Review | Coringco Soft Triangle Eyebrow

Melukis kening yang tebal memang mencabar dan payah nak dapatkan kening yang dilukis cantik. Kalau trend lukis kening zaman dulu menggunakan teknik gam untuk bentukkan kening nampak cantik. Tapi zaman sekarang tak perlu dah guna teknik gam-gam tu. Sekarang hanya perlu guna concealer je dah boleh dapatkan bentuk kening yang cantik.

Untuk melukis bentuk kening yang cantik perlu ada tools dan juga skill. Fiza kalau bab kening ni memang tak pernah menjadi dan failed je memanjang. Sebelum ni pernah cuba drawing eyebrow Etude House 2 in 1. Gagal dapatkan bentuk kening sebab pemilihan warna eyebrow hitam tak sesuai dengan kening tebal macam Fiza.


Jadi, untuk kali kedua mencuba ni Fiza pilih warna light brown. Harapan Fiza, harap okaylah daripada yang sebelum ni. Kali ni Fiza cuba Coringco Soft Triangle Eyebrow 2 in 1 lebih kurang sama dengan Etude House cuma beza warna je.

DOUBLE ENDED DENGAN SPOOLIE
Fiza sangat suka jenis eyebrow yang didatangkan sekali dengan spoolie. Dah boleh jimat tak perlu nak beli eyebrow brush asing-asing. Nak bawa travel pun mudah sekali 2 in 1. Spoolie ni akan digunakan untuk kemaskan dan cantikkan lagi kening tu.


SOFT TRIANGLE EYEBROW
Eyebrow pencil yang berbentuk triangular ni lebih memudahkan penggunaan. Tapi kau orang jangan tekan beria sangat pada kening sebab agak mudah patah. Jadi, lukis manja-manja je dah boleh nampak kesan lukisan pada kening. Lagipun kalau melukis kening tak perlu tebal pun cukup sekadar nampak bentuk kening yang sesuai. 


Code light brown
Selepas Fiza cuba lukiskan kening nampak lebih natural lah walaupun masih nampak kening tebal tu. But its okaylah nampak natural daripada yang tebal sangat sebelum ni tu kan? Sebenarnya bab kening kadang malas nak melukis sebab kurang masa nak bersiap. Since ada eyebrow 2 in 1 ni, gunakan berus dan rapi kan kening dengan kemas pun dah okay dah. Takde lah nampak bersepah sangat kan?


Harga Coringco Soft Triangle Eyebrow  ni sangat murah kalau kau orang beli di website ALTHEA KOREA. Nak survey pun ada banyak jenis dan harga. Harga semua murah-murah dan kebanyakkanya bawah MYR20 dan mampu milik.

RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Pigmentation : ⭐⭐⭐⭐
Price : MYR13

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.