sorok-sorok celah water plant tu. Yeay! Water plant cambomba Aquatica ni kalau letak dalam aquarium besar sikit memang cantik tengok terendam dalam air tu.

Kalau ikutkan minat memang nak je ada aqurium besar dan letak oksigen gas tu. Tapi yelah, fikirkan mana nak letak dalam rumah tak berapa nak ada ruang kosong ni. Lupakan saja. Ada yang mini pun cukup dah. Lagipun lebih mudah nak uruskan. Ikut kemampuan mana yang boleh dan sesuai lah.

With Love, Sihatimerahjambu

26 comments

  1. Cantik beta fish tu. Suami ada jugak berhajat nak buat aquarium ikan bila rumah dah siap nanti. Tapi bila nampak mini aquarium fiza ni.. Macam comel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betta Fish memang cantik. Rambang mata nak memilih. Boleh cuba kak fiza :)

      Delete
  2. cantiknya ikan..
    teringin jgk nk bela ikan tp xreti nk jg..
    tkot ikan mati.. kesian kat ikan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betta Fish ni memang cantik. Boleh je jaga. kena tahu caranya. InshaAllah okay

      Delete
  3. cantik betul pokok tu kan, lagi berseri-seri ikan yang duduk dalam tu...

    ReplyDelete
  4. menarik..makin rapat nak folo fizah ni..suka tengok pokok2 hijau tu :-)

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat colour ikan tu . Saya nie suka jugak tengok ikan-ikan comel macam tu , nak beli takut tak terjaga . hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik warna dia sebab pelbagai jenis warna ada. Betta fish antara ikan yang mudah nak bela

      Delete
  6. Sekarang nie dah jadi trend ye bela Betta Fish nie... Office mate pun ada letak akuarium kecil nie kat office... ramai jugak la office mate yang buat macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu pulak trend. Mungkin Betta fish ni jadi pilihan ramai sebab mudah nak bela

      Delete
  7. Abah pun suka bela ikan dalam akuarium. Ni kalau dapat Betta Fish ni mau tak tengok akuarium je selalu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bela ikan memang suka tengok aquarium je. hihi

      Delete
  8. Comelnya..ikan comel, akuarium comel, deko dalam akuarium pun comel..rasa macam nak beli ikan bela balik je lepas tengok gambar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tergoda terus ye. Sila sila, pilih betta fish yang comel comel.

      Delete
  9. keluar kt majalah 3 rasanya... pertandingan ikan laga ni... br laa saya tau yg harganya boleh smpi ribuan RM seekor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kita beli murah murah je RM10 yang kecil tu. Yang besar tu dulu harganya RM15

      Delete
  10. dulu kerap bela ikan laga ni sebab cantik tp masukkan pokok kiambang habis akar kena makan.. memang cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betta Fish memang cantik dan mudah bela. Sebab tu beli ikan ni. Kadang pokok tu memang jadi makanan juga kan.

      Delete
  11. cantik sgt water plant mesti ikan fiza berterima kasih pada fiza

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.