Pantai tanjung biru (blue lagoon beach) di Tanjung Tuan Port Dickson hidden gem yang ramai sudah tahu akan kewujudan pantai biru yang sangat cantik terutamanya kaki hiking Bukit Batu Putih. Fiza tak pasti apa nama sebenarnya pantai ni. Disebabkan pantainya biru dan terletak di Tanjung tuan, mungkin juga namanya Pantai Tanjung Biru atau Pantai Tanjung Tuan?

Entrance, bayar RM5/dewasa

Ada siapa tahu nama sebenar pantai ni, bolehlah tinggalkan komen ye. Okay, ini kali kedua Fiza datang sini. Pertama kali pergi Pantai Biru Tanjung Tuan masa tahun 2015. Fiza tahu kewujudan pantai ni pun sebab masa hiking Bukit Batu Putih tu nampak kat bawah tu laut biru yang cantik gila! Masa turun hiking tu memang gigih turun bawah nak pergi pantai biru tu.

Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu. 


Selepas 10-15minit sampailah ke pantai yang cantik ni. Masa Fiza datang ni ada yang pasang khemah. Mungkin bermalam atau mungkin saja untuk berehat santai tepi pantai menikmati permandangan pantai. Fiza sampai dalam pukul 10 lebih. Mujur belum panas lagi tapi struggle sikit nak meredah ikut trek hiking sebab pakai selipar jepun. 


Walaupun tak berapa jauh sangat tapi nak berjalan naik bukit dan turun bukit tu penat jugalah. Lagipun dah lama tak buat aktiviti hiking, stamina dia kelaut sungguh. Biarpun penat tapi dah nampak pantai yang cukup cantik ni lupa segala penat berjalan jauh tu. Betul kan?


Selain nak menikmati keindahan pantai ni, nak photoshoot sikit untuk dapatkan gambar yang cantik-cantik. Menikmati keindahan alam ni boleh dikatakan satu terapi untuk kita. Sesekali perlu juga terapi macam ni selepas asyik fikir kerja je. Terapi macam ni percuma je. Duduk santai tepi pantai rasa bahagia dan tenang sangat.


Fiza suka pantai tanjung biru ni sebab kebersihan pantai terjaga. Pasir halus yang bersih dan airnya yang biru jernih tu memang buatkan mata ni tak puas pandang. Ombak dia pun pukul-pukul manja je. Memang sesuai untuk berehat santai mandi manda atau berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan kau orang.

 
Jujur cakap Fiza tak suka mandi pantai sebab takut gelap. Tapi tak risau dah sebab dah siap-siap pakai PV Sunaway. Tengok laut macam ni punya cantik, siapa je tak teringin nak mandi pantai. Boleh plan datang lagi dan mandi manda. Masa ni datang saja-saja dan untuk ambil gambar je. 


Pantai ni biasanya tak ramai datang sebab kena jalan jauh masuk hutan bagai. Tak sesuai untuk orang tua atau budak kecil. Jadi, pantai ni kurang sesak. Kalau weekend mungkin ramai akan singgah sini sebab hiker mesti tak lepaskan peluang jejak pantai ni.



Layan video ni. Tapi kualiti video kurang sikit. Tak tahulah kenapa. Masuk dalam youtube je dia jadi low quality. Huh!
 
Kalau kau orang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan tu bolehlah singgah sini berkelah atau mandi manda di Pantai Tanjung Biru ni. Serius tempat ni sangat cantik dan tak rugi datang.

  
Nak datang sini guna waze je lebih mudah. Kalau nak datang tu datanglah on weekend ramai orang. Nak masuk hutan kan? Kalau tak ramai orang sunyi je rasa. Biar meriah gitu. Lagipun kawasan hutan ni agak keras juga katanya. Banyak juga cerita yang menyeramkan terutamanya mereka yang hiking petang-petang sangat tu. Apapun masuk hutan kita memang kena behave sikit. Seronok-seronok juga tapi adab pergi tempat sebegini perlu dijaga juga. Keselamatan diri sangat penting.
Beauty blender atau brush untuk apply foundation? Untuk kulit halus mulus pakai beauty blender/sponge atau brush tak ada masalah pun. Tetap cantik hasil makeup tu. Tapi bagi mereka yang jenis kulit bermasalah, perlu menggunakan foundation brush untuk apply foundation pada kulit muka. 


Daripada apa yang Fiza tahu berdasarkan tutorial makeup di youtube, foundation brush sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis mempunyai pores dan tidak sekata. Disebabkan kenyataan tu, Fiza buat keputusan untuk mencuba apply foundation menggunakan brush. Piliha nfoundation Fiza adalah jenama It's My Brush.

KENAPA MEMILIH IT'S MY BRUSH-ANGLE FOUNDATION BRUSH

1. BENTUK BERUS
Angle foundation brush mempunyai bentuk sudut berus yang membolehkan dan memudahkan aplikasi foundation pada bahagian muka yang sukar dicapai oleh sponge. Pemegang berus juga selesa dipegang ketika mengaplikasi foundation pada muka.


2. BERUS PADAT
Angle foundation brush daripada It's My Brush ni adalah jenis berus yang padat dengan bulu sintetik yang memudahkan aplikasi foundation dengan sekata licin tanpa meninggalkan kesan comot berbintik. Berusnya juga sangat halus dan lembut.


3. MAKEUP TIDAK BERCAPUK
Kemurungan kalau makeup bercapuk tau! Dengan menggunakan angle foundation brush ni foundation lebih sekata pada kulit dan tidak bercapuk selepas pemakaian foundation selepas beberapa jam.


