Wonda Coffee Zero Sugar

Yes, Fiza salah seorang penggemar kopi. Itu yang susah nak diet tu. aduhai! Alasan sangat kan. Fiza boleh bertahan tak minum kopi seminggu je. Kalau tak dia akan rasa lain macam dan pening. Tapi kalau dapat minum kopi setengah cawan pun dah kira okay dah. Walaupun suka minum kopi tapi tak lah memanjang minum kopi. Cuma pagi dan malam je lah. Itupun share dengan husband.



Kalau kat rumah biasa minum Old Town White Coffee. Old Town White Coffee semakin hari semakin mahal harga dia kan. Daripada dulu 11.90 sekarang dah harga RM15.90 okay! Tunggu masa nak stop je minum kopi tu. Harga yahudi sangat. Kalau ada sale baru lah tambah stok.

Well, kalau jenis kopi dalam tin Fiza suka wonda coffee. Terbaru ada perisa baru "Zero Max Original" dimana kopi ni tidak mengandungi gula dan berperisa original kopi lah kiranya. Sajalah nak cuba perisa baru. Sekali cuba, uishhh betul-betul kopi tanpa gula. Rasa dia xpahit cuma memang betul-betul rasa kopi yang original tanpa gula. Tapi bukan sejenis kopi pekat lah. Kopi yang biasa-biasa tidak dicampurkan gula. Itu je.

Nak tak nak kena habiskan juga lah. Tapi ada sesetengah orang memang suka jenis kopi macam ni. Ikut citarasa tekak masing-masing dan penggemar kopi pun ada bermacam jenis. Jenis Fiza suka kopi kaw. Kalau kopi wonda ni kopi tarik yang paling best. Yang lain memang tak boleh lawan lah kopi tarik ni. No.1 kopi dalam tin yang paling best! Kau orang suka kopi yang mana satu?

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. I love coffee too! Rasa tak semangat tanpa kopi. Pernah try nescafe in sachet yang zero sugar tu je, wonda zero sugar belum try. Kalau kopi tak kaw tak best laa. I like Wonda espresso dalam tin tu sebab kaw.

    ReplyDelete
  2. pergh xdaaaak gula. pure kaw kaw rasa dia. memang i kenot go lew..
    hehehe yang ada gula pun kureng gemar. minum bila tingin sangat ja..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.