Tips Dapur | Cara Hilangkan Kesan Hitam Bawah Non Stick Pan

Saturday, January 12, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kuali biasa atau non-stick pan? Of course Fiza pilih non-stick pan sebab kerja memasak jadi lebih mudah. Makanan tak melekat dan mencuci pun mudah. Tapi kalau non-stick pan terguris sikit pun boleh hati terguris sama. Nak mencuci pun kena manja-manja sebab tak nak non-stick pan rosak. Kalau dah tergores sana-sini habislah segala coating dan tak selamat untuk digunakan. Bahaya katanya walaupun sayang.

Kalau bawah yang tergores takpe lagi tak? Tak pasti lah sebab apa bawah dia hitam jelaga ke apa guna api besar sangat ke apa. Sayang gila dengan non-stick ni sebab hadiah daripada ex-boss dulu. Disebabkan ianya dah lama dah Fiza pun tak perasan entah bila kewujudan hitam bawah ni. Makin lama makin menebal. Bila gantung tu rasa rimas pula tengok. Geram je nak berus dengan berus dawai tu tau. Kalau guna berus dawai memang jahanam terus lah jawabnya. Haha...

Letak sos tomato bawah non-stick pan

Fiza dah cuba banyak cara dah. Guna soda bikarbonat lah, cuka lah, cif lah, zip lah.. semua macam tak menyelesaikan masalah pun. Rendam lah sehari ke dua hari ke dengan segala benda tu tapi masih tak menghilangkan kesan hitam tu sikit pun.

Tak puas hati, Fiza cari lagi sampailah jumpa tips cara hilangkan kesan hitam bawah non stick pan dengan menggunakan sos tomato je. Iya awak, sos tomato je! Kebetulan ada simpan sos tomato dalam sachet tu yang memang tak akan gunapakai tu. So, terus Fiza cuba guna sos tomato tu.

Caranya :
1. Pasti permukaan bawah kuali kering.
2. Curah sos tomato dan ratakan pada permukaan hitam tu atau ada kesan minyak
3. Biarkan selama 30 minit dan ke atas. Lagi lama lagi bagus kot. Fiza buat 1 jam je sebab tak sabar nak tengok hasilnya.
4. Kemudian gosok perlahan dengan span. Bukan berus dawai ye.

Kau orang akan nampak bezanya walaupun tak totally bersih berkilat. Kira berbaloi juga ada perubahan daripada tak ada perubuhan lansung kan. Lepas ni restock sos tomato untuk bersihkan kesan hitam bawah non-stick pan ni.

Selepas dibersihkan dengan sos tomato
Cara ni sangat mudah dan semulajadi. Tak menyesal Fiza cuba. 

With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. Replies
    1. terima kasih..perkongsian daripada yang lain juga ni

      Delete
  2. wowww. menarik ni. apa2 brand sos tomato lah eaa kak fiza? nak cuba lah. kat rumah tu mmg ada pan yang dah berkerak. hahaha. tq for sharing!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.