4. MURAH
Oh ya, lagi satu sebab Fiza beli angle foundation brush ni sebab harganya murah RM16 sahaja berbanding harga yang foundation brush yang pernah Fiza beli sebelum ni tanpa jenama.  Disebabkan foundation brush tu pun dah lama, so upgrade beli baru lah.

CARA MENGGUNAKAN ANGLE FOUNDATION BRUSH
Bagi yang kulit licin dan tiada masalah kulit biasanya penggunaan berus untuk mengaplikasi foundation dengan gerakan membulat untuk lebih sekata. Tapi apa yang Fiza tahu daripada tutorial yang Fiza tengok sebelum ni, kalau jenis kulit berjerawat dan pores nak aplikasi foundation pada kulit dengan cara stipple perlahan seperti dab dab sponge.

Cara stipple agak mengambil masa untuk pemakaian foundation yang lebih rata. Tak mungkinlah dengan masa sekejap je dapat sekatakan foundation tu. Sebab tu kalau makeup tu sampai berjam-jam lamanya. Biasanya untuk aplikasi foundation Fiza ambil masa tak lama sangat sebab Fiza suka pakai nipis-nipis je. Janji dapat cover apa yang patut.

Kalau banyak masa boleh lah guna brush. Tapi kalau masa nak bersiap sekejap, Fiza guna sponge je dab dab sepantas kilat. Berminat nak gunakan angle foundation brush ni, boleh tengok-tengok di website ALTHEA KOREA.


RATING
Softness : 💗💗💗💗
Density : 💗💗💗💗💗
Precision : 💗💗💗💗

Yes, Fiza salah seorang penggemar kopi. Itu yang susah nak diet tu. aduhai! Alasan sangat kan. Fiza boleh bertahan tak minum kopi seminggu je. Kalau tak dia akan rasa lain macam dan pening. Tapi kalau dapat minum kopi setengah cawan pun dah kira okay dah. Walaupun suka minum kopi tapi tak lah memanjang minum kopi. Cuma pagi dan malam je lah. Itupun share dengan husband.



Kalau kat rumah biasa minum Old Town White Coffee. Old Town White Coffee semakin hari semakin mahal harga dia kan. Daripada dulu 11.90 sekarang dah harga RM15.90 okay! Tunggu masa nak stop je minum kopi tu. Harga yahudi sangat. Kalau ada sale baru lah tambah stok.

Well, kalau jenis kopi dalam tin Fiza suka wonda coffee. Terbaru ada perisa baru "Zero Max Original" dimana kopi ni tidak mengandungi gula dan berperisa original kopi lah kiranya. Sajalah nak cuba perisa baru. Sekali cuba, uishhh betul-betul kopi tanpa gula. Rasa dia xpahit cuma memang betul-betul rasa kopi yang original tanpa gula. Tapi bukan sejenis kopi pekat lah. Kopi yang biasa-biasa tidak dicampurkan gula. Itu je.

Nak tak nak kena habiskan juga lah. Tapi ada sesetengah orang memang suka jenis kopi macam ni. Ikut citarasa tekak masing-masing dan penggemar kopi pun ada bermacam jenis. Jenis Fiza suka kopi kaw. Kalau kopi wonda ni kopi tarik yang paling best. Yang lain memang tak boleh lawan lah kopi tarik ni. No.1 kopi dalam tin yang paling best! Kau orang suka kopi yang mana satu?

Primer pertama Fiza beli adalah Skin Liar Primer Elizavecca jenis krim dalam tiub yang comel. Kedua jenis krim juga tapi dalam pump botol iaitu TOUCH IN SOL No Poreblem Primer. Terbaru Fiza cuba pula primer jenis stick iaitu Blur Stick Primer. Beli primer jenis stick ni untuk tambah koleksi dan cuba jenis stick pula untuk kesesuaian dengan kulit atau tidak.


VUE DE PULANG'S BLUR STICK
Vue De Pulang's Blur Stick mengandungi 6% pink calamine powder yang berfungsi untuk merawat dan melegakan masalah jerawat. Micro calamine powder membantu menyamarkan pores, melicinkan kulit yang kasar dan menyempurnakan hasil makeup dengan memberikan kesan matte.

PENGGUNAAN YANG MUDAH
Pertama sekali Fiza beli sebab rasa macam lebih mudah untuk menggunakan primer jenis stick. Hanya perlu buka penutup, twist applicator dan apply pada bahagian muka yang mempunyai pores. Just one touch anywhere everywhere for flawless skin.


BLUR PORES DAN KEDUTAN
Disebabkan kulit Fiza jenis large pores dan uneven skin. Jadi, memang perlu pakai primer untuk dapatkan hasil makeup yang lebih bagus. Nak makeup sempurna memang kena belajar makeup lagi. untuk beginner ni cukuplah sekadar tahu apa yang perlu dipakai. Jadi, Fiza cubalah pakai blur stick primer ni. Memang blur pores, kedutan pun tak berapa jelas dan memudahkan untuk apply foundation selepas tu.


MAKEUP TAHAN LAMA
Ye, kalau pakai primer membuatkan makeup tahan lama tanpa perlu touch up.  Kalau nak touch up bahagian shiny pun jadi mudah dengan menggunakan primer stick ni. Macam touch up lipstick lah kaedahnya. Boleh stand by siap-siap dalam handbag kau orang.

