Aiskrim Matcha Mochi

Sudah berbulan rasanya tak membeli aiskrim sebab lately tak shopping barang dapur dengan husband. Kalau husband pergi sorang beli barang dapur, apa yang kita senaraikan je dia beli. Mana takde dalam senarai tu memang tak lah membeli. Biasalah typical seorang suami. Kalau bawa isteri nanti boleh jadi ada tambahan list halimunan. Faham-faham je lah.

Nak beli air coke, ternampak air A&W lepas tu husband kata macam best kalau ada ice cream. So belilah air coke dan A&W. Jalan-jalan mencari aiskrim vanilla nak buat float kononnya. Ternampak aiskrim matcha mochi ni. Sudahnya beli aiskrim vanilla dan juga aiskrim matcha mochi wall's ni. Ishh, bahayanya seorang perempuan kalau ternampak-nampak ni. Laju je!


Tak pasti lah aiskrim matcha mochi ni dah lama ke baru lagi ke. Rasanya dah lama kot. Matcha tu kau orang tahu lah kan green tea dan mochi tu sejenis kuih jepun yang kenyal-kenyal tu. Seperti yang tertulis pada penutup aiskrim "Wall's Matcha Mochi (Green Tea Flavoured Ice Confection With Red Bean Sauce and Mochi Balls)"


Okay, disebabkan Fiza penggemar green tea. Haruslah Fiza cuba aiskrim matcha mochi ni. Kuih mochi tu Fiza pernah rasa beli kat 7 Eleven. Tapi mochi yang diletakkan dalam aiskrim matcha ni bukan mochi kuih tu tapi mochi balls tanpa isi dalam. Mochi balls yang kosong lah kiranya.

Pertama kali Fiza cuba aiskrim matcha ni of courselah rasa pahit-pahit green tea tapi lama-lama barulah rasa kacang merah tu. Matcha ni sejenis aiskrim yang rare dan sedap kalau teringin makan. Mungkin ada sesetengah tak suka rasa green tea. Kalau budak-budak of courselah lebih menggemari aiskrim coklat, vanilla, strawberry dan sebagainya. 


Kalau ditanya tahap kesedapan tu Fiza boleh bagi 4 bintang untuk aiskrim matcha mochi ni. Kau orang dah rasa ke? Kalau tak kena dengan tekak memang rugi beli satu bekas ni. Lagi pulak aiskrim wall's pun dah naik harga. Dulu bawah RM10 kot, sekarang dah berharga RM13.++ kalau new flavour tu.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.