Unboxing Althea Beauty Haul 15.0 | Shopping Althea A'bloom Collection

Althea Beauty Haul 15.0 dah lama peram juga. Tapi box kali ni K-Beauty products yang pernah Fiza beli sebelum ni. Kiranya Fiza beli untuk tambah stok je lah dan sebenarnya tak boleh move on dengan Althea A'bloom Collection yang pernah Fiza review sebelum ni. Sementara limited edition box masih ada dan promo code pun masih valid, Fiza pun shopping lah sikit. Sikit je tak banyak.



Limited Edition Box Althea A'bloom ni cantik kan? Fiza harap dapat box pink purple tu tapi mungkin juga ikut warna tema barang apa yang Fiza tu. Layan video unboxing Althea Beauty Haul 15.0 Fiza ni dulu.


ALTHEA A'BLOOM
Althea A'bloom ni baru dilancarkan pada 23 April 2019 yang lepas. Ramai juga pencinta kecantikan yang terjebak macam Fiza shopping sakan Althea A'bloom Collection ni. Memang susah kot nak move on dengan benda yang comel-comel ni. Packaging dia buat semua orang jatuh cinta lah. Nak tahu apa yang ada dalam Althea A'bloom Collection ni boleh tengok entri yang sebelum ni.



Fiza beli one set A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me), one set A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet ( Sparkle-Me-Bright) dan 2 Giant Meringue Puff. Avocado warna hijau dan lemon warna kuning, jadi dapatlah box tema hijau kuning ni. Kalau Fiza beli sheet mask peach dan watermelon mesti dapat box pink purple. Mungkinlah. Tak pasti! Yang penting box limited edition ni memang lawa. Itu juga salah satu sebab kenapa suka beli kat Althea Korea.

Fruit Sheet Mask
PRICE: RM2/Each 25g│0.88oz
buy 10 at RM15. Save RM5! 

Now : RM18 for 10 sheets
Giant Meringue Puff
PRICE: RM8 
Saiz: 48*46mm

Now : RM11


Dapat juga free gift Phone's grip dengan setiap pembelian meringue puff atau BHA Blackhead Blaster sementara stok masih ada haritu. Tapi sekarang promo dah habis dah. So sad!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.