SERBAGUNA
Selain digunakan sebagai primer untuk makeup. Boleh gunakan sebagai eye primer sebelum pakai eyeshadow dan mascara untuk elakkan comot. Boleh juga dijadikan sebagai makeup fixer untuk improve pigmentation eyeshadows, blushers ataupun contours.


TIPS 
KULIT BERMINYAK : apply keseluruhan muka tapi lebih fokuskan pada bahagian T-zone untuk berikan kulit nampak lebih matte sepanjang hari.
KULIT KERING : Lebihkan pada bahagian kedutan di bawah mata, garisan senyuman pada mulut untuk samarkan tanda penuaan dan mengelakkan makeup merekah bila senyum.

Vue De Pulang Blur Stick ni serius sangat mudah nak guna dan mudah lah nak bawa kemana sahaja untuk makeup. Puas hati guna walaupun harga dia macam tak berapa nak murah. Kalau kau orang nak cuba guna, boleh dapatkan di website ALTHEA KOREA dengan harga RM51.

RATING
Packaging : 💋💋💋💋💋
Texture : 💋💋💋💋
Sebum Control : 💋💋💋💋💋
Pore Cover : 💋💋💋💋
Effectiveness : 💋💋💋💋
Pada hari mencari air humidifier Kaison untuk workspace dalam bilik tu, berdekatan dengan rak air humidifier tu tersinggah lah dekat rak room perfume ni. Terbekenan lah pula dengan aroma room spray. Disebabkan air humidifier tu bukan jenis yang boleh tambah essentials oil, jadi decide nak beli aroma room spray je lah untuk aroma wangian bilik tidur.


Disebabkan deria bau ni dah sebati dan selesa dengan bau vanilla. Of courselah bau vanilla menjadi pilihan hati kami berdua sampai tak cuba dah nak bau yang lain. Eh, ade juga lah cuba bauan yang lain daripada botol tester yang disediakan tapi tak ada yang hidung kami berkenan dek kerana setia sangat dengan bau vanilla tu.


Aroma room spray ni adalah satu keinginan yang boleh jadi satu keperluan kadang kala. Bilik tidur tu kalau berbau aroma yang lebih wangi boleh mendatangkan mood yang sangat baik pada Fiza. Kalau boleh memang nak bilik sentiasa ada aroma wangian. Tapi iyalah kadang kala kena cut cost juga untuk perkara macam ni. kalau ada bajet pun bolehlah sekali sekala berikan aroma mood wangian dalam bilik tidur ataupun ruang rumah.

Tahu tak aroma bau yang menyenangkan minda secara tak lansung mempunyai kuasa yang kuat dalam merehatkan minda kita yang dipanggil aromaterapi. Bila dah seharian penat dengan rutin harian mesti kita akan lupa untuk bertenang seketika. Rehatkan otak sambil menghirup aroma yang harum adalah sangat mendamaikan. Betul tak?

Apalah salahnya kalau beli sesuatu untuk tujuan yang baik juga kan. Lepas ni nak kena menabung nak cuba guna air diffuser pula lah. Dengar-dengar harga air diffuser tak boleh nak bawa bincang lagi tu.  Jadi, kena beli air diffuser yang mengikut bajet.

Kalau sheet mask sangat mudah dipakai, peel off mask pula paling best pakai sebab boleh buang sekali sel kulit mati pada muka. Peel off mask pula ada bermacam-macam jenis dan terbaru Fiza cuba CHICA-Y-CHICO Cool Night Peel Off Mask. Tertarik nak mencuba sebab "COOL". Cool Night Peel Off Mask yang terbaik untuk kulit yang keletihan akibat sinaran matahari dan cuaca panas dan dalam masa yang sama membersihkan liang untuk kulit yang lebih sejuk dan licin.


Cool Night Peel Off Mask sampai tepat pada masanya sebab Fiza rasa cuaca di Malaysia sedang mengalami cuaca yang panas dan bahang. Kalau rasa kulit muka terasa bahang dan keletihan tu memang Fiza pakai cool night peel off mask untuk cool down temperature kulit. Tak kerap pakai mask sebab Fiza pakai mask mengikut keadaan dan jenis secara bergilir-gilir.

Almaklumlah, kulit bila terdedah dengan sinaran UV, menghadap PC & handphone, bermakeup, kerap guna dryer, memasak dan adakalanya stress membuatkan kulit kelihatan dan panas. Cool Night Peel Off Mask adalah 5 in 1 mask. Memang tak rugi lah Fiza masuk bakul hari tu sebab nak cuba sangat apa yang bestnya dengan mask ni. Yes, Fiza suka!
  • Cooling down
  • Soothing
  • tightening pores
  • Caring skin texture
  • removing skin waste




  • COOLING EFFECTS
Bila mula apply mask ni pada kulit muka dah terasa cooling effects tu. Dah siap pakai satu muka memang sejuk ya amat rasanya! Sejuk tu sebab mask ni mengandungi bahan mentol yang membantu mengurangkan paras suhu kulit dan melegakan kulit.



  • FREEZING PORE FOR THIGHTENING
Dalam proses pakai mask tu sementara tunggu kering 10-15 minit, bila dah kering memang terasa mask tu akan rasa tight kulit muka. Mask ni pakai nipis pun takpe sebab dia jenis yang melekat cepat dan cepat kering.



  • CALM DOWN! IT IS RELAXING TIME FOR SKIN
Ya, pakai cooling mask memberikan rasa relaks untuk kulit dan juga untuk diri sendiri. Kulit juga perlukan berehat sebentar daripada cuaca panas dan makeup. 



