Review | Whipped Soap Peach Silk

Whipped soap? Okay, jujur cakap. Fiza baru tahu tentang kewujudan whipped soap ni bila nampak gambar whipped soap di instagmra @thepinkdiamond.co. Selama ni hanya tahu kewujudan sabun mandi dan shower gel ( sabun cair) je. Rupanya ada lagi jenis sabun mandian yang lain yang pada Fiza sangat unik dan jarang digunakan. Mungkin kurang expose di pasaran kot? 

Kiranya whipped soap ni produk mandian yang rare lah. Disebabkan ianya sangat rare pada Fiza, why not Fiza cuba untuk menikmati mandian whipped soap ni. Pertama kali tengok whipped soap ni, tarikan utama dia adalah pada warna dan packaging. Fiza ni pantang ternampak warna pink, mesti boleh terus jatuh cinta tak pandang lain dah. Hebat betul penangan warna pink ni. Memang sinonim lah dengan sihatimerahjambu, of course!

Warna produk memainkan peranan sebagai daya penarik produk
Sekali pandang whipped soap ni seperti ice cream. Jangan ada yang ada makan sudahlah. Tak pasal berbuih mulut nanti. Kalau tengok daripada pembuatannya dalam instagram owner mesti kau orang akan lebih tergoda sebab nampak lebih cantik whipped soap souflle tu macam ice cream sebelum jar ditutup. Bila dah bertutup tak nampak dah lah souffle sebab dah kemek. 

HOMEMADE WHIPPED SOAP

Seingat Fiza kalau shopping produk mandian ni tak pernah pula nampak whipped soap ni. Atau Fiza yang kurang perasan? Mungkin memang ada dijual di pasaran tapi tak semua tempat lah kot. Kalau jualan online mungkin banyak juga lah. Tapi yang Fiza jumpa ni adalah homemade whipped soap yang dibuat dengan kasih sayang. Ingat senang nak buat homemade whipped soap ni? Sudah tentu susah. Kena ada kesabaran dan minat baru lah menjadi dengan jayanya.

WHIPPED SOAP LEBIH BERBUIH PEKAT
Tidak sama seperti sabun biasa, whipped soap menghasilkan krim buih pekat berbeza dengan sabun biasa. Whipped soap juga boleh dikatakan seperti semi-solid soap (sabun separa pepejal) yang mudah digunakan. Sesetengah whipped soap boleh digunakan sebagai krim pencukur, pencuci muka ataupun sebagai perapi rambut. 



KEISTIMEWAAN WHIPPED SOAP 
Whipped soap mengandungi sweet almond oil, castor oil dan glycerin. Whipped soap mempunyai tektur yang berkrim pekat yang menghasilkan buih dan tidak mengeringkan kulit.


RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money :  Yes!

To buy Whipped Soap Peach Silk >> @Thepinkdiamond.co

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. alamak nak try jugaklah..mmg betul looks alike aiskrim hihi mcm sedap je haha

    ReplyDelete
  2. Teringin nak sentuh..Sebab tak pernah jumpa..hahah..Nampak macam aiskrim je..

    ReplyDelete
  3. Ehhh produk ni homemade ke.. Menarik laa.. Sllu tgk sabun yg buku je... Menarik sbb wane pink mybe.. Heheh

    ReplyDelete
  4. Wow this is my first time read about homemade whipped soap, looks interesting.

    ReplyDelete
  5. Masa mula2 baca tajuk, terfikir gak whipped soap ni mcm mana haha

    Comel warna pink macam best je guna. First time tengok hehe

    ReplyDelete
  6. Wow comelnyaaa.. Macam aiskrim bentuk dia.. Best la tengoknyaa.. Wangi tak fiza.. Rasa nak cuba juga je

    ReplyDelete
  7. warnanya sedap sangat macam aiskrim heheh... buihnya memang banyak ke atau sikit2 je.

    ReplyDelete
  8. Sama macam akaklah pantang tengok pink. First time tau pasal whipped soap

    ReplyDelete
  9. Nampak soft la warna dia, warna lembut zira suka tengok macam aiskrim pun ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.