Unboxing Althea Beauty Haul 11.0 | Althea Exclusives Makeup

Friday, February 22, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Althea Beauty Haul 11.0, satu lagi parcel dari Althea sampai hujung bulan January yang lepas. Bila kesibukan terlampau, baru hari ni dapat publish entry 'Unboxing Althea Beauty Haul 11.0 walaupun Fiza dah kongsikan awal di social media yang lain. Althea Beauty Box kali ni sangat-sangat istimewa sebab Althea hantar Exclusives products dan merupakan produk makeup pertama Althea. Tahniah Althea!


Disebabkan parcel kali ni sangat istimewa, Fiza happy dan excited nak unboxing di tepi pantai. Layan video unboxing tepi pantai ni dulu.

 

Fiza ringkaskan Althea Exclusives Makeup yang Fiza dapat dalam parcel ni okay. Mudah untuk kau orang buat rujukan nanti kalau berminat nak tambah dalam koleksi makeup.



1. ALTHEA STICKERS
Althea sticker ni kalau tak silap Fiza limited edition dan sangat comel. Boleh lah tampal dimana-mana produk K-Beauty kau orang terutamanya Althea Exclusives. Kalau nak dapatkan, kau orang boleh buat pembelian mana-mana barangan Althea Exclusives.


2. ALTHEA FLAWLESS CREAMY CONCEALER - 4 SHADES

  • #01 Vanilla (Pink beige #21)
  • #02 Ginger (Warm ivory #21)
  • #03 Honey (Warm peach #23-#25)
  • #04 Mocha (Deeper yellow #30)

3. ALTHEA WATERCOLOR CREAM TINTS - 4 SHADES

  • #01 Plum Cream
  • #02 Strawberry Cream
  • #03 Peach Cream
  • #04 Marron Cream

4. ALTHEA SPOTLIGHT EYE GLITTER - 2 SHADES

  • #01 Gold Light
  • #02 Pink Light

5. ALTHEA EYESHADOW PALETTE : SUNRISE & MOONRISE - 8 SHADES
Bunga Citra Lestari X Althea Eyeshadow Palette (celebrity collaboration)  and Althea's very first eye shadow palette

  • Shimmery nude with pink
  • Matte light brown
  • Metallic rose gold with pink
  • Metallic gold
  • Rich brown with golden shimmer
  • Deep wine shade
  • Pearly pink shadow with purple undertones
  • Cool purple

6. ALTHEA SKIN RELIEF SPOT FILM GEL

Siapalah yang tak happy bila dapat semua ni kan. Dapat satu set Althea Exclusives Makeup memang happy sangat! Next entry Fiza akan review satu persatu Althea Makeup ni okay dan nantikan juga video Tutorial Althea Makeup dari Fiza menggunakan semua produk dalam ni. Entah apa rupa kejadianya tak tahulah. Tunggu ye.


Thank you Althea Korea!
With Love, Sihatimerahjambu

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.