  • PEEL OFF EVERY DEAD SKIN CELLS AND WASTE AT ONCE
Berkesan sangat dalam menanggalkan sel kulit mati dan kotoran sekaligus sebab mask ni jenis yang sangat kuat melekat. Nak tanggalkan agak sakit sikit dan pastikan jauhi pemakaian mask daripada bahagian mata.



RATING
Packaging : ⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐
PRICE : MYR38
website : ALTHEA KOREA

Lama sudah rasanya Fiza nak beli air humidifier Kaison yang comel ni. Pernah dua kali pergi Kaison dekat Mytown dan Paradigm Mall tapi air humidifier out of stock. Dengar je AEON Nilai baru buka, ada Kaison store pula tu memang terus ajak husband pergi semata-mata nak cari air humidifier yang comel ni. 


Ye, tahu. Boleh beli online dan banyak pilihan di pasaran. Tapi nak buat macamana nak beli yang kaison punya juga. Nak belek-belek, pegang dan tengok sendiri in real. Kalau puas hati baru beli. Bila nampak banyak stok dekat rak memang happy giler kot! Bayangkan berbulan menunggu mencari akhirnya dapat juga Fiza dapatkan air humudifier ni.

Bukan hanya tergoda dengan kecomelan tapi dengan fungsi air humidifier ni juga. Nak beli air diffuser macam tak ada bajet lagi. Jadi, beli air humidifier je lah dulu walaupun bukan jenis yang boleh campur essential oils. Janji ada wap kepul-kepul keluar dan lembapkan udara persekitaran pun dah cukup baik. Sekarang musim panas, memang tepat pada masa dan ketikanya Fiza beli air humidifier ni. Nak tahu beza air humidifier dan diffuser? Boleh rujuk artikel ni >>PERBEZAAN AIR HUMIDIFIER, DIFFUSER DAN PURIFIER.


SET AIR HUMIDIFIER
  • Air humidifier
  • 2 cotton swab
  • USB Fan
  • USB LED Fan
  • USB power supply
LED Lamp

Dalam gelap
Gambar dengan kipas Fiza lupa snap, tapi boleh tengok video kat bawah ni. Air humidifier ni Fiza tak pasti ada berapa warna, yang Fiza nampak ada pilihan warna putih, pink dan biru.



Harga di RM39.90 seperti dalam gambar di bawah. Kalau berminat beli je di Kaison berhampiran rumah kau orang. Nak kirim dengan Fiza memang tak boleh lah sebab Fiza entah bila pergi sana lagi dan entah ada ke tidak stok. Apakata kau orang cari personal Kaison. Lagi senang nak buat tempahan kan.



Flos gigi, jarang sekali orang nak buat. Betul tak? Fiza sendiri pun tak pernah gunakan lansung floss gigi ni sebab lebih suka memberus gigi selepas makan. Menggosok gigi tidak menjamin kebersihan gigi sepenuhnya walaupun menggosok gigi secara kerap. Masih ada kotoran dan sisa makanan pada celah gigi yang tidak boleh dicapai oleh berus.

Sejak asyik berjumpa doktor gigi je tahun lepas. Tak delah asyik, kira rekod pedibadi juga setahun sampai 2-3kali jumpa doktor gigi. Kalau tak, setahun pun tak pernah selagi tak sakit gigi. Satu hari tu nak refilling gigi depan sebab rasa macam ada gap yang obvious. Sebelum ni tak berapa perasan sangat. Entahlah rasa gap tu tidak menyenangkan.

Tapi doktor kata tak boleh nak rapatkan gap tu sebab perlu ada ruang antara gigi. Mungkin doktor ingat Fiza nak rapatkan gigi terus. Tak lansung! Fiza cuma nak rapatkan sikit untuk tak nampak obvious dan lebih cantik. Tapi doktor kata tak nampak sangat pun gap tu. Normal katanya. Kalau nak buat pun kena set date lain sebab ambil masa.

Takpelah dah tawar hati. Sebelum ni boleh je buat dan tak lama mana. Mungkin kali ni case berbeza. Katanya lagi kalau rapatkan nanti takut gusi bengkak. Ye, faham doktor. Dalam hati Fiza cakap"entah berapa kali nak cakap nak rapatkan sikit bukan terus tutup gap". Tapi entah macam mana nak fahamkan doktor dan doktor pun berkali kali cakap benda yang sama. Okay, mengalah je lah Fiza oii.. Doktor lebih tahu bab gigi ni. Sudahnya tak buat apa, cuma doktor polish gigi bahagian belakang tu sebab Fiza rasa macam tampalan tu retak sikit.


Lagi satu, doktor berkali-kali beritahu setiap gigi perlukan jarak dan jarak itu sebaiknya jarak yang boleh beri ruang untuk floss. Ye faham doktor. Sebolehnya dia nak bagitau hal tu dengan case Fiza nak rapatkan sikit gap tu. Malas nak fahamkan doktor dan doktor pun cakap benda yang sama macam dia ingat Fiza pula tak faham. Ahh pening fikir. Nak taip pun rasa pening dah dengan cerita ni. Kau orang pening juga tak? Sorry!

FLOS GIGI
Okay berbalik pada flos gigi tu. Flos gigi ni rupanya seperti benang yang tahan lasak tidak mudah putus untuk membersihkan kotoran dan sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi.



