Ubah Muka Baru Blog

Perasan sesuatu yang baru tak dalam blog Fiza ni. Kalau tak perasan buat-buat perasa je lah ye. Sekali lagi mengada-ngada gatal tangan tukar template blog baru. Sajalah ubah muka baru blog sebab template baru ni lebih nampak style layout dia berbanding yang lama. Disebabkan Fiza nak kelainan, haruslah memilih template ni dan bertukarlah muka baru blog Sihatimerahjambu ni yang lebih minimalist sebab lebih banyak penggunaan warna putih dan design lebih simple.

Kesemua label ada pada menu bar dan paparan by categories jadi paparan grid

Menu bar
Menu bar masih mengekalkan style yang lama jenis sticky dan kali ni Fiza gunakan warna putih sebagai background menu bar. Nampak lebih clean.

Header
Header tak bertukar masih gunakan design yang sebelum ni. Tapi kalau bertukar pun lepas ni akan gunakan konsep minimalist juga dengan tulisan je lah. Dah matang kan?

Sidebar
Sidebar masih lagi style yang sama cuma beza tulisan je lah kot.

Tema Warna
Tema warna masih lagi menggunakan tema warna template yang sebelum ni. Masih belum jumpa warna yang sesuai lagi. Mungkin warna ni lebih sesuai dan lebih mesra pembaca. Mungkin? Kau orang rasa okay ke tidak?

Tulisan
Disebabkan Fiza malas nak tukar tulisan bagai, Fiza gunakan je tulisan yang sedia ada dalam template tu. Cuma resize je tulisan mana yang perlu. Kalau kecil sangat nanti susah nak membaca kan.

Selepas

Bawah ni template lama yang menggunakan lebih warna berbanding yang baru kurang warna. So far suka dengan muka baru blog Fiza ni. Tapi yang tak bestnya bila dah bertukar template baru ni jenuh pula nak edit bermacam-macam. Bila check score SEO pun tak capai 100% lagi. Kalau template lama memang dah capai 100% score SEO. Alahaiii... Pening try and try tapi macam tu juga. Takpelah, rehatkan otak dulu. Esok lusa cuba lagi sampai berjaya. Itulah nak sangat tukar template. Padahal bukan tak tahu kesan akibat tukar template blog

Sebelum
Untuk pengetahuan kau orang, Fiza tak design template dah. Sekarang lebih senang guna ready made template download je yang lebih responsive dan mesra SEO katanya. Sejauh mana mesra SEO tu tak sure lah sebab tak semua template boleh score 100% kalau check. Tapi ada juga yang kata tak penting pun score 100% tu. Entahlah nak dengar maklumat yang mana satu. Yang penting kalau dapat capai 100% tu memang puas hati. Kan? Walau kata tak penting. 

11 comments:

  1. template baru akak nampak simple dan sedap mata memandang.. betul tu, kalau tukar template baru semuanya kena setting balik.. takpe. slow2 ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. leceh sikit nak mulakan dari zero tapi puas hati kan dapat tukar mood baru.

      Delete
  2. Font INI dah cukup cantik..

    Oleh kerana saya Guna phone ..jadi tak nampak sangat kesan pertukaran template tersebut

    ReplyDelete
  3. Yang dulu pun lawa, yang ni pun lawa :)

    ReplyDelete
  4. yg skg ni simple dan senang nak tgk..lawa

    ReplyDelete
  5. Teman malas nak tukar templete blog teman tu... pernah sekali buat, blog teman kena hack la pulak... jenuh nak repair semula...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.