Review | TONYMOLY Backgel Eye Liner

Friday, January 18, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Fuh! Kalau nak pakai eyeliner memang ambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau nak buat winged eyeliner. Terketar-ketar tangan nak membuatnya. Kalau tak lurus ke tercomot sikit ke boleh buat kemurungan dan merajuk tak nak pakai eyeliner dah. Pernah rasa macam tu tak? Rasa leceh nak pakai tapi teringin nak pakai. 


Sebelum ni Fiza biasa beli dan pakai liquid eyeliner. Kalau dapat beli jenis eyeliner yang sangat okay memang bertuah tapi kalau dapat jenis eyeliner yang mudah merebak macam darah tu memang azablah nak membuat winged eyeliner. Silap haribulan masa boleh habis untuk buat winged eyeliner je. Menyampah! At the end, eyeliner expired tanpa guna. Membazir sangat. 

Alang-alang makeup stuff dah makin bertambah kononnya nak cuba belajar makeup, Fiza cubalah beli TONYMOLY Backgel Eye Liner. Pertama, sebab bekas dia sangat comel dan unik. Keduanya sebab harganya sangatlah murah untuk harga gel eyeliner.



APA YANG MENARIK
  • THIXOTROPIC GEL FORMULA
Dengan menggunakan thixotropic-gel-formula membuatkan gel menjadi lebih cair semasa penggunaan dan hanya perlu sekali guna sahaja dan cukup pekat. 


  • KALIS AIR
Sejenis gel eyeliner kalis air (waterproof) dan tidak comot walaupun berpeluh atau terkena air. Gel eyeliner ni juga tahan lama.


  • DILENGKAPI DENGAN BERUS
Untuk memudahkan penggunaan, TONYMOLY Backgel Eye Liner dilengkapi dengan berus bersaiz 15mm untuk memudahkan aplikasi semasa menggunakannya.


Selain warna black, ada 6 lagi pihan warna iaitu brown, pearl brown, khaki black, pearl black dan choco. Nak memilih warna lain macam serba salah pula takut tak kena dengan warna kulit. Nak selamat, pilih warna hitam je lah sebab dah biasa dengan eyeliner hitam. Boleh dapatkan dengan harga MYR25 di website ALTHEA KOREA lah mana lagi.

RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐
Pigmentation: ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Waterproof : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money :  Of course!


With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. Tak pandai buang winged eye.. hahaha. kena practice guna Tony Moly la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try guna tony moly gel eyeliner ni miera..kot menjadi :)

      Delete
  2. Nampak senang jer eyeliner ni.. Cik Ash eyeliner xreti nak pakai hahaha.. Maskara ke. Eyeshadow yg ada dapat free ni x pakai mana hahaha

    ReplyDelete
  3. K.el dulu pernah pakai ni..mmg best..

    ReplyDelete
  4. Rose pun tak cekap lagi nak pakai eyeliner. bolehlah cuba brand tony moly ni.

    ReplyDelete
  5. Comelnya bekas dia.. Murah harga rm25 je.. Boleh lah usha2 nanti kat althea

    ReplyDelete
  6. Botol dia memang comel la. Nak tengok berus hujung dia cemana..hahah

    ReplyDelete
  7. Menarikla eyeliner mcm ni.. Senang, lambat habis pun iye.. Boleh la nanti dapatkan dekat althea

    ReplyDelete
  8. Wah, macam best je zira kadang tengok MUA makeup mcm senang je pakai

    ReplyDelete
  9. I tried Tony Molly makeup before and quite like the finishing. This gel eyeliner is good too.

    ReplyDelete
  10. Eh murah je la rm25. Akak suka beli yang jenis pensil pusing2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.