KEPENTINGAN FLOS GIGI
Macam yang Fiza cakap tadi, berus gigi tak dapat capai setiap celahan gigi. Jadi, hanya flos gigi sahaja yang mampu membersihkan celahan gigi yang sempit tu. Penggunaan floss sangat berkesan dalam membersihkan dan mengeluarkan sisa makanan pada celahan gigi.

JENIS-JENIS FLOS GIGI
  • Flos berlilin atau tanpa lilin
  • Flos berperisa atau tanpa perisa
  • Pita gigi
  • Super flos
  • Dental floss bertangkai (bentuk F dan Y)
dan bermacam-macam jenis lagi. Fiza ikutlah saranan doktor gunakan flos gigi walaupun pesanan doktor tu seperti dah lama Fiza lupakan. Untuk permulaan, Fiza cuba guna flos berlilin dengan florida berperisa pudina.


Harganya RM9.67 untuk 60meter. Berapa lama tahan kegunaan dia, Fiza tak pasti sebab baru je nak mula gunakan flos gigi ni. Siapa yang memang hari-hari guna floss gigi mungkin lebih tahu dan boleh komen di kotak komen nanti ye. Kekerapan menggunakan floss ni hanya sekali sehari sebelum tidur. Fiza gunakan tak terlalu panjang sebab nak jimat punya pasal. Kira cukup-cukup panjang benang nak lilit dua jari dan ada jarak tengah untuk bersihkan celah gigi nanti.

Cara floss gigi sangat mudah. Masukkan floss pada celahan gigi dan gerak atas bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi pada arasa garisan gusi. Kalau tak tahu caranya boleh tengok dekat youtube untuk lebih jelas. Yang penting, perlu sangat gunakan flos gigi ni untuk dapatkan gigi yang cantik dan sihat. Okay sekian bebelan pasal gigi hujung minggu ni.

Guardian dan Watsons tengah buat sale gila-gila sekarang ni sehingga 50%. Uishh, dengar je sale berebut masing-masing serbu drugstore. Mana taknya, kalau buat sale pun berapa hari je kan. Sale yang sekejap memang cepat dan ramai lah yang menyerbu. Jenis Fiza, kalau shopping yang ada sale Fiza akan pergi pada hari bekerja sebab berkemungkinan tak ramai yang serbu.

Kalau weekend, entah-entah yang tinggal hanya tester je yang ada kat rak tu. Takpun apa yang kita nak dah habis. So, kalau weekend tu dapatkan bersenang lenang dan berlamaan nak memilih dan tengok-tengok barang lain. Biasalah perempuan, kata nak beli satu barang je. Sudahnya bila keluar lebih dari satu. Siapa geng?


Sale kali ni Fiza cuma beli 4 produk je. Untuk restock mana yang dah nak habis dan terbeli satu yang bukan kepentingan tapi sebab harga dia murah dan nak cuba.

MAYBELLINE FOUNDATION FIT ME CODE 235 (PURE BEIGE)
Sebelum ni Fiza pakai code 230 dah 2 botol guna tapi saja kali ni pilih beza satu code sebab lebih kurang je sebenarnya kedua-dua warna kod ni. Harga RM23.53 selepas diskaun 50%.

MAYBELLINE TREATMENT CONCEALER ( ERASER DARK CIRCLES)
Untuk produk ni Fiza beli sebab nak cuba guna concealer jenis ni sebab macam ramai pencinta makeup yang suka pakai ni. Fiza beli kod caramel sebab tak tahu nak pilih warna apa sebenarnya. noob! Harga RM18.82 selepas diskaun.



COTTON PAD
Sebenarnya nak beli satu pack je. Tapi husband kata beli triple pack ni terus buat stock. Haaa, okay juga tu. Harga pun RM10.88 lebih jimat kot. Kalau beli satu pack RM3.++


FLOS GIGI
Baru nak terjebak bersihkan gigi guna floss gigi. Beli jenama guardian lah sebab murah.

Okay itu je yang Fiza beli. Tak sempat lah nak tengok benda lain sebab nak balik cepat. Selamat sikit duit, kalau tak entah apa lagi yang dia masuk dalam bakul kan. Sempat lagi nak terjah drugstore Guardian dan Watsons. Katanya sampai 27-28 Januari 2019 macam tu. Tak pasti tarikh sebenar. Nak tahu lebih lagi, kau orang tengok je kat facebook atau instagram. Mesti ada update pasal sale ni.


Air humidifier, Air Diffuser dan Air Purifier sedang trending dijual di pasaran kini. Tapi tahukah kau orang perbezaan antara Air Humidifier, Diffuser dan Purifier? Fiza pun terkadang keliru dengan ketiga-tiga ni sebab semuanya nampak sama je. Bagi yang nak membeli tu, kena kaji dulu setiap satunya dan memilih apa yang terbaik mengikut kegunaan yang diperlukan.

AIR HUMIDIFIER
Humidifier merujuk kepada humid iaitu lembap. Jadi, humidifier ini fungsinya adalah untuk melembapkan udara persekitaran dengan campuran air serta molekul essential oil didalamnya. Peratusan manfaat molekul essential oil yang dilepaskan ke udara tidak sepenuhnya berbanding air diffuser kerana masih terdapat baki molekul essential oil di dalam air. Oleh sebab itu, harga humidifier lebih murah berbanding air diffuser.


Dan ada juga sesetengah humidifier hanya menggunakan molekul air sahaja untuk melembapkan udara persekitaran, Nak beli air humidifier kena tengok dulu samada boleh campur essential oil atau tidak sebab tidak semua air humidifier boleh campur dengan essential oil.

