Letak Penggaga Dalam Mini Aquarium

Thursday, October 31, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Hampir sebulan Betta Fish dalam jagaan Fiza. Beli betta fish awal bulan haritu menggantikan ikan guppy, swordtail fish dan black neon tetra yang mati beberapa Fiza beli. Awalnya memang tak pandai nak jaga dan silap tukar air. Lepas dah kaji sikit ilmu tanam ikan tu, baru kali ni berjaya membela betta fish dengan jayanya.

Haritu letak pokok sirih gading tapi lepas tengok gambar dari instagram siapa entah letak pokok penggaga dalam mini aquarium dia. Teringat mak kat kampung ada tanam pokok penggaga. Balik kampung haritu sempat lah ambil pokok penggaga sikit untuk letak dalam mini aquarium betta fish ni.

Pokok penggaga mak besar dan cantik-cantik pula tu daun dia. Sesuai sangat lah untuk jadikan tumbuhan hiasan dalam mini aquarium. Sebenarnya sama cantik je letak pokok sirih gading tu. Saja nak bagi ikan makan ulam. eh! Tak pasal ikan makan ulam. Letak tumbuhan dalam aquarium tu bukan hanya untuk mencantikkan aquarium


FUNGSI TUMBUHAN AKUATIK DALAM AQUARIUM

Fungsi tumbuhan tu adalah sebagai sumber utama bekalan gas oksigen yang dikeluarkan ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Selain itu, tumbuhan akuatik juga menyerap gas karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan oleh ikan. Kiranya menggantikan pam oksigen tu lah. Disebabkan mini je, jadi tak perlukan letak pam oksigen tu. Cukuplah letak tumbuhan akuatik dah memadai.

Kadang kala tumbuhan akuatik ni boleh juga dijadikan sebagai makanan untuk sesetengah jenis ikan. Tumbuhan ni juga boleh dijadikan sebagai tempat berlindung dan bermain-main. Bukan saja-saja letak untuk bagi cantik. Tapi ada fungsinya tu. Tapi kena tahu jugalah tumbuhan akuatik yang sesuai. So far letak pokok penggaga ni ikan baik-baik je.

With Love, Sihatimerahjambu

30 comments

  1. Eh..Eh...hidup plak pegaga dalam air erk...cantik je...suka la gambar2 Fiza lately

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup kak, pernah tengok orang tanam dalam air. Tu yang letak tu. Terima kasih kak :)

      Delete
  2. comeeellll.... nak buat satu jugalah simpan di opis... menenangkan..

    ReplyDelete
  3. First time tengok pegaga dalam akuarium .Cantik colour ikan tu .
    Kalau tak silap belakang tu Baby breath flower kan .? Dulu pernah bagi hadiah birthday dekat kawan , ade la choc bouquet with baby breath flower . Dia sayang takut bunga tu cepat layu , dye masukkan dalam peti ais seminggu . Hahahahah , tak boleh lupa moment tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tengok ada orang buat, kita pun cubalah buat juga. so far okay tengok. Ye, betul baby breath. Baby breath tu tahan lama. xsimpan dalam air pun okay sebenarnya. Kalau dah kering pun masih cantik

      Delete
  4. ooo bru kenal pokok penggaga.. hihi..
    mngkin prnh jmpe tp xtau nama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penggaga biasa orang buat ulam atau buat masak lemak.

      Delete
  5. Simbiosis. Ikan perlukan oksigen. Pegaga perlukan karbon dioksida.

    ReplyDelete
  6. cantiknya.... berseri terus bila letak pegaga tuh

    ReplyDelete
  7. Ilmu baru ni....letak pokok pegaga dalam air. Ingatkan x tahan lama klu letak dalam air ni... Thanks for sharing (^^,)
    Warm Regards: SNM

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. make sure ada akar dia sekalilah baru boleh hidup :)

      Delete
  8. ikan ni kalau rajin jaga dan bela, memang cantik menghiasi rumah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu Tatie. Hiasan cantik sebagai terapi juga

      Delete
  9. Wah, cantiknya pemandangan gambar nie.. sejuk jea bila tengok ikan berenang-renang dalam mini akuarium nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..seri daripada ikan dan pokok² yang ada tu

      Delete
  10. Dulu pernah juga bela ikan... Ikan kaloi... Sangat manja, sampai makan pun bersuap... Tapi, akhirnya mati jua... Mungkin sakit tua kot... Masa hari tu, ikan kaloi tu dah besar pinggan makan... gemuk pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah bela ikan kaloi juga sampai besar. memang sedih bila mati kan sebab lama bela. mungkin dah terlalu tua kot dan sampai ajalnya

      Delete
  11. Bagus idea ni letak pegaga masing-masing saling memerlukan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.