3.5" USB 3.0 SATA HDD Hard Disk Drive External Enclosure Full Transparent Case

Wednesday, January 09, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Selepas upgrade windows 10 bermacam masalah jadi pada PC Desktop Fiza. Entah apa masalahnya tak tahu lah. Untuk buat kerja design dan menaip, Fiza memang lebih prefer dan lebih selesa kalau menggunakan PC Desktop berbanding Laptop atab tab. Kedua-dua tu sangat leceh dan tidak memudahkan kerja dengan cepat.

Menggunakan PC Desktop lebih memudahkan kerja design dan menaip. Pendek kata, lebih puas hati lah dengan performance dan screen besar. Disebabkan windows 10 adalah paling latest. Jadi, husband pun upgrade lah kepada windows 10. Tapi selepas upgrade tu rasanya dah banyak kali terjadi keluar screen biru updating dan kemudian restart tak boleh masuk windows lansung.


Penyelesaiannya adalah reformat. Kejadian tu kerap kali berlaku dan Fiza rasa husband pun dah give up nak reformat banyak kali. Kalau ikut kiraan Fiza dah berpuluh kali dengan tak tidur malamnya. Aduh! Dari hasil bacaan di google, katanya kena tukar HDD. Lepas tukar HDD pun perkara yang sama terjadi juga. Sudahnya guna HDD daripada PC Dekstop yang lain baru lah okay. Tapi masalah lain pula jadi. Itu Fiza kongsikan kemudian lah.

Oh ya, sebelum tu HDD yang husband beli ada masalah sebab tak detect. Hantar kedai dan dapat yang baru, mungkin kesilapan dari kilang. Pada mulanya ingatkan masalah HDD tu. Lepas guna yang baru masih tak boleh resolve masalah keluar screen biru tu. Jadi, HDD yang ada tu kita buat sebagai external hard disk je lah. Malas nak fikir dah. Nak buat external hard disk perlu lah ada case untuk cover HDD tu. 

Selepas survey case dan price, husband pilih jenis full transparent case untuk 3.5 inch SATA HDD yang nak dijadikan external hard disk. Bolehlah buat backup untuk kerja-kerja dia dan Fiza. Segala kerja memang wajib ada back-up. Tak boleh tak buat back-up. Sekali hilang segala kerja memang menangis lah!


Full Transparent Case disertakan sekali dengan usb dan adapter. Sajalah pilih yang transparent macam menarik dan boleh nampak dalaman tu.



Cara nak pasang hard disk pun sangat mudah je.
Langkah 1 : Buka case

Langkah 2: Letakkan Hard disk ke dalam case

Langkah 3 : Slide case untuk tutup

Siap!
Dah siap masukkan hard disk dalam case untuk dijadikan external hard disk tu, kau orang boleh terus guna. Pastikan ikut langkah seperti dalam user manual tu ye. Husband beli full transparent case di ALL IT store IOI City Mall Putrajaya.


So kalau kau orang ada hard disk yang masih elok tu boleh lah jadikan external hard disk. Pastikan ada cover untuk protect hard disk tu dari habuk dan mudah rosak. Daripada membazir beli tapi tak guna, at least boleh buat back-up kerja-kerja kau orang tu kan.

With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. best jer kan kalo transparent camni...hehe.. rasa kene cari jugak ni..external HD kat umah tu pun dah berhabuk2... lama x guna.. huhu

    ReplyDelete
  2. bab bab entry computer parts ni CT kebil2 nak baca hehe.. ada term yg x faham hehe..
    tapi hopefully it works la so that PC boleh guna elok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tak faham juga tapi sebab husband lebih tahu bab komputer ni,kita pun dapat tahu lah sikit²

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.