AIR DIFFUSER
Seperti yang telah diberitahu tadi, air diffuser agak mahal berbanding air humidifier kerana diffuser dapat memecahkan molekul essential oil ke udara secara lengkap dan sepenuhnya menjadi partikel halus yang dilepaskan untuk manfaat pengguna daripada essential oil itu sendiri.


Selain itu, air diffuser dapat membersihkan udara mengikut jenis essential oil yang digunakan disamping memberikan manfaat kesihatan. Air diffuser tahan lebih lama. Ianya juga mudah digunakan dan dibersihkan.

AIR PURIFIER
Air purifier lebih kepada membersihkan udara persekitaran daripada sebarang kotoran, bendasing dan molekul halus. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kesihatan yang kurang baik seperti asthma, alergi, asap, kucing dan sebagainya. Harganya agak mahal tapi berbaloi untuk dapatkan udara yang lebih bersih untuk kesihatan.


Okay, itu sahaja secara ringkas perbezaan antara Air humidifier, Air Diffuser dan Air Purifier daripada apa yang Fiza baca dan faham. Kalau ada silap, sila inform di kotak komen dan nanti Fiza akan betulkan. Baru-baru ni cuaca agak panas kan? Jadi, Fiza ada beli humidifier yang sangat comel dengan harga yang mampu milik. Nanti Fiza kongsikan full review dalam entri seterusnya.
Masih lagi boleh dikatakan pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Anuar yang telah melansungkan sebanyak 5 Majlis Resepsi. Pecah rekod 5 Majlis Resepsi yang semuanya serba mewah. Dalam banyak-banyak busana persalinan pengantin Elfira dan Faris tu, Fiza paling tertarik dengan busana pengantin tradisional songket.


Entah kenapa macam rasa mata ni sangat suka pandang baju kahwin songket berwarna purple yang Elfira pakai ni. Nampak sangat classic dan tradisional. Tapi tak terlalu tradisional sebab rekaan baju kahwin El menggabungkan konsep tradisional dan moden. Gabungan accesories sanggul lintang dan bunga tangan emas membuatkan busana pengantin songket Elfira ni nampak sangat mewah dan ekslusif.

Fakta tentang busana pengantin tradisional songket Elfira & Faris
  • Rekaan ekslusif ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi yang mengambil masa 5 hari untuk menyiapkannya. 
  • Persalinan ini hanya dipakai selama 1 jam sahaja. 
  • Menggunakan kain songket palembang pemberian ibu mertua Elfira. 
  • Penggunaan bunga telur sebagai elemen jawa dalam rekaan busana tersebut. 
  • Sebanyak 50,000 biji manik termasuk batu swarovski 
  • Harganya mencecah harga RM30,000 dengan menggunakan tenaga 11 artisan selama 70 jam. 


Nampak tak betapa wow nya busana baju pengantin Elfira Loy ni. Tengok baju ni rasa macam nak buat majlis resepsi sekali lagi. Kalau tahu dulu masa kahwin dah pilih baju songket dah. Tapi itulah, masa tu fikir baju pengantin moden je kan. Nak buat macamana. 

Harap berpeluang nak pakai baju kahwin songket. Untuk photoshoot anniversary perkahwinan ke kan? Kalau ada sponsor dan rezeki memang tak lepaskan peluang nak pakai baju kahwin songket. Harap ada peluang itu.

Credit :beautifulnara.com
Mascara, antara produk yang malas Fiza nak apply bila makeup. Pendek kata, malas pakai lansung. Rajin pakai pun bila ada mood atau red day sahaja. Kalau hari-hari biasa keluar tu memang taklah nak pakai sebab agak leceh nak tanggalkan mascara kalau nak berwudhu'. Lagi-lagi kalau jenis mascara yang tak wudhu' friendly tu membuatkan agak leceh dan ambil masa nak bersolat. Jadi, pakai mascara tu bila perlu je lah nampaknya. 


Sepanjang Fiza beli beberapa mascara yang murah yang mahal tak pernah ada yang betul-betul puas hati. Kalau pakai mesti comot dan clumpy. Serius rasa tak best nak pakai dan terbiar tanpa pakai. Dahlah pakai sekali sekala ni. Jangan membazir boleh tak puan Fiza oii! Memang rasa give up nak cuba mascara yang lain. Stop beli! 

Baru-baru ni bila keinginan nak belajar makeup membuak-buak (kan tengah trending makeup). Terus cuba beli Mascara 4D brand Missha. Mula-mula tu macam was-was juga nak beli sebab takut kejadian yang sama berlaku. Tapi disebabkan harga dia yang murah sangat berbanding yang Fiza beli sebelum ni, why not cuba beli dan tengok hasilnya macamana.



BAHAN UTAMA 
Lanolin - Memastikan bulu mata kekal lembap dan lembut
Glycerin - Ejen hidrat yang mesra pada mata
Beeswax - Membantu meningkatkan pertumbuhan dan pemanjangan bulu mata

CARA PENGGUNAAN
Mulakan dari bawah bulu mata dan bawa ke atas dengan gerakan zigzag. Ada orang suka pakai eyelash curler tapi Fiza tak pakai sebab bulu mata pendek dan macam takde function kalau Fiza pakai. Cukup sekadar pakai terus mascara dah okay nampak lah juga bulu mata tu.


