Review | It's My Brush Eyebrow Brush

Friday, February 15, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Nak melukis kening memang tak mudah untuk orang yang mempunyai kening lebat macam Fiza. Jenuh betul lah nak melukis dan membentuk kening nampak cantik terbentuk gitu. Walaupun bukan jenis suka makeup sangat tapi tahu je lah kan sekarang makeup ni dah jadi trending dan bermacam-macam jenis jenama produk kosmetik.

Bila tengok tutorial melukis kening tu nampak mudah je tapi bila cuba kening sendiri kenapalah susah nak menjadi entah. Kadang give up juga. Dah cuba beberapa jenis dan colour eyebrow pencil tapi hampa juga lah tak betul-betul menjadi. Bukan salah produk tapi skill tu yang tak ada. Kata orang nak perfect kena lah pratis. "Pratice make perfect" lah.


Terbaru, Fiza beli Eyebrow brush jenama it's my brush untuk cuba lukis kening dengan menggunakan berus pula. Mana tahu lebih mudah dan menjadi. Apa yang membuatkan Fiza beli berus ni tanpa fikir panjang sebab harganya murah, RM5 sahaja. Kualiti berus pun berus pun bagus sangat selepas Fiza dah gunakan banyak kali untuk melukis dan brush kening.


Fiza rasa menggunakan eyebrow brush ni lebih mudah rasanya nak nampak bentuk kening tu. Fiza guna eyeliner gel untuk lukis kening dan kemudian blend je bagi nampak natural. Okaylah kot sikit ada bentuk kening sikit. Kadang tu kening tebal nak melukis nampak macam kening shin chan pula. Agak struggle juga nak membuat kening ni. Berlama-lamaan depan cermin buat sampai jadi. Selalunya kalau simple makeup tu, berus-berus je bagi kemas je sudah.

Sorry makeup belum siap.
By the way, kalau kau orang nak dapatkan it's my brush eyebrow brush ni boleh buat pembelian terus dari website Althea Korea ye.


With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

  1. akak biasa pakai pencil, jarang2 pakai brush mcm susah lak... tp entah la kot belum jumpa brush yg ok kn...
    al maklum nk bt kening selalu tak jd je akak ni

    ReplyDelete
  2. kalau nak keluar rumah,
    mesti utamakan utk siap eye brow ni dulu. HAhahaa

    awal dulu memang tak pandai.
    macam shin chan rasa.

    tapi lama-lama dh pandai la.
    favourite guna tarte eye brow tu dr dulu smp skrg.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.