Review | CHICA-Y-CHICO Cool Night Peel Off Mask

Monday, January 28, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kalau sheet mask sangat mudah dipakai, peel off mask pula paling best pakai sebab boleh buang sekali sel kulit mati pada muka. Peel off mask pula ada bermacam-macam jenis dan terbaru Fiza cuba CHICA-Y-CHICO Cool Night Peel Off Mask. Tertarik nak mencuba sebab "COOL". Cool Night Peel Off Mask yang terbaik untuk kulit yang keletihan akibat sinaran matahari dan cuaca panas dan dalam masa yang sama membersihkan liang untuk kulit yang lebih sejuk dan licin.


Cool Night Peel Off Mask sampai tepat pada masanya sebab Fiza rasa cuaca di Malaysia sedang mengalami cuaca yang panas dan bahang. Kalau rasa kulit muka terasa bahang dan keletihan tu memang Fiza pakai cool night peel off mask untuk cool down temperature kulit. Tak kerap pakai mask sebab Fiza pakai mask mengikut keadaan dan jenis secara bergilir-gilir.

Almaklumlah, kulit bila terdedah dengan sinaran UV, menghadap PC & handphone, bermakeup, kerap guna dryer, memasak dan adakalanya stress membuatkan kulit kelihatan dan panas. Cool Night Peel Off Mask adalah 5 in 1 mask. Memang tak rugi lah Fiza masuk bakul hari tu sebab nak cuba sangat apa yang bestnya dengan mask ni. Yes, Fiza suka!
  • Cooling down
  • Soothing
  • tightening pores
  • Caring skin texture
  • removing skin waste




  • COOLING EFFECTS
Bila mula apply mask ni pada kulit muka dah terasa cooling effects tu. Dah siap pakai satu muka memang sejuk ya amat rasanya! Sejuk tu sebab mask ni mengandungi bahan mentol yang membantu mengurangkan paras suhu kulit dan melegakan kulit.



  • FREEZING PORE FOR THIGHTENING
Dalam proses pakai mask tu sementara tunggu kering 10-15 minit, bila dah kering memang terasa mask tu akan rasa tight kulit muka. Mask ni pakai nipis pun takpe sebab dia jenis yang melekat cepat dan cepat kering.



  • CALM DOWN! IT IS RELAXING TIME FOR SKIN
Ya, pakai cooling mask memberikan rasa relaks untuk kulit dan juga untuk diri sendiri. Kulit juga perlukan berehat sebentar daripada cuaca panas dan makeup. 



  • PEEL OFF EVERY DEAD SKIN CELLS AND WASTE AT ONCE
Berkesan sangat dalam menanggalkan sel kulit mati dan kotoran sekaligus sebab mask ni jenis yang sangat kuat melekat. Nak tanggalkan agak sakit sikit dan pastikan jauhi pemakaian mask daripada bahagian mata.



RATING
Packaging : ⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐
PRICE : MYR38
website : ALTHEA KOREA

With Love, Sihatimerahjambu

10 comments

  1. That's an interesting mask. Cooling. I wish to try too

    ReplyDelete
  2. Menariklah peel off mask ni..siap ada mentol tu yg menarik..canerlah rasa sejuk kt muka tu..kn try ni

    ReplyDelete
  3. Suka jgk pakai mask tp ta pernah try yg brand ni. Nanti boleh g trjah website althea.

    ReplyDelete
  4. Akak dah lama tak pakai mask gini sebab nak buka tu sakit. Kulit menipis sebab dulu salah guna produk. lepas tu tak berani nak pakai mask gini.Tapi memang mask macam ni best je rasa kulit lepas tanggalkan dia tu.

    ReplyDelete
  5. Memang Best sekali sekala memanjakan wajah dengan peel mask ni kan.. rasa kulit segar je

    ReplyDelete
  6. Eh selama ni tak perasan pulam mask ni ada dijual di althea, huhu

    ReplyDelete
  7. Peeling mask ni sesuai kalau muka berjerawat je ke? Wawa suka kalau utk coolingkn muka..

    ReplyDelete
  8. macam best je mask ni.. packaging dia lawa..tapi kalau jenis bersihkan dengan air takpe, kalau cabut aduihh.. Ehhehe

    ReplyDelete
  9. This is one of the good and effective mask for deep cleansing.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.