MASCARA 4D MISSHA
  • NON CLUMPY
Yes, non clumpy mascara! Akhirnya Fiza berjodoh dengan mascara yang non clumpy. Punyalah dah give up tak nak beli mascara lagi tapi akhirnya jumpa yang paling best setakat ini. Nak pakai pun mudah sekali dua dah siap. Tak comot lansung dan nampak natural pula tu. Aduhaii, serius suka gila dengan Mascara 4D Missha ni. Kene restock takut habis. Haha...

  • PIGMENTED MASCARA
It is so pigmented mascara yang memang awesome sangat. Selepas apply tu nampak jelas eyelash kau orang tu dengan warnanya yang hitam menawan.

  • WATERPROOF AND OIL RESISTANT
Sama seperti mascara yang lain ada waterproof dan juga oil resistant. Sungguhpun kriteria dia begitu tapi sangat mudah nak tanggalkan mascara ni.

  • EYES FRIENDLY
Fiza rasa inilah mascara paling terbaik untuk mata sebab rasa sangat selesa. Rasa ringan dan tak mengganggu mata. Rasa macam tak apply mascara pun tau!

  • MURAH
Sebenarnya sebab harga murah ni lah yang membuatkan Fiza lagi kuat nak membeli Mascara 4D Missha ni. Nak dapatkan harga RM16 beli terus dekat website ALTHEA KOREA.

Kesimpulannya, mascara 4D Missha ni sangat sesuai untuk kau orang yang tak suka mascara jenis clumpy. Yang nak pakai mascara tapi nak nampak natural dan tak comot, sila cuba mascara 4D Missha gerenti puas hati lah.

RATINGS
Pigmented : ⭐⭐⭐⭐⭐
Waterproof : ⭐⭐⭐⭐⭐
Lengthen : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money : Absolutely!

10 Steps Korean Skincare Routine agak trending buat masa ni disebabkan ramai yang sudah terjebak dengan Korean Beauty (K-Beauty) Products. Bila tahu amalan 10 Steps Korean Skincare Routine ni, Fiza rasa sangat susah nak amalkan sebab rasa macam terlampau banyak produk yang nak digunakan dan perlu mengikut step dengan betul.


Kalau sekali dengar 10 steps tu memang rasa agak leceh dan malas. Skincare routine yang 2 3steps ini pun kejap on off, inikan pula 10 steps! Tapi iyalah kalau fikir macam tu memang tak dapat kesan yang bagus lah. Setelah diteliti dan selidik, bukanlah 10 steps tu perlu diamalkan setiap hari. Ada beberapa step yang boleh skip. Cuma routine tu perlu dibuat jangan ditinggalkan.

Kalau tengok orang Korea punya kulit majoriti cantik dan halus mulus je.  Disebalik kulit yang cantik rupanya mereka mengamalkan 10 Steps Korean Skincare Routine. Apakah 10 Steps 10 Steps Korean Skincare Routine tu? Jom ambil tahu! Fiza pun baru mula nak amalkan. 

STEP 1 : OIL CLEANSER/MAKEUP REMOVER/WET TISSUE
Kaedah menggunakan oil cleanser/makeup remover ni sangat popular di Korea dan dikenali dengan kaedah double cleansing. Pakai makeup ataupun tidak, perlu juga buat step 1 ni sebab untuk cuci muka betul-betul bersih. Bagi yang pakai makeup, memang perlu tanggalkan lapisan makeup dan bagi hanya pakai pelembap tu untuk elakkan pori tersumbat.


Yang pakai oil cleanser kaedah ini seperti kita bersihkan kotoran minyak dimuka dengan minyak. Buat masa sekarang Fiza pakai Pore Purifying Serum Cleanser memang bersih sungguh muka dengan kaedah ni. Segala makeup degil mudah nak bersihkan. 

Kalau kau orang tak ada oil cleanser, boleh gunakan makeup remover atau wet tissue yang mudah nak didapati di mana-mana drugstore. Makeup remover kaedahya macam biasa gunakan kapas dan tekap pada muka untuk hilangkan kesan makeup.

STEP 2 : CLEANSER
Pada step 2 ni bersihkan muka dengan cleanser yang biasa kau orang guna. Boleh gunakan foam cleanser, water based cleanser atau cleanser yang biasa digunakan. Fiza guna The Contour Cleanser Bare Essentials Althea yang dah serasi dengan kulit. The Contour cleanser ni special sikit sebab ada mengandungi kapsul mikro halus untuk menghapuskan sel kulit mati pada kulit untuk memberikan kesan kulit baru yang lebih halus lembut dan licin.



STEP 3 : EXFOLIATOR/SCRUB
Fungsi exfoliator/scrub ni tak lain tak bukan untuk buang sel kulit mati, buang kotoran dan daki pada kulit untuk bagi peluang pertumbuhan sel yang baru. Bila guna scrub, jangan gosok terlalu kuat. Cukup sekadar gosok muka perlahan seperti cuci muka. Kandungan biji-biji dalam scrub tu akan membantu menanggalkan sel kulit mati pada kulit. Aktiviti scrub ni hanya perlu buat 2-3 kali dalam seminggu sudah memadai. Salah satu scrub yang Fiza pakai adalah Innisfree Jeju Volcanic Scrub Foam.


STEP 4 : TONER
Fiza rasa ramai yang skip step 4 ni. Betul tak? Toner ni sangat penting sebenarnya untuk tutup semula pori selepas cuci muka/scrub tadi. Toner ni ada bermacam-macam cara untuk pakai. Ada jenis perlu gunakan kapas, ada jenis spray dan ada juga jenis yang hanya perlu dab dab pada muka. Selain fungsinya untuk tutup semula liang pori, toner juga boleh bantu seimbangkan level pH kulit muka kita.


Jadi, gunakan toner yang sesuai dengan jenis kulit ya. Fiza gunakan toner Mamonde Rose Water Toner dengan sweet rose scent.

STEP 5 : ESSENCE/EMULSION
Essence ni biasanya harga dia agak costly dan berbentuk cecair macam air tak likat macam serum. Nak pakai pun hanya perlu dab dab je pada kulit untuk serapan essence lebih cepat ke dalam kulit. Buat masa sekarang, Fiza guna Nacific Phyto Niacin Whitening Essence.


STEP 6 : SERUM/AMPOULE/TREATMENT/FACE OIL
Fiza dah cuba bermacam serum dan setiap serum tu bagus dan berkesan. Jadi, gunakanlah serum mengikut langkah dan cara yang betul. Dipasaran pun dah ada banyak bermacam jenis serum. Serum ni kebiasaanya berbentuk gel dan lebih pekat. Fiza guna Dear, Klairs Rich Moisturising Soothing Serum.


STEP 7 : SHEET MASK
Sheet mask ni sangat popular di kalangan gadis/wanita korea. Sheet mask juga senang nak pakai dan senang nak tanggalkan. Tak leceh macam pakai clay mask, peel off mask dan sleeping mask. Tapi untuk step 7 ni hanya perlu pakai sheet mask sahaja ya. Kalau nak pakai mask jenis clay mask, peel off tu kena pakai sebelum step2 atau step 3. Sleeping mask pula pakai selepas step 9 sebab sleeping mask ni bawa tidur kan. Sheet mask ni ada bermacam jenis dan mengandungi pelbagai jenis vitamin/khasiat.


Dengan memakai sheet mask ni vitamin/khasiat daripada sheet mask dapat menyerap lebih banyak ke dalam kulit. Sheet mask ni jarang nampak yang murah-murah. Paling murah pun dekat drugstore RM2. Kalau takde stok sheet mask banyak, pakai 2-3 seminggu pun dah okay rasanya. Tapi kalau dapat pakai hari-hari memang best. Fiza suka pakai Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask.

STEP 8 : EYECREAM
Kalau kau orang taknak nampak kedutan pada bahagian mata tu bolehlah pakai. Rasanya bila usia dah makin meningkat ni macam dah boleh mula pakai eyecream ni. Step 8 ni kalau nak skip pun boleh tapi kalau buat lagi bagus boleh prevent kedutan menjelma. Fiza guna Milky Dress Wrinkle & Whitening Eye Cream



STEP 9 : MOISTURISER/FACE CREAM
Fiza paling tak suka jenis moisturiser jenis melekit. Rasa rimas je. Dan sekarang lebih suka pakai Mamonde Rose Water Soothing Gel yang juga boleh dijadikan sebagai moisturiser yang tidak melekit dan melembapkan kulit. Paling penting tak melekit dan tak berminyak bila pakai. Soothing gel ni pun sangat serbaguna. Berbaloi beli.



STEP 10 : SIANG-SUNSCREEN/SUNBLOCK/SPF 
Dah buat semua step tapi step terakhir ni kau orang tak buat umpama macam sia-sia sebab spf ni lah yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kulit rosak (jeragat dan kulit kusam). Untuk siang boleh pakai sunscreen/sunblock/spf sebelum makeup. Kiranya 10 step untuk prep muka sebelum makeup. Lepas tu barulah boleh sapukan primer dan foundation. Sekarang Fiza pakai sunscreen Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++.


STEP 10 : MALAM-SLEEPING MASK
Fungsi sleeping mask adalah untuk mengekalkan dan mengunci kelembapan kulit sampailah kita bangun tidur. Satu-satunya sleeping mask yang Fiza gunakan sekarang adalah Mamonde Calming Hydro Sleeping Mask Flower Calendula.


Fuhh, jenuh kalau nak buat 10 Steps Korean Skincare Routine ni. Tapi why not kita cuba untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan cara yang betul. Tak semua step tu perlu dibuat setiap hari, ada yang hanya perlu buat 2-3 kali seminggu. Untung-untung dapat kulit 'glass skin' macam orang Korea siapa yang tak nak. Produk tu tak semestinya perlu dapatkan K-Beauty. Pakai mana yang sesuai dengan kulit tak kisah jenama apa pun, janji ikut step lah. Kalau nak K-Beauty murah boleh dapatkan di website Althea Korea.

Okay, 2019 ni nak focus pada mencantikkan kulit lah. Bab makeup tu rasanya kalau nak follow cara makeup orang Korea tak susah mana sebab Korean Makeup Looks simple-simple dan nampak natural. Tapi kalau kulit dah cantik, tak perlu makeup beria pun dah okay dah. Dah boleh jimat beli barang makeup. Nak kulit cantik atau cantik dengan makeup yang hanya sementara? Of courselah pilih cantik untuk jangka masa panjang. Betul tak? Nak cantik macam kulit orang Korea, jom cuba amalkan 10 Steps Korean Skincare Routine.

Beruntung kalau kau orang jenis kulit yang tak bermasalah tu. Sila jaga dengan baik dan jangan gunakan produk sebarangan. Lagi-lagi produk timbang kilo. Kalau muka dah breakout, nak pulihkan semula kulit tu sangat